Saturday, April 30, 2011

Kelawar

7:30 am - Masuk tidur.


5:00 pm - Bangun. Berak. Makan. Berak sekali lagi.


7:30 am - Tidur.




Jadual yang tak begitu menyihatkan.

Tuesday, April 26, 2011

Apa yang lucu?

Apa pasal iklan-iklan kat tivi mesti diakhiri dengan gelak ketawa?



Tak paham motif disebalik gelak ketawa terselit.

Saturday, April 23, 2011

Garaukan suara?



Kalau agak-agak rabun dan mata korang tak sebesar mata aku, klik untuk memperbesarkan gambar kat atas.




Saspek utama yang aku rasa pergi search 'macam mana nak garaukan suara' adalah pengkid. Ish tak senonoh dik oi perempuan bersuara jantan. Burok! Huduh! Buduh!




Senang ja kalau nak garaukan suara, meh sini aku bagi flaiyingkik kat anak tekak kau. Nak?




Lagi buruk kalau lelaki bersuara lembut. Geli doh! Terangkat segala bulu kat badan aku termasuklah yang tersembunyi. Dah macam tok dukun dalam cerita JanganPandangBelakangCongkak2. *Muntah*

Friday, April 22, 2011

Lagu untuk penagih fesbuk.

Aku tengah final dan dalam tekanan yang agak mendalam, so aku jadi sewel sekejap. Jadi aku keluarkan segala kesewelan aku dalam bentuk lagu. Sekarang dah tinggal separuh sewel, mungkin esok aku pergi basking tengah-tengah pasar ikan untuk hilangkan lagi setengah.




Raja

Apa kau ingat kau raja aku takut?



Ini anak jantan tak takut raja. Parang tumpul jadi senjata, kutikam kurobek perutmu. Kalau tak dirobek manakan emas yang kau banggakan sangat tu.



Ahhhh aku tak peduli, kalau kau raja, aku bapak raja.



Nyam-nyam sedapnya durian. Tapi apahal mahal sangat sekarang? Tak peduli, aku robek jugak! Burp *mulut bau durian*

Thursday, April 21, 2011

Lucu

Dua berita. Satu buat urat kentut serta salur otak aku putus. Dan satu lagi memang aku tunggu-tunggu tapi baru sekarang nak buat, aku sokong.




'Isu obesiti budak-budak sekolah rendah dan rancangan kerajaan nak pantau pemakanan kat sekolah rendah.'


'RM 50 juta untuk email 1Malaysia.'



Eh silap, sebenarnya dua-dua berita
ni buat aku gelak marathon tanpa henti selama 100km.



Obesiti di kalangan budak-budak sekolah? Baikla tumpukan kepada bebudak yang tak
cukup makan dan yang tak mampu nak pergi sekolah.



RM50 juta pelaburan dari syarikat yang dah nak bankrap. Non-profit investment. Ish, mengarut betoi. Mano nak cekau eh duit banyak tu jang oi? Tak logik woi, tak logik. Esok-esok takdak duit, minyak kasi naik, itu rokok
pun kasi duit. Afhalakuitoris!!

Wednesday, April 20, 2011

Lain ditanya lain jawab

'Macam mana nak elakkan masalah pembuangan bayi?'



'Kita banyak jalan penyelesaian. Yang paling bagus kita hantar ke pusat jagaan ataupun rumah-rumah anak-anak yatim.'



Heh? Macam kau cakap cara nak elakkan kemalangan jiwa di jalan raya adalah dengan menghantar mangsa-mangsa eksiden ke hospital.



Nope. Itu bukan cara nak elak tapi itu cara nak bukak pintu penyelesaian kepada mereka yang buang baby.



Dan aku sangat pasti kalaulah itu cara nak elakkan, makin ramai yang akan buang sebab rumah-rumah anak-anak yatim kan adaaaaaa, takpaaaa, baby tu masih ada masa depan. Aku buang pun takpa.

Tuesday, April 19, 2011

Sendiri masuk?

Wakakakaka, gelak sat.



'ThreeMaskitier mungkin didakwa kerana mengedar video lucah.'?



Itu laaaaa, tak baik bukak aib orang even orang tu dibenci, berdosa. Sekarang apa jadi? Wakakakakakaka. Bodoh punya orang, belajar saja tinggi.



Isu skandal orang-orang besar sudah tidak lagi relevan. Mampoih pi la depa nak buat apa pun, macamla hang tak buat.

Monday, April 18, 2011

Apa berlaku?

Mana hilangnya "Anda tak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah"?



Kalaulah semua nak berlagak hakim dan juri, baik robohkan semua mahkamah yang ada.



Dan guru-guru sekolah patut diberikan rotan seorang satu sebab kalau takdak rotan, penampar, penumbuk dan penerajang yang jadi ganti. Sampaikan budak sekolah agama tujuhtahun jadi korban kena belasah dengan guru. Apo nak jadiiiiii??

Thursday, April 14, 2011

Susah

"Sir, test final susah dak?"




"....sebenarnya, orang miskin yang susah."









Walaupun tak menjawab soalan tapi aku suka.

Tuesday, April 12, 2011

Lupa daratan

Semalam aku keluar pergi minum teh tarik.



Depan meja aku ada duatiga budak melayu. Yang sedang minum arak. Nice..... Aku tak kisah tapi tolonglah hormat dan tolonglah jaga imej melayu islam yang memang dah lama tercalar.





Dan kepada yang memandu, oi tolonglah guna bagi signal kalau nak tukar lane, apa ingat signal tu saja-saja diorang letak kat jubor kereta tu?

Thursday, April 7, 2011

Kaya

"Kau pakai TV apa?"


"TV HD."


"Kaya betul kau."


"Taklah"


"Ish, TV High Definition kan mahal."


"Bukan High Definition."


"Habis tu?"


"TV Hutang Dulu, bayar kemudian."


"#%^+*!!"

Sunday, April 3, 2011

Kastam Diraja?

Negara rugi RM108 bilion setiap tahun.




Keratan akhbar hari ini. Wow. Banyak.




Dengan duit sebanyak tu, negara boleh buat macam-macam seperti membina menara bertingkat-tingkat dan memberi pelepasan cukai kepada barangan yang menjadi keperluan rakyat Malaysia yang berpendapatan secara purata RM2500 seperti pakaian dalam buatan luar negara dan bola golf.




Kastam makan rasuah? Eleh apa nak kisah, rakyat Malaysia kalau sebut pasal rasuah dah macam korek hidung kat trefik light, benda biasa. Tak keterlaluan la kot kalau aku cakap Malaysia dan rasuah dah sinonim. Dan by Malaysia aku tak maksudkan kerajaan Malaysia sebab yang bukan kerajaan pun rasuah. Jadi, memang tak keterlaluan.




Kalau nak dibandingkan dengan negara maju. Rasuah dipandang jijik dan hina di mata masyarakat. Jadi macam mana Malaysia nak maju? Duit negara masuk poket-poket yang tak amanah.




Kebanyakan orang Malaysia ni bukan apa, tak cukup moral value. Aku paling menyampah sifat orang Malaysia adalah ungkit-mengungkit, walaupun benda yang diungkit tu tak masuk akal. Sikit-sikit nak ungkit, sikit-sikit nak ungkit. Rakyat bekerja, cukai pendapatan dapat kat kau dan jadi pendapatan negara, jadi tak logik kalau kau nak ungkit gila babi segala benda, macamlah pakai duit kau kan? Remember, you work for us right?




Revolusi Asia Barat. Aku suka. Menunjukkan betapa sesebuah kerajaan tak boleh buat sesuka hati. Menunjukkan betapa generasi baru dah sedar akan kuasa yang mereka kita ada.




Jadi mari boikot rasuah.