Friday, July 29, 2011

Tak habeh-habeh bola.

Aku sebenarnya dah bertekad takmau update pasal bola dah kat belog. Tapi what to do, hantu bola tetap hantu bola. Yang tak minat bola update pasal bola Malaysia-Singapore, inikan pulak yang hidup bertemakan bola, hahahaha.




Main bola bukan setakat kemahiran teknikal dan kecergasan badan. Yang paling penting, mental. kalau semalam stadium penuh, 90,000 penyokong Malaysia yang pi tengok. Ada kebaikan dan keburukan.




Kebaikan, membakar semangat pemain atas padang. Dan memadam semangat pemain lawan.




Keburukan, pemain yang mental lemah akan rasa tertekan. Hilang fokus. Selalunya pemain-pemain muda yang lemah mental sebab tak cukup bermain di peringkat antarabangsa. Sangat obvious pemain pertahanan Malaysia lemah mental. Dan selalu hilang fokus. Kecuali apek, yang aku rasa semalam main di tahap antarabangsa. So Sharbinee dan penjaga gol lain, keep on dreaming untuk mewakili Malaysia lepas ni.




Sebenarnya malam tadi, aku tak dapat tengok bola sebab ada function lain. So pagi tadi, masa dalam kereta, mak aku jadi pengulas sukan untuk aku. Ini kata-kata yang keluar dari mulut seorang yang tengok bola tapi tak berapa arif tentang bola :




"Depa dok harap kat Sapee Sali sorang ja."



"Yang hindu tu (Kunanlan) main baguih, dia gelecek-gelecek, pass kat Sapee."



"Keeper semalam main baguih, kalau takdak dia, Malaysia kena labi banyak."



"Sapee tu memang terer, boleh jadi macam Mokhtar Dahari."




Sekalung tahinah kepada Datuk K Rajagobal yang telah memberi sesuatu untuk disorak oleh 1Malaysia setelah sekian lama bolasepak Malaysia berada di takuk yang bangang lagi hampeh.




Satu lagi faktor, ketiadaan pemain yang betul-betul mental kuat @ kapten @ Safiq Rahim untuk membimbing anak-anak buah. Pentingnya seorang ketua di atas padang.

1 comment:

Lady RaRa said...

amboih mak hang dah bunyi cam hasbullah awang dah..