Monday, July 18, 2011

Tak berani

Memang. Memang kami ramai di saat itu. Empat orang. Semua gagah-gagah perkasa. Tapi kami tak berani.




Biarpun dia satu, kami empat. Dia hawa, kami adam. Kami tetap tak berani.




Biarpun mukanya tidak garang, tidak bertaring, tidak berjanggut. Kami tetap tak berani. Sumpah.




Betul. Kami tak berani. Biarpun kami tahu tiada apa yang bakal terjadi. Biarpun kami tahu.... Ah lupakan sahaja, kami memang tidak berani.




Memang, kami nampak gah di luar. Tapi di ketika itu, kami tak berani. Betul. Sumpah tak berani.




Beranikah kau nak menegur seorang perempuan bahawa.








Bahawasa zip seluar jeansnya tidak tertutup? Ada berani? Kami tak, sumpah tak. Gila kau, kang dia tuduh kami dok tengok......ah lupakan, kami tak berani. Sumpah. Tak berani.




ps : Sekarang ni seluar pendek aku ada masalah. Zip selalu terbukak sendiri. Ini mesti ada jin dok bukak zip aku ni. Gila seks punya jin, shuh-shuh.

1 comment:

WP said...

Wahaha! Dilema... :P Erm...cubalah suruh seorang perempuan berdekatan cakap dengan dia...macam tu kamu stay anonymous saja ;)