Sunday, April 3, 2016

Sindrom "Osama ditembak mati di India"

Aku hari tu baru siapkan satu thesis atau nama saintifiknya thesis. Banyak benda aku belajar dalam proses menyiapkan thesis tersebut. Aku belajar bagaimana nak menyusun perkataan supaya nampak tersusun, aku belajar macam mana nak betul betul susun jadual jadual dan gamba rajah, aku belajar betapa pentingnya wajah luaran seolah olah ianya setaraf dengan isi dalaman (judging a book by its cover, secara saintifik), dan yang paling mustahak, aku belajar jangan selalu dengar cakap orang lain.



Yang poen last tu, yang paling mustahak, aku tulis dah situ tadi "..yang paling mustahak", dan aku ulang dua kali kot, maknanya memang paling mustahak. Padahal paling tu dah melambangkan ranking tertinggi lepas tu ulang sekali lagi dengan letak "memang" pulak. Nampak sangat ianya memang paling mustahak. Sampai tiga kali aku ulang.



Aku malas nak gunapakai "kebanyakan orang Malaysia" sebab nanti nampak sangat macam aku ni tak sedarkan diri walaupun muka aku iras pan-asian, dan nanti nampak sangat macam aku ni berlagak bagus walaupun memang dari asal penubuhan blog ini tujuannya adalah untuk aku berlagak bagus, alaaa macam tujuan asal penubuhan blog blog yang lain. Oh baidewei muka aku memang iras pan-asian.



So. Kebanyakan orang Malaysia (hahaha), senang dengar cakap orang. Biar aku rephrase balik nak bagi clear, kebanyakan orang Malaysia terlalu senang mendengarkan cakap cakap orang lain tanpa mengkaji dan menilah apa intipati ataupun secara saintifiknya apa arguement orang lain tersebut. Sindrom ini aku selalu gelarkan, sebagai sindrom "Osama ditembak mati di India". Aku dapat bayangkan kekecohan di masa itu, bila orang baca tajuk berita "Osama ditembak mati di India", orang akan terus percaya dan cakap peh weh dah baca belum aku baru baca tadi osama dah mati kena tembak kat india.



Osama, di India, yang dimaksudkan dalam berita tersebut, adalah seekor gajah, yang diberi nama Osama sebab kuat mengamuk dan mengamalkan amalam vandalisma. Osama bin Laden, masa tu, masih sihat dan bernafas dan sebuah kawasan pergunungan. Tak percaya itu tajuk berita yang betul betul wujud? Bagus, sebab kau dah tak termasuk dalam golongan yang terkena sindrom "Osama ditembak mati di India". Tapi tak, itu memang betul berlaku, memang ada gajah nama Osama kena tembak mati di India (http://www.nbcnews.com/id/16248233/ns/world_news-south_and_central_asia/t/serial-killer-elephant-shot-dead-india/).



"Kad ni bagus, dibangunkan dengan teknologi Jerman di sebuah kilang di Jepun oleh seorang saintis bernama Otto Van Weil. Dengan kad ini, tampal sahaja di mana mana, pasti akan berlaku penjimatan, Jika ditampal di enjin kereta, jimat minyak kereta. Jika ditampal di tong gas, jimat gas memasak. Jika ditampal di kotak karen, jimat karen rumah. Malah jika ditampal di dompet, insya Allah jimat duit poket. Beli 1, mahal sikit, dua ratus ringgit. Baik beli 3, murah sikit, lima ratus sembilan puluh sembilan ringgit. Bagus ni, terknologi osmosis."



Kaji la dulu, bukannya susah pun. Benda benda menjimatkan ni, kita kena ingat, satu dunia nak berjimat. Dah kalau ribut tak ada, taufan tak ada, tetiba benda itu wujud di Malaysia sahaja, tak ke kau berasa pelik ya amat? Kalau kau pesen terkena sindrom "Osama ditembak mati di India", memang kau akan percaya bulat bulat dan terus beli sepuluh tampal merata hala sebab nak berjimat. Sedangkan kau termasuk dalam golongan yang kerugian, cewah.



Sebenarnya kan, tadi aku rasa macam nak cerita pasal benda lain, tapi aku dah tertulis pasal benda lain. Itu la susah kalau menaip tanpa perancangan lainlah kalau merancang keluarga boleh pakai getah tak pun pil je. Tapi pil tu aku dengar bila dah tua nanti muka naik jeragat so setiap kali aku nampak makcik makcik muka berjeragat aku akan fikir itu la kau makcik siapa suruh telan pil perancang banyak banyak masa muda. Nampak, aku mengejudge sesebuah makcik by its cover tanpa usul selidik tapi yelah takkan aku nak pergi tanya depan depan muka makcik tu hoi makan pil perancang masa muda muda ke makcik ha? Malu la makcik tu nanti.



Panjang aku tulis ni, aku harapkan agar semua pendengar dan peminat di luar sana terus menyokong dan tidak menjadi bebal dijangkiti sindrom yang kian menular di alaf baru ini. Dua ribu enam belas dah kot. Oh baidewei muka iras pan-asian mesti la ada peminat yang ramai, takkan lahhh itu pun tak tahu.



No comments: