Tuesday, January 8, 2013

Binatang!

Lama juga aku tak tulis pasal beliau. Tapi jika ada yang tertanya-tanya akan kesihatan beliau, ingin aku tegaskan di sini bahawa beliau sihat-sihat sahaja, malah berat badan beliau kini hampir tujuh kilogram.


Kucing aku. Atau lebih tepat lagi, kucing peliharaan keluarga aku. Walaupun kadang-kadang aku bengang dengan tindakan beliau yang seolah-olah rumah ini milik beliau, melepak di atas sofa dengan senang hati, melepak di depan pintu rumah seakan-akan beliau tugu, serta mengajak ke dapur untuk diberi seekor dua ikan kembong.


Sebelum ni aku perasan dah. Kucing aku ni perangai beliau macam anjing. Dan aku tidak salah.


Setelah melakukan beberapa kajian (terutamanya dengan menonton Discovery Channel), dapat aku simpulkan bahawa kucing aku berketurunan Egyptian Mau. (Mau as in Meow, senang betul biologist dulu bagi nama kucing)


Egyptian Mau ni kalau kau nak kenal sangat senang :

1. Dekat dahi beliau kau akan perasan satu corak yang membentuk huruf "M".

2. Kaki belakang beliau lebih panjang dari kaki depan, jadi kalau beliau berjalan, kau akan nampak beliau seolah-olah menonggek.

3. Bawah perut beliau, ada satu lapisan lebihan kulit. Kalau sekali tengok, kau akan cakap beliau mengandung, tapi sebenarnya tidak. Lebihan kulit tu adalah untuk bantu beliau untuk regangkan kaki belakang beliau dengan lebih jauh untuk berlari dengan lebih pantas.

4. Susulan dari point 2. dan point 3. Egyptian Mau adalah kucing domestik paling pantas. Boleh cecah sekitar 60 kilometer sejam.

Itu adalah cara-cara mengenal beliau dari sudut fizikal.


Kenapa aku cakap beliau macam aniing? Sebab Wikipedia cakap "This breed is dog-like". Bijak, pintar, teramat setia dengan pemilik, hubungan yang amat rapat dengan pemilik. Heh. Kalau beliau tahu aku puji beliau bijak, makin mengada la beliau. Tapi memang betul. Definisi "pintar" bagi haiwan adalah, haiwan tersebut cepat belajar. Dan ya, beliau cepat belajar.


Dan, beliau anti-sosial. Tak kira lah terhadap binatang atau pun manusia. Pernah sekali ada seekor kucing lalu depan rumah, beliau meronta dengan keras sampaikan tali yang menambat leher beliau terputus dan beliau berlari sepantas kilat mengejar kucing tersebut. Penat juga aku nak kejar beliau masa tu, serius laju.


Kalau terhadap manusia pula, beliau akan pilih. Kalau ada tetamu bertandang buat kali pertama, beliau akan sama ada marah terhadap tetamu tersebut dengan menjerit-jerit, atau pun beliau akan lari menyorok. Sungguh. Anti-sosial.


Panjang juga aku cerita pasal Egyptian Mau ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, pergi lah baca di mana-mana laman sesawang yang berkaitan.


Aku tak boleh terima betul bila aku dapat tahu yang beliau ni pintar. Blah la kau gemuk.

2 comments:

Unknown said...

hahahaha adoiii mesti binatang tu kacak macam kau an..oppss tak kan nak samakan kau dgn kucing pulak kan..kucing nan kacak lagi pintar..oh tidak

PokaPola said...

Kucing aku langsung tak kacak, sebab beliau perempuan!