Friday, May 28, 2010

Hey Snoop!

"Eh Kai, kau kenal Snoop Dogg?"

"Kenal, apasal?"

"Suara kau sebijik macam Snoop Dogg, sumpah serupa"

"Oh eh"



Pujian atau sindiran. Tak penting, yang penting drop-it-laik-its-hottt.



Thursday, May 27, 2010

Ungkit.

Orang Melayu pantang sangat-sangat dalam bab-bab ungkit-mengungkit ni. Tapi bagi tak salah nak ungkit.




Bayangkan kau dah buat macam-macam kat dia, bergadai rumah, tak tidur malam, penat-lelah nak tolong member. Last-last bila kau mintak tolong balik kat dia, dia cakap 'Aku busy ah, kau mintak tolong orang lain boleh.'




Sebab bagi aku kalau tak mengungkit, kang member tu jadi lupa daratan, buang kawan bila dah senang. Contoh lagi, sorang calon wakil rakyat sebelum bertanding janji macam-macam, bina jambatan la (sikit-sikit jambatan), bina jalan tar la, tukar tiang lampu jalan la, bina rumah baru la. Bila dah naik jadi wakil rakyat, haram habuk pun takdak, jangan katakan jambatan (jambatan lagi), turun padang tunjuk muka pun jarang. Lepas tu nak pulak, dah habis sesi, dia nak orang undi lagi, dey!




Aku jarang mengungkit sebab aku hanya mintak tolong bila aku betul-betul desperet.

Tuesday, May 25, 2010

Hangat.
























Ketiak, jubor, ketiak sebelah lagi, celah-celah, tapak tangan, tapak kaki, tapak tangan sebelah lagi, semuanya berpeluh-peluh angkara kepanasan yang dah mencapai tahap Malaysia. Saya berbesar hati sebab sekarang dah panas. Oh yes.

Saturday, May 22, 2010

Persona

Observasi. Bunyi macam masturbasi. Tapi bukan, ini kurang meletihkan dan lebih menyeronokkan.




Dulu time kecik-kecik aku suka tengok alam, tengok bukit, tengok pantai, tengok unggas, tengok kambing-kambing serta arnab-arnab peliharaan nenek aku. Lepas tu aku selalu pikir "Macam mana entah rasa jadi benda lain?" Sampaikan satu tahap aku pernah tertanya-tanya "Macam mana rasa kalau aku dilahirkan sebagai seorang malaikat." Dah nama pun budak-budak.




Tapi bila aku matang sikit, aku suka tengok perangai dan tingkahlaku orang lain. Dan sekarang aku dah pandai untuk tidak menilai seseorang berdasarkan pandang pertama. Pandangan pertama bagi aku adalah hanya sebagai muqadimmah. Tak adil bagi aku untuk menilai seseorang berdasarkan satu atau dua pertemuan. Kenapa entah ayat aku menggelikan. Sebab tu aku susah untuk bercakap banyak kalau baru sekali dua berjumpa. Dan sebab tu jugak lah aku selalu dilabel sombong ataupun tidak berperasaan.




Bak kata cikgu bahasa inggeris aku dulu, setiap insan adalah unik. Setiap orang ada latar belakang yang berbeza. Dan sampai sekarang aku still amazed macam mana orang yang berlainan latar belakang boleh bertemu dan jadi kawan. Orang yang dulu bila first time jumpa menyampah macam haram, sekarang dah boleh jadi member sejubor (oh, ini term untuk member baik kat sekolah aku dulu, siapa yang cipta aku pun taktau, yang penting tiada kena-mengena dengan hubungan songsang mahupun luar tabii).




Dan orang yang berperangai pelik atau lebih tepat lagi membencikan mesti ada sebab kenapa dia berperangai sedemikian. Penjenayah-penjenayah yang bunuh-bunuh orang, yang rompak-rogol orang mesti ada sebab yang kukuh. Mungkin hobi di masa kecil. Macam aku dulu, pergi mana-mana, aku selalu tuck-in baju aku. Sebab? Bapak aku polis dulu, dan selalu suruh aku tuck-in.




Tabiat yang aku tak boleh buang sampai sekarang, observasi. Sampai aku dah ketagih. Kalau aku diberi peluang untuk jadi orang lain selama sehari, aku teringin nak mendalami hidup hippies-hippies ataupun orang yang tinggal di tepi-tepi jalan. Mendalami perasaan mereka, wah puitis habis.









ps : Hitler pun mesti ada sebab sendiri kenapa dia jadi kejam selain daripada dia nak jajah dunia.

Thursday, May 20, 2010

Belasah saja

Bila orang cakap "Pikir masak-masak dulu", "Pikir betul-betul", "Cuba pikir duatiga kali". Aku bangkang!




Kalau nak buat satu benda, aku buat terus. Tak payah pikir banyak-banyak. Ikut hati mati, tapi kenapa aku tak mati-mati? Ha, ajaib.



 
Dan soalan paling menyampah dalam dunia setelah keputusan diambil adalah "Kau sure ke nak buat aktiviti ni?" Pendek kata, orang yang suka hesitate. Itu sebab aku cuba untuk tidak plan apa-apa, sampaiiiiiiiiila last minute. Kang kalau plan awal-awal, otak aku akan melancarkan aktiviti guerilla dan memberontak terhadap hati aku yang seciput ni. Dan sah-sahla otak aku menang.




So, bila aku plan last minute dengan hati kering ini, otak aku tak sempat nak rebel, ha ambek hang! Otak aku cuma mampu memberontak bila benda tu dah siap pun. Hahaha, kena bijak nak memperdaya otak sendiri.




Lagi satu sebab aku malas plan, adalah sebab aku baru sedar yang aku sedikit sebanyak adalah perfectionist. Kalau ada sikit je benda yang tak ikut plan, aku jadi hampa, kecewa, tak best. Dan kebarangkalian untuk sesebuah plan tidak berjalan lancar adalah hampir kepada pasti. Plan your work and work your plan never works for me.




Dan sekarang hati aku berbisik yang aku patut balik berpuasa dan beraya di Malaysia. Otak aku rebel dengan input-input yang agak logik. Ahhh, apa peduli dengan logik, nafsu raya membuak-buak untuk diejakulasikan, mana tahan.






ps: tapi takdela semua benda aku ikut hati kan, aku bukan iblis.

Tuesday, May 18, 2010

Pinnochio

Facebook kadang-kadang membuatkan aku terkedu dan berfikir. Macam satu group kat Facebook ni.









Group : What would happen if Pinnochio said "My nose is about to grow?"

Monday, May 10, 2010

Burung hitam

Fuiyo, hari ni satu hari takdak mood. Satu hari atas katil. Satu hari depan laptop.





Tetapi setelah melihat seekor burung melompat-lompat serta bermandi-manda di lopak-lopak air tadi, mood kembali. Orang tua-tua kata kalau tengok burung mandi maknanya ada orang nak mampos? Heh? Setiap hari ada orang mampos.





The point is (speaking tetiba), terkesima sekejap tadi sebab betapa walhal seekor burung boleh membuat hari yang macam-haram-tak-produktif-dan-moody-menjadi-gumbira. Pelik.




Pelik macam main peek-a-boo dengan sebuah bayi kecil, tak kira la berapa ratus kali pun kau buat peek-a-boo dengan dia, tetap dia akan ketawa macam tiada hari esok. Bongok punya bayi. Dahla saiz kepala lagi besar dari saiz badan. Pelik.









....tengok burung mandi juga mengingatkan aku bahawa aku belum mandi lagi. Mari mandi sambil lompat-lompat.

Saturday, May 8, 2010

Setan and Tonik

Diorang ni kadang-kadang tak paham. Tambah-tambah bebudak Vietnam.




Siap ada sorang minah Vietnam ni bila aku cakap hari ni aku puasa tak boleh makan sampai malam, dia cakap ".......agama ko pelik....." Sampai kan tiap-tiap hari bila dia jumpa aku , dia cakap "Kesian kau kan, hari-hari tak boleh makan", padahal dah habis pun bulan puasa.




Ada lagi sorang mamat Vietnam ni tak paham-paham aku tak boleh minum. "Nah air, ni bukan alkohol, ni air anggur, hehehehe" dengan muka yang separa mabuk, padahal kat tangan dia sah-sah ada sebotol arak. Bongok punya Vietnam.




Rata-rata French paham. "Kalau kau cakap kau tak minum sebab kau tak suka, kitorang boleh paksa kau minum tapi kalau kau cakap kau tak minum sebab kepercayaan kau, itu kitorang tak boleh paksa."






Syarat untuk join bebudak Vietnam dan French buat parti adalah, wajib kena ada air coke dualiter sekurang-kurangnya duabotol. Untuk aku sorang.

Tuesday, May 4, 2010

Tak kenal

Henpon bebunyi ketika di dalam metro paris, nombor tidak dikenali.




XXX :   Assalamualaikum, nanti dah nak sampai kol saya OK? Saya kat rumah ni.

Aku :   Waalaikumussalam, errrrr........................................................................................................sapa ni?

XXX :   Saya Ridh*an.

Aku :   Ridh*an? 

Ridh*an :   Saya dari embassy. Nak ambek pasport kan hari ni? Nanti dah nak sampai kol saya, saya kat rumah.

Aku :   Ohhhhhhhhhhhhh, embassyyyyyy...... Dalam metro ni, lagi limablasminit kang sampai.





Perbualan dalam henpon sangat susah kalau diri tidak diperkenalkan.  


Siapa kata passport Malaysia tak boleh masuk Israel? Itu semua dusta. Haha.

  

Saturday, May 1, 2010

Pengganas berubah.

Kejap lagi nak pegi jumpa Kak Gayah kat embassy nak ambek pasport baru. Setel satu masalah.











Aku happy sebab gambar aku dalam pasport yang lama macam gambar terrorist. Terrorist yang tak cukup tidur dan tak cukup makan.