Thursday, April 21, 2011

Lucu

Dua berita. Satu buat urat kentut serta salur otak aku putus. Dan satu lagi memang aku tunggu-tunggu tapi baru sekarang nak buat, aku sokong.




'Isu obesiti budak-budak sekolah rendah dan rancangan kerajaan nak pantau pemakanan kat sekolah rendah.'


'RM 50 juta untuk email 1Malaysia.'



Eh silap, sebenarnya dua-dua berita
ni buat aku gelak marathon tanpa henti selama 100km.



Obesiti di kalangan budak-budak sekolah? Baikla tumpukan kepada bebudak yang tak
cukup makan dan yang tak mampu nak pergi sekolah.



RM50 juta pelaburan dari syarikat yang dah nak bankrap. Non-profit investment. Ish, mengarut betoi. Mano nak cekau eh duit banyak tu jang oi? Tak logik woi, tak logik. Esok-esok takdak duit, minyak kasi naik, itu rokok
pun kasi duit. Afhalakuitoris!!

No comments: