Monday, October 3, 2011

Vokal.

"Ye rancangan kita tak tiru mana-mana rancangan realiti lain, terutamanya rancangan realiti amerika. Yela, kita sebagai rakyat Malaysia benci amerika, tetapi semua rancangan realiti kita tiru depa punya. Betoi aih, tak tipu."
-chief TV3 suku.



"Anda tak perlukan rupa yang hensem macam Adam Levine ataupun b**bs yang besar seperti Keristina Agiloira untuk masuk rancangan ini. Lihatlah saya, walaupun muka seperti tapak kasut, saya tetap mampu buat album. Jadi marilah memperagakan muka huduh anda di sini."
-duta iklan rancangan realiti.



"Muka saya memang huduh, saya akui. Oleh kerana itulah saya sangat yakin saya mampu menjadi juara rancangan realiti ini."
-salah seorang peserta, penjual ubi, 17 tahun, SPM hancur, sebab tu nak jadi artis, dari Sempalit.



"Rancangan realiti terbaru dinanti-nantikan segenap pelusuk Malaysia."
-Nanyang Siang Pau.



"Makcik dengan anak makcik dengan laki makcik dengan sepupu makcik dengan tokwan makcik dengan jiran sebelah makcik dengan jiran sebelah makcik punya anak dengan jiran sebelah makcik punya laki, memang menanti-nantikan rancangan realiti ni. Makcik sokong peserta dari Sempalit tu, sebab dia paling huduh antara semua."
-peminat rancangan realiti, 47 tahun, tukang repair basikal Taman Telurkau, Kerteh.



"Rancangan realiti ini memang sempoi dan cool, macam saya jugak. SATU......(MALAYSIA!!)"
-Ajib, Ferdana Menteri, yang taksub dengan perkataan 'sempoi' dan 'cool' yang baru dipelajari masa konsert hari tu.



"Hmm. How's my hair?"
-Rosmat Lamsor, pemegang rekod 'Lihat rambutku, tidak bergerak bukan?' selama sembilantahun. Berturut-turut.



"I live this show man. I love this show man. I love this show man. I love this show man."
-Ziti Nurhalimah, penyanyi nombor satu Malaysia, dengan bahasa inggerisnya yang semakin maju setelah buat album inggeris, cakap omputih.



"Ape cerite ape?!! Mane la aku tahu!! Kau ni sape!! Nak kene penendang ke?!! Tepilah!!!"
-Lidi Elias, artis berambut perang yang keding, menjawab dengan marah, as always.



"Memang, saya akui, inilah rancangan terhe--zzzzzZZZZZZ"
-mantan Ferdana Menteri, Pok Yah, tertidur.



"Tarak bayar tol juga ini rancangan!!"
-Yami Sellu, bercadang ingin mengenakan tol terhadap rancangan realiti ini.




Sekian reaksi untuk rancangan realiti terbaru di TV3 suku, Vokal, untuk yang tiada rupa.




Eh The Voice dah masuk final!



No comments: