Monday, February 18, 2013

Penapisan filem/drama

Lama tak tulis pasal topik yang serius pun tak boleh juga. Badut kerja sarkis pun kadang-kadang akan jadi serius, inikan pula rakyat jelata macam aku.


Penapisan. Aku sebenarnya dah lama berfikir pasal topik penapisan media di Malaysia. Atau lebih tepat lagi, penapisan filem/drama di Malaysia.


Kalau aku fikir-fikir balik, apa guna penapisan di dalam era modenisasi segini? Lebih separuh rakyat Malaysia pada zaman serba maju sekarang sudah memiliki capaian internet, bukan? Kalau budak umur 15 tahun tengah tengok filem Amerika kat tv, lepas tu tetiba ada bahagian filem tersebut yang dipotong atas alasan lucah/ganas/ugama/politik, budak 15 tahun tu senang-senang boleh cari di internet bahagian yang dipotong tadi.


Aku dulu masa aku belasan tahun, internet adalah sukar dijumpai. Tapi berjaya juga kadang-kadang melayari benda terlarang. Cuba bayangkan sekarang? Internet ada di mana-mana! Kahkahkah, berani betul aku mengaku melayari benda bukan-bukan.


Jadi. Aku berpendapat begini :


Penapisan filem/drama di kaca televisen bukanlah untuk membendung masyarakat bawah umur dari melihat benda bukan-bukan. Namun aku melihat ianya lebih kepada membendung situasi janggal. Orang putih panggil 'awkward moment'. Pernah tak kau terfikir kenapa SELALUNYA hanya adegan LUCAH/SEPARA LUCAH/PERKATAAN LUCAH/ROMEN yang dipotong? Padahal adegan tembak-menembak, darah-darah, dokumentari binatang ganas, kepala putus, lawan-lawan JARANG dipotong?


Cikgu aku pernah berkata, "Orang Malaysia lebih takut kepada seks berbanding peperangan." sebab ibu bapa tak kisah kalau anak-anak tengok cerita ganas dan sangat kisah bila anak-anak tengok cerita yang memberahikan.


Seeeeeebab itulah aku rasa tujuan sebenar penapisan adalah dari mengelak situasi janggal. Bayangkan kau seisi keluarga tengah tengok filem kat HBO. Tiba-tiba ada adegan berahi. Janggal tak janggal? Macam hari tu, aku seisi keluarga tengok cerita seram Indonesia dekat Citra kot, lepas tu ada adegan lucah. Satu famili aku pura-pura tengok tempat lain serta pura-pura tengok telefon bimbit masing-masing padahal adegan tu bukannya bogel romen pun, cuma dia tunjuk kepala lelaki di dalam skirt perempuan yang tengah bermuka ghairah. (Aku sendiri pun tak tapis apa aku tulis kat sini, padan muka hampa kalau hampa baca blog ini bersama keluarga, kahkahkah).


Nampak? Janggal. Sampai sekarang aku trauma tengok filem Amerika dengan keluarga aku, takut kang ada adegan yang menimbulkan rasa janggal. Kau pernah tengok Hollow-man? Aku pernah beli DVD tu yang tak tapis. Lepas tu tengok satu keluarga. Macam palat. Siap ada adegan tetek tersembul keluar. Mak aku terus keluarkan DVD tu dan buang.


Jadi tuan-puan yang berhemat, aku masih rasa kaedah penapisan ini wajar diteruskan demi mengelakkan situasi janggal berlaku.


Dah habis entry serius. Boleh kembali bertukar ke badut sarkis.

1 comment:

yui said...

sbb tu lah kot bbudak zaman skarang ni klu nak tgk cerita, tgk kat laptop ja... sorang2... hahaha