Sunday, September 5, 2010

Negara kita

Tadi aku browse facebool, leive news feed fesbuk. Lepas tu aku nampak la kengkawan aku share satu artikel ni. Tajuk dia A respond to 'Apa lagi cina mahu? (something like that). Artikel membalas kepada satu artikel akhbar yang bertajuk Apa lagi cina mahu?




Entry ni bersifat perkauman, tetapi ke arah yang baik. Kalau nak baca, sila baca, kalau takmau, sila jangan.




Aku setuju sangat-sangat dengan artikel mamat ni. Dia menyuarakan kata hati bangsa-bangsa lain selain bumiputera, yang aku sangat setuju.




They need a place where they can call home. Sebelum korang nak cop aku pengkhianat bangsa. Aku nak tulis sikit apa yang aku rasa.




Terlampau banyak sangat keistimewaan hak bumiputera. Terlampau. Sampai golongan bumiputera rasa terlampau senang, terlampau selesa. Bumiputera kena ingat, bukan bumiputera saja yang bangunkan Malaysia sejak 53 tahun dulu. Dan mamat ni tulis, golongan lain (cina, india etc) sering dicop pendatang. Apa kes nak cop orang macam tu? Ini negara kita semua, jangan terlampau bongkak nak cop ini negara bumiputera. Ini negara kita semua, melayu, cina, india. Kalau betul ini negara melayu, kenapa kita tukar Tanah Melayu kepada Malaysia?




Aku salahkan sistem pendidikan dan media. Okey, cuba fikir balik. Kita asing-asingkan sekolah melayu dengan sekolah cina dan sekolah india. Kalau dah dari kecil kita biasa bergaul dengan hanya rakan sebangsa, sampai ke tua kita rasa hanya kita yang wujud kat negara ni. Dan kenapa nak privilegekan sesetengah kolej dan universiti kepada bangsa-bangsa tertentu? Kadang-kadang kita lupa, kita lupa membezakan antara semangat patriotik dan semangat kemelayuan, kecinaan dan keindiaan. Sistem pendidikan macam ni la yang buatkan semangat perkauman timbul. Bukan sebab lain.




Kadang-kadang kita pelik. Kenapa bumiputera boleh dianggap mundur berbanding bangsa lain. Sebab bangsa lain perlu berkerja keras untuk anak-anak mereka. Dahla tiada keistimewaan, nak masuk universiti pun susah. Sedangkan bumiputera? Alah, ada biasiswa, ada itu, ada ini. Sekali lagi, sistem pendidikan jadi punca.




Media pulak, ada sikit kes kecil, nak besar-besarkan, macam kes hari tu, 'Ahli politik bukan Islam masuk surau.' Dah nampak sangat media jadi alat politik. Dan ahli politik ni suka sangat mengeksploitasikan Islam sebagai agenda. Kadang-kadang nak baca paper pun aku pikir dua tiga kali.




Mungkin ramai yang tak setuju dengan aku. Aku tak kisah, ini pendapat aku. Lain orang, lain pendapat. Kita perlu buka minda kita, buang pemikiran kolot, Ini negara melayu!, bukan, Ini negara kita semua! Aku teramatlah setuju dengan gagasan 1Malaysia.




Satu lagi point penting mamat ni. Kita tak reti membezakan antara 'kerajaan' dan 'negara'. Tak sokong kerajaan tak semestinya bermakna kita pengkhianat negara. Kerajaan hanyalah bertindak sebagai sekumpulan ahli politik yang diamanahkan rakyat untuk menguruskan negara, termasuklah menjaga kebajikan rakyat, semua rakyat, bukan hanya sesetengah golongan rakyat. Duit kerajaan adalah duit negara, dan duit negara adalah duit rakyat, bukan duit ahli politik.




Sekali lagi, aku tahu ramai tak setuju. Tapi ini pendapat aku. Jangan kita lupa, kemajuan negara kita sekarang bukan hanya dibangunkan golongan bumiputera, tetapi semua rakyat Malaysia. Aku menulis bukan sekadar pendapat kosong, tetapi dari pengalaman, pengalaman menetap di perantauan. Tak wujud istilah keistimewaan bumiputera kat sana. Semua diberi sama rata, termasuklah pendatang macam aku. Buat aku rasa macam aku di 'rumah' walaupun hakikatnya aku bukan.






Jadi, aku sangat berharap stu hari nanti, tiada lagi sekolah yang ramai melayu, sekolah yang ramai cina, sekolah yang ramai india. Aku nak tengok sekolah yang ada semua bangsa, sama rata.



Dan aku teringin gila babi nak tengok negara kita bertambah maju, perpaduan lebih erat. Tak wujud lagi "Eh, aku bumiputera, suka hati aku la apa aku nak buat, ni negara aku, bukan negara kau!! Pendatang!!"

3 comments:

moc. said...

salam,

saya sokong semua pendapat saudara terutamanya tentang pentingnya semangat perpaduan dipupuk sejak dari sekolah lagi...tapi masalahnya tiada sokongan untuk wujudkan sekolah satu aliran terutamanya dari bukan bumiputra....ini salah satu sebab kenapa tuntutan bukan bumputra terhadap layanan dan hak sama rata dianggap 'kiasu' oleh sesetengah orang melayu kerana orang bukan bumiputra hanya menuntut dan bersuara berkenaan perkara yang menguntungkan mereka sahaja dan tidak sudi berganjak dalam hal-hal seperti melaksanakan sekolah satu aliran untuk mewujudkan perpaduan seperti cadangan saudara itu...

PokaPola said...

@ moc : yep, setuju. golongan bumiputra sepatutnya tukar mentaliti

Unknown said...

sye sokong!!