Wednesday, March 26, 2014

Aku dah agak dah

Aku rasa kapal terbang tu ada je mendarat kat mana-mana tu. Nanti-nanti jumpa la tu. Lokasi paling logik aku rasa dia ada dekat Pulau Maryahhozawa, satu pulau bawah sikit pada Jepun, sebelah Laos.


Tadi member aku bagitau, melalui whatsapp, kapal tebang tu ada dekat Vietnam. Depa simpan kapal terbang tu dalam gudang besar. Memang tak ada siapa pun tahu, kawan aku je tahu. Kau tunggu je la nanti, dah keluar paper kau tahu la.


Sepupu kawan aku yang kerja MAS cakap tadi, kat Facebook, yang kapal terbang tu sebenarnya ada kat Banjaran Titiwangsa. Orang asli situ dah jumpa dah, tapi tu la, negara kita pergi cari tempat lain padahal kapal terbang tu ada je dalam Malaysia. Paling lambat pun lusa keluar tv la tu.


Kau pernah dengar pasal Bermuda? Aku rasa kapal terbang tu kena kidnap dengan alien, macam kat Bermuda. Selalu sangat dah jadi kes macam ni, cuma kes macam ni takkan keluar surat khabar, berita kat tv pun tak berani tayang. Aku banyak baca kes macam ni, tapi kena pandai cari la, selalunya dekat blog-blog orang selalu tulis.


Terhempas la aku rasa. Dah lama sangat kot. Kalau kau tengok Aircrash Investigation, kalau kapal terbang terhempas, lebih kurang macam ni la jadinya. 


Ustaz aku baru bagitau tadi, kawan dia cakap kapal terbang tu masuk lubang hitam. Lubang hitam tu kalau kau masuk, peh, memang macam ni la jadi dia, tak dapat dikesan radar primer sekunder tertier quadruple semua. Dah confirm dah ni aku rasa.


Laa, dah keluar berita ke cakap kapal terbang tu terhempas? Kan aku dah bagitau kau dulu. Aku dah agak dah. 

Tuesday, March 18, 2014

Mirror mirror on the wall

Hai dan baru-baru ini kita digemparkan dengan pelbagai berita yang adakalanya misteri, menyayat hati, kontroversi, seronok serta boring. Sehinggakan sampai satu tahap aku sendiri berasa terkejut tergempar seolah-olah aku sedang mengalami satu renjatan elektrik triphase yang selalunya dibekalkan ke kilang-kilang besar.


Aku begitu senang, walaupun hakikatnya aku bukan berada, aku begitu senang melihat dua tiga manusia yang ya Tuhan punya lah betul-betul menggambarkan perkataan 'ironi'.


Di laman sosial beliau, beliau menulis sebanyak berpuluh kali, "Tolong jaga aib kawan aku!", "Sedihnya! Kawan baik dah tak ada.", serta bermacam-macam lagi. Aku, dari yang tak tahu apa-apa cerita, terus aku sendiri boleh agak dengan ketepatan yang tinggi, bahawa kawan beliau arwah dalam keadaan aib. Dan perkara yang mengaibkan tersebut, adalah di antara berita yang bertaraf nasional. 


Ironi. Mengapa berulang-kali menyebut, serta mengaitkan arwah dengan berita terbabit, jika mahu aib arwah tidak disebar? Bahalol. Tolol. Senyap-senyap sudahlah.


Satu lagi manusia. Beliau baru tulis status di Facebook beliau, berbunyi seakan-akan "Kecantikan dalaman lebih bagus. Kecantikan luaran hanyalah bonus." Manusia ni, aku lihat dari mata kasar, dalam seminggu ada dekat lapan juta kali tukar gambar profil. Dan dalam lapan juta kali tadi, pose tak pernah berubah. Pesen gambar yang selambak muka penuh frame gambar. Dan sudah semestinya, kelapan-lapan juta gambar tadi disunting sampai jadi bahulu. Gebu yang tidak masuk akal.


Ironi. Macam tahi bintang. Biarpun tidak berpunggung namun tahinya kelihatan sering kelihatan di ruang angkasa.


Sekian saja upacara mengumpat manusia pada hari ini, esok bawa tikar mengkuang, keropok sikit, air teh seteko, boleh lah kita mengumpat dengan lebih lama. 

Thursday, March 13, 2014

Kira-kira

Hai dan selamat petang kepada semua rakan pembaca yang sedang membaca tulisan ini walaupun sebenarnya yang membaca tulisan ini kita bukannya rakan pun kenal pun tidak. Tapi kalau tak kenal maka tak cinta bila dah kenal menyampah pula acewah.


Tadi aku keluar, masa aku keluar tu aku baru perasan yang kereta tak berapa nak ada minyak. Aku kona masuk ke stesen minyak dengan tangkas sekali sampaikan pemandu kereta belakang aku pandang tajam dengan penuh rasa cemburu atas ketangkasan yang aku cakap tadi. Aku brek ngam-ngam tepi pam nombor lima. Tapi masa aku brek tu, aku tak tahu lagi yang itu pam nombor lima, lepas aku turun kereta baru aku tahu pam tu pam nombor lima. 


Aku hulur dua keping duit sepuluh. Jadi kalau kau cekap matematik, jumlah dia dua puluh sebab satu keping, sepuluh, dua keping, dua puluh. Kalau tiga keping, tiga puluh tapi aku hulur dua keping, bukan tiga keping. Memang nampak macam komplikated sikit jalan kira dia, tapi kalau kau rajin buat latihan tak mustahil benda komplikated jadi mudah. Semudah ABC.


Aku pun isi minyak. Sampai ke angka 10.00, pam minyak aku stop. Aku pikir balik, aku bagi tadi dua keping sepuluh, jadi jumlah dia dua puluh (aku dah kira dengan teliti kat perenggan atas tadi, boleh rujuk situ). Tapi aku kira balik sekalu lagi, manalah tahu kot-kot aku silap kira. Dah yakin dengan jawapan yang aku dapat (dua puluh), aku melangkah gagah ke kaunter bayaran. 


"Bang saya huloq doploh awat pam beghenti kat saploh?" Padahal yang jaga kaunter tu perempuan tapi bila aku marah dan rasa dianiaya, semua aku panggil bang. Dia pulak konfiden kata aku hulur sekeping duit sepuluh. Aku pulak yang konpius, terus aku buka wallet dan check balik. Lepas check wallet, aku jadi konfiden balik sekali lagi yang aku memang bagi dua keping duit sepuluh jadi jumlahnya adalah eh malas la aku ulang jumlah dia berapa kau kira la sendiri takkan itu pun nak kena ulang dua tiga kali. 


Laaast sekali lepas bertengkar dua tiga minit, rupanya sekeping duit sepuluh aku tadi, terjatuh ke dalam lubang bawah kaunter bayaran tu. Lubang tu yang lubang kalau beli rokok kee air kee dia akan letak situ untuk kau ambil. Bongok punya lubang, menyusahkan orang.


Habis cerita stesen minyak. Aku pergi lucnheonqpwkdfbdbxaeod. Aku selalu eja lunch je tapi sebab nak ikut trend, saja aku eja panjang sikit. 


Aku order nasi ayam satu teh ais satu. Dan yang datang atas meja aku adalah nasi ayam satu dan teh ais satu sebab tadi aku order nasi ayam satu dab teh ais satu. Aku makan dan minum satu-satu, sebab aku ada satu je mulut. Tak berapa masuk akal pula nak makan nasi dan minum air secara serentak. 


Habis makan, dan minum, aku pergi bayar. Beliau cakap, enam ringgit bang. Aku hulur sepuluh. Beliau hulur tiga keping duit seringgit. Sama juga macam kes duit sepuluh tadi, kita kira satu-satu. Sekeping duit seringgit, jumlah dia seringgit. Kalau dua keping, jumlah dia dua ringgit. Kalau tiga keping, jumlah dia tiga ringgit. Memang nampak lagi komplikated dari yang sepuluh ringgit tadi tapi sama je sebenarnya. Tak pa la, pelan-pelan kayuh lama-lama terer la mengira.


"Bang tadi habaq enam ringgit ni awat belen tiga ringgit?!" Tanya aku ke perempuan yang tak berapa terer matematik itu. 


Eh eh sorry sorry silap silap nah seringgit lagi balas beliau sambil hulur sekeping duit seringgit. Jadi dekat tangan aku sekarang ada empat keping duit seringgit. Satu keping, seringgit. Dua keping, dua ringgit. Tiga keping, tiga ringgit. Empat keping, empat ringgit. Bila aku dah konfiden yang balance yang diberi mencukupi, aku lemparkan satu senyuman masam dan berlalu pergi dengan rilek.


Nanti aku ajar lagi cara mengira, kali ni dengan sempoa. Bagi faham betul-betul dulu latihan yang dalam tulisan ini. 



Tuesday, March 11, 2014

Pakar Mengomel

Hai bertemu kembali kita walaupun hakikatnya kita bukan betul-betul bertemu malah tidak pernah serta tidak akan bertemu jika kau duduk kat sana aku duduk kat sini jadi aku rephrase balik ayat aku tadi.


Hai.


Walaupun aku kerja sekejap sangat-sangat masa cuti yang lama itu hari. Aku ada juga ambil dua tiga tips dari bos aku yang super baik dan soft-spoken. 


Antara mutiara kata beliau yang paling semat adalah, "Jangan takut untuk jumpa customer yang berpangkat tinggi, sebab depa tu pakar dalam bidang depa, bukan dalam bidang bank."


Sungguh, tak tipu. Ada pelanggan yang pangkat punya lah tinggi, title bukan sekadar Encik/Puan, tapi bab-bab bank, beliau blur. Aku pula yang berasa sebegitu hebat pandai. 


Sebab itulah, kalau kau pakar dalam apa-apa bidang, tak payahlah menempelak pendapat atau idea orang lain yang memang pakar dalam bidang beliau hanya disebabkan kau rasa pendapat atau idea beliau itu kau tak dapat terima dengan logik akal kau tudia punya panjang sekali ayat aku. Itu satu. Kalau kau tempelak depan-depan, kira bagus la sikit sebab at least orang tersebut boleh terangkan bagi kau paham. Ini tidak, pesen mengumpat belakang. Pesen dahlah bodoh, lepas tu sombong. Entah-entah nafas pun bau tungkik. 


Ilmu pengetahuan ni kalau dikumpul kesemuanya, aku rasa tak sampai 0.01% pun yang kita semua dah tahu. Macam kenapa perempuan suka mengubah fikiran, haa kau tahu apa penerangan kepada persoalan tersebut?! Kalau kau perempuan pun belum tentu kau boleh jawab. Tambah-tambah aku yang lelaki bertaraf high standard ni. 


Aku percaya, suka hati kau la nak percaya ke tidak, yang setiap orang ada kepakaran masing-masing. Dan aku percaya lagi, suka hati juga kau nak percaya ke tidak, yang sampai mati pun, tak akan ada orang yang boleh jadi pakar dalam segala bidang. Jadi, duduk diam-diam lah, biarlah mereka-mereka tu nak mencari pakai kaedah apa-apa pun. Berjaya ke gagal ke, hang rugi celah mana? Guna duit pak ang dengan mak ang ka tokwan ang ka? Kahkahkah. Kalau tak ada sumbangkan apa-apa selain aksara dalam media sosial, kita rilek sudahlah. Bising banyak-banyak pun bukannya boleh percepatkan proses penemuan. 


Berita yang tak ada kaitan, aku dengar Klang dah tak hujan dekat seminggu? Pehhhhhh lama gila tak hujan dohhhh semingguuu sampai keluar berita dekat radio pftt hangpa tau dak Perlis dah lebih 3 bulan tak hujan hangpa tau dak setan?!