Saturday, August 23, 2014

Buang Tebiat

Aku sekarang ni jarang gila babi dah buka-buka belek blog sendiri dekat laptop. Al mahakluhumlah, zaman dah canggih, laptop tinggal sekadar tempat untuk muat turun secara haram, memainkan fail yang dimuat turun tadi (oh btw, sekarang ni aku tengah layan series Person of Interest, boleh tahan sedap), serta main permainan video. Sekarang ni pun aku tengah buang tebiat, bukak blog sendiri guna laptop sendiri. Kahkahkah, entah macam mana la rupa tebiat sampai dibuang sesuka hati oleh ramai orang.


Bersyukur ke hadrat Tuhan, disebabkan aku membuang tebiat, aku dapat satu jenaka yang aku rasa salah dari setiap sudut.


Taraa!




Aku tak tahulah yang pergi search tu umur berapa tapi apa-apa umur pun,aku tetap rasa ianya kelakar, dan salah! Kot ye pun nak mencari awek, carilah yang atas umur bukannya bawah umur.


Ini nombor awek tingkatan satu bagi siapa-siapa yang duduk area Selangor.












Haa aku dah letak ayat cantik situ, kalau ada lagi yang search di google, dapat la trafik percuma, kakaka. Setan setan.

Thursday, August 21, 2014

Berangan-angan. Dua ratus persen.

Entah mengapa aku sering dibuai kesedapan bermimpi sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana aku sedikit bosan menanti waktu kuliah dibuka seperti biasa namun pabila waktu kuliah dibuka aku bakal dilanda bosan dengan kuliah pula. Entah kenapa sikit-sikit bosan sikit-sikit bosan. Dikala bosan inilah aku mengkaji perilaku homo sapien di benua kenit ini.


Heh.


Aku nak kutuk drama TV3 yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini sebenarnya tapi terberangan pula, ibarat penonton drama TV3 itu sendiri. Dua ratus persen pula tu! Drama ini punyalah hangat diperkatakan sampaikan ada orang letak gambar rangka manusia duduk atas kerusi dengan kepsyen "Gadis Malaysia menanti jejaka idaman macam dalam TV3 tuu." Kasihan, sampai ke sudah tidak ketemu. Itulah. Berangan lagi.


Yang aku tak berapa faham tu, apa kaitan tajuk buku/drama tu dengan jalan cerita? Mungkin aku yang sedikit dungu tetapi sampai sekarang ni haa, aku tak jumpa koneksyen. Ke sebab aku berada di luar kawasan sebab tak dapat koneksyen?


Tapi. Ini serius. Jangan berangan lah woi! Kalau asyik berangan bila nak ketemu jodohnyeee.

Monday, August 4, 2014

Lebuhraya yang sebuah

1 Syawal itu hari aku ada balik ke kampung, pandu kereta takkan pandu lalu pula bukannya aku nak beli burger mekdonel aku nak balik kampung. Jadi aku pandu kereta melalui lebuhraya untuk pulang ke kampung. Sedar tidak sedar, radio pada tahun ini agak cemburu dengan kepadaku, sepanjang perjalanan pulang langsung tidak diputarkan lagu Balik Kampung. Tahulah kau kena kerja dalam stesen radio tapi janganlah cemburu denganku yang ingin pulang beraya ini. Aku agak keliru, betul ke di stesen radio, lagu-lagu diputarkan? Entah macam mana rupa bila sebuah lagu diputar, aku tengah cuba imagine. Pelik.


Baidewei, semasa dalam perjalanan (tanpa background lagu Balik Kampung, duh), kereta banyak di sana sini di setiap sudut lebuhraya! Di kiri banyak, di kanan apatah lagi pasti banyak juga. Bak kata arwah tok aku, gheta meneghu punya banyak ei tok takut aih naik gheta dengan hang, hang bawak laju. Rindu pula ke arwah tok aku. 


Tidak lupa juga ada satu kemalangan jalanraya semasa aku pulang terbabit. Tapi bila fikir balik, aku ada atas lebuhraya, maknanya tidak masuk akal kemalangan di atas lebuhraya dipanggil kemalangan jalanraya sepatutnya dipanggil kemalangan lebuhraya. Kemalangan yang aku maksudkan tidaklah sebegitu teruk, cuma empat lima buah kereta yang berlanggar bumper belakang kereta lain di hadapan. Itulah padah membawa laju dan mencucuk kereta hadapan secara dekat, bilang aku kepada penumpang-penumpang di dalam kereta semasa itu yang dikandungi oleh seorang mak aku serta dua orang adik perempuan aku. Mereka mengangguk tanda setuju serta mengambil iktibar.


Bila sudah nampak kemalangan seperti itu, aku pun secara otomatik memperlahankan sedikit pemanduanku, takut juga kalau asyik memecut 150 tiba-tiba terlanggar kereta hadapan. Aku kona stereng ke kiri, masuk lane kiri dan bawak secara sederhana di situ. 110 sahaja. Ambil iktibar dari kemalangan sebentar tadi, katakau.


Selang lima minit. Tak boleh jadi ni tak boleh jadi, tak rock.


Aku kembali ke lane kanan dan memandu secara laju kembali. Penumpang-penumpang lain di dalam kereta semuanya geleng kepala. Peduli apa aku. Tak rock lah tak rock bawak slow!


Vroom.