Thursday, January 10, 2013

Jepun pemalas

Satu hari tu aku pi Jepun. Aku naik kapal layar lima bintang. Ada macam-macam dalam kapal layar tu, ada kolam renang saiz olimpik, gym yang berbau harum, restoran makanan laut, trek go-kart bengkang-bengkok dan tak lupa juga taman permainan saiz antarabangsa.


Sesampai saja aku ke Jepun, kami dibawa beramai-ramai ke pejabat kedutaan Malaysia di sana dengan tujuan untuk bergambar dan masuk ruangan "Salam Perantau" di dada akhbar.


Aku sangat gembira. Tiba-tiba aku ternampak bendera Jepun. Lalu aku berasa sangat sedih dan terus pulang ke Malaysia seorang diri meninggalkan segala kenangan yang terparut di hati.


Baru aku sedar, rupanya ada juga jenis manusia yang lagi malas dari Melayu iaitu pembuat bendera Jepun.


"Ha murid-murid. Hari ini cikgu nak ajar lukis bendera negara kita!" ujar seorang guru tadika di Jepun dengan nada yang membosankan. Kerana sesungguhnya bendera Jepun itu membosankan! Malas! Orang malas sahaja mampu timbul dengan idea yang sebegitu malas!

1 comment:

yui said...

kurang2 ada gak bentuk bulat...

bendera indon lagi lah pemalas.. bahagi dua ja kertas tu..kahkah