Thursday, May 20, 2010

Belasah saja

Bila orang cakap "Pikir masak-masak dulu", "Pikir betul-betul", "Cuba pikir duatiga kali". Aku bangkang!




Kalau nak buat satu benda, aku buat terus. Tak payah pikir banyak-banyak. Ikut hati mati, tapi kenapa aku tak mati-mati? Ha, ajaib.



 
Dan soalan paling menyampah dalam dunia setelah keputusan diambil adalah "Kau sure ke nak buat aktiviti ni?" Pendek kata, orang yang suka hesitate. Itu sebab aku cuba untuk tidak plan apa-apa, sampaiiiiiiiiila last minute. Kang kalau plan awal-awal, otak aku akan melancarkan aktiviti guerilla dan memberontak terhadap hati aku yang seciput ni. Dan sah-sahla otak aku menang.




So, bila aku plan last minute dengan hati kering ini, otak aku tak sempat nak rebel, ha ambek hang! Otak aku cuma mampu memberontak bila benda tu dah siap pun. Hahaha, kena bijak nak memperdaya otak sendiri.




Lagi satu sebab aku malas plan, adalah sebab aku baru sedar yang aku sedikit sebanyak adalah perfectionist. Kalau ada sikit je benda yang tak ikut plan, aku jadi hampa, kecewa, tak best. Dan kebarangkalian untuk sesebuah plan tidak berjalan lancar adalah hampir kepada pasti. Plan your work and work your plan never works for me.




Dan sekarang hati aku berbisik yang aku patut balik berpuasa dan beraya di Malaysia. Otak aku rebel dengan input-input yang agak logik. Ahhh, apa peduli dengan logik, nafsu raya membuak-buak untuk diejakulasikan, mana tahan.






ps: tapi takdela semua benda aku ikut hati kan, aku bukan iblis.

No comments: