Monday, June 29, 2015

Mamak 24 jam

Tadi aku dengan member aku pi lepak mamak, moreh kat situ. Ramai juga yang moreh berjemaah dekat situ, ada pakcik-pakcik pakai pelikat dengan kopiah, ada makcik-makcik pakai baju kelawar dengan kain batik, ada budak naik Ferrari sorang makan situ dengan abah dia yang pakai kasut kulit kaler cokelat, ada cina dua orang sembang pasal GDP entah apa dia sembang aku tak pasti yang aku dengar cuma perkataan GDP, dengan ada kucing tiga empat ekor buat muka kesian mintak makanan bila aku lempar roti canai sekeping dia buat tak tahu memilih punya kucing dia tak tahu ke beggers can't be choosers.



Moreh berjemaah, yang diimami oleh seorang mamak di kaunter pembayaran.



Aktiviti wajib di kedai mamak adalah, bersembang, bukannya bercium dengan jemaah yang lain, bukannya saling meraba dengan jemaah yang lain, bukannya mengespank punggung jemaah yang lain, bukannya berkongsi jarum suntikan dengan jemaah yang lain, bukannya beromen ramai-ramai dengan jemaah yang lain. Cuma bersembang sambil sesekali menjeling ke kereta Ferrari merah yang parking tepi tu babi betul muda-muda dah bawak Ferrari.



Perihal yang diboraki dan disembangi adalah berkisarkan evolusi permainan semasa kecil. Hek eleh perangai macam orang-orang tua sikit-sikit mengimbas kenangan lalu sikit-sikit mengimbas kenangan lalu, getus hati kecil kau semua. Itu lah kau semua tak tahu, mengimbas kenangan semasa kecil ni, semua orang buat, cuma orang yang yakin dan mempunyai self-esteem yang tinggi berani buat secara terang-terangan, macam yang aku bakal buat dalam post ini.



Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, Jadi kami bersepakat membawa berkat bahawa evolusi permainan kanak-kanak generasi kami bermula dengan longkang.


Longkang ni lebih kurang macam tempat adventure yang paling common dulu-dulu. Macam-macam kau boleh jumpa situ, berudu, anak ikan, taik ikan, katak, keychain berkarat, botol air, penutup botol air, plastik, syiling, lumut, dan selipar. Longkang ada dua jenis, satu kering, satu basah. Kalau masuk longkang kering, benda paling best buat adalah baring dalam tu. Kalau longkang basah, balik rumah dua tiga hari kaki mesti berkudis. Dan berkudis itu adalah lambang kelelakian.



Tepuk kad. Hek eleh tepuk kad pun tak tahu ke? Tepuk kad, tepuk kad. Dia macam kasino, setiap pemain pertaruhkan jumlah kad dan tepuklah kau sampai merah tapak tangan tengok siapa menang paling banyak. Hasil perjudian disimpan untuk perjudian yang seterusnya. Pernah sekali aku main, sekali aku tepuk semua terbalik semua jadi milik aku betapa powernya aku diketika itu.



Gasing. Ini agak rare. Aku duduk rumah pangsa. Lantai koridor pangsa tu kalau tak berlubang adalah tidak sah. Yang berlubang tu bukan sebab apa tapi sebab gasing. Aku tak terer sangat main sangat gasing ni, skill baling gasing lepas tu tarik pakai tali naik atas tangan bagi dia berpusing atas tangan sampai ke sudah aku tak reti. Tapi kalau main pangkah-pangkah aku terer la. Pernah sekali tu aku dekat tingkat empat rumah pangsa tu, aku pangkah gasing member aku yang dekat ground floor. Kena tepat-tepat atas paksi gasing dia. Terbelah dua.



Pemadam. Ini bukan permainan yang rare. Kalau kau tak main dulu maknanya kau ni samada gulungan diraja yang kerja duduk dalam istana ditemani gundik-gundik, ataupun kau ni pesen kera sumbang pesen duduk dalam rumah tengok rugrats dekat NTV7. Member sekolah rendah aku memang dedicated main pemadam ni, siap ada satu kotak kensil khas untuk simpan hasil kemenangan, dan setiap kali dia bukak kotak pensil tu di hadapan rakan-rakan, kami akan berwoo dan berwahh terernya hang.



Lepas tu, sampai satu tahap, teknologi tiba ke Malaysia. Longkang, tepuk kad, gasing dan pemadam semakin dipinggirkan oleh masyarakat berumur 12 tahun ke bawah.



Cyber pet. Virtual pet. Digimon. Tamagotchi. Aku obsessed betul dengan benda ni dulu-dulu. Sampai sekarang pun sebenarnya aku masih kagum dengan pencipta benda sekecil tapak tangan ni. Seingat aku, aku pernah ada 3 benda ni. Satu bela binatang apa tak tahu, satu bela bayi sampailah dia dewasa (yep, pernah wujud), dan satu kena train ahli kungfu sampai dia jadi power abugik. Aku pernah main dengan sungguh-sungguh benda ni, macam orang sekarang sungguh-sungguh main Tom dekat telefon bimbit. Lagipun masa tu teknologi adalah benda yang sangat rare, dan kalau ikut hukum alam, benda yang rare adalah mahal. Contohnya, laptop pertama yang aku beli, jenama Acer, spesifikasi tahap longkang, tahun 2005@2006, berharga RM4000++.



Kereta desyangkuro. Aku malas elaborate lebih pasal kereta desyangkuro ni sebab sampai sekarang ni pun ada lagi yang main secara serius. Tapi bukan nak cakap lah, aku pernah ada enjin oren satu, enjin hitam satu. Makan asap bro racer-racer yang lain sambil menjeling kecemburuan. Vroom.



Snake. Yes. Snake. Dalam Nokia. Kegilaan dulu-dulu. Kau pernah main sampai penuh skrin? Kalau tak pernah kau bukan seorang lejen. Pernah satu ketika, setiap pasaraya, setiap pasar malam, setiap kaki lima kedai, akan ada brader-brader yang jual cover Nokia 3310. Fenomena. Ini bukan exaggeration tapi fakta yang aku buat sendiri. Tak percaya sudah tetek hang sebelah bapak ang dolah.



Apa dah jadi dengan generasi sekarang? Hek eleh hang dok buat serupa hang tua sangat pasaipa, detik hati kau bila membaca soalan aku tersebut. Tapi betul. Perubahan memang ketara. Apa yang kau buat bila melepak bersama member-member? Apa perkara pertama yang kau buat? Buka telefon, beritahu satu dunia yang kau sedang melepak bersama member-member di kedai makan sipolan sipolan. Apa yang kau buat semasa melepak bersama member-member? Layari laman media sosial untuk ambil tahu apa yang member-member yang lain sedang perkatakan dan buat. Apa yang kau buat selepas melepak bersama-sama member-member? Beritahu satu dunia yang kau dah habis dah pun melepak bersama member-member.



Kadang-kadang aku pun buat benda yang sama. Tak salah, tapi itu lah, generasi semakin berubah ke arah alam maya. Semakin berubah ke arah trend "beritahu satu dunia". Budak-budak sekolah rendah sekarang main apa? Balik-balik main telefon, balik-balik main telefon oh kamon kreatif la sikit pergi la jelajah longkang ke kawasan kilang ke taman perumahan sebelah ke rumah pangsa sebelah ke panjat pokok ke tangkap berudu ke. Adventure la sikit, esok besar tak boleh dah nak adventure benda-benda bodoh macam tu.



Satu je kesimpulan yang aku jumpa. Manusia in general semakin jahat, semakin berani menjadi jahat. Kau gila nak lepas anak-anak merayau-rayau tanpa diawasi kalau kena culik kau nak tolong carikan ke kalau kena rogol kau nak jawab ke kalau kena itu kalau kena ini.



Kamon la Shahidan kamon la. Kedai mamak bukan punca masalah sosial, mamak juga punyai hati dan perasaan kau apa tahu kahwin banyak je tahu.




Wednesday, June 24, 2015

Hek eleh jual burger je pun

Aku sekarang ni tengah menaip dalam keadaan mengantuk. Mula-mula aku ingat nak taip satu ayat je tapi bila aku taip ayat yang ini, dia jadi dua ayat. Kalau termasuk ayat yang aku tengah taip ni, dah jadi tiga ayat.


So aku tukar fikiran untuk taip lima ayat. Okay, dah cukup lima ayat.

Tuesday, June 9, 2015

Kerepek misteri

Tadi aku pergi makan nasi ayam, sebelah kedai suratkhabar dengan majalah-majalah ilmiah tu. Alah yang depan kedai jual minyak rambut shaver mentos dengan panadol tu. Kalau jalan depan sikit lagi dari kedai tu, ada kedai makan satu lagi. Ha kat situ. Boleh la tahan.

Lepas tu aku ternampak makcik tua sorang, duduk bersila depan bank, jual kerepek. Teringat arwah tok aku, sebab tok aku dulu masa dia tua, memang dia tua betul, macam makcik tua tadi tu la. Lagipun tok aku dah nama pun tok, mesti la tua takkan muda pula jarang jumpa tok-tok yang muda kecuali pondan-pondan yang selalu guna kata ganti diri tok dan nok.

Aku nak cerita betapa pentingnya elemen "place" dalam 4P strategy dalam teknik pemasaran. Lagi tiga adalah Price, Product dan Promotion.

Makcik tu jual kerepek. Harga murah, produk cantik dah kerepek semua orang makan kerepek mana ada orang tak makan kerepek orang bodoh je tak makan rasanya, promotion tu mungkin la kau boleh tawar-menawar beli 10 dapat harga murah ke.

Orang pergi bank, ambil duit. Selalunya, ATM paling bangang pun keluar duit RM10. Dan, selalunya yang keluar duit kertas RM10 ni, selalunya memang dia keluar habis terus duit dalam bank, memang tinggal ngam-ngam minimum balance dalam tu, aku tahu sebab aku selalu buat, kau jangan buat-buat tak tahu kau pun selalu buat eleh berlagak macam kaya sangat.

Dah tu, kalau duit not paling kecik adalah RM10, dan orang tu memang sengkek, kau ingat dia nak beli ke kerepek tu? Tak le susah pula nak tunggu duit baki dengan prasangka yang berbaur "Makcik ni mesti tak ada duit kecik habis takkan aku nak suruh dia pergi tukar duit kat kedai lain pula kerepek-kerepek dia sapa nak jaga sementara dia pergi tukar duit? Kalau kedai lain pun tak ada duit kecil habis takkan aku nak korbankan RM10 aku semata-mata untuk kerepek takkan aku nak minta balik duit RM10 aku dan pulangkan balik kerepek dia apa pula pandangan orang umum terhadap aku nanti apa natijahnya?"

Lokasi tu, tak strategik. Makcik, makcik. Pindahlah ke kedai yang jual minyak rambut shaver mentos dengan panadol tu, kedai tu orang selalu dapat duit baki kecik-kecik, kira ada la juga prospek untuk orang membeli tanpa banyak fikiran.

Satu lagi, macam mana boleh wujud seoarang makcik tua, menjual kerepek sambil bersila atas lantai, di zaman "serba maju dan canggih serta berpendapatan tinggi" sekarang ni? Zakat mana zakat? Jabatan Kebajikan mana Jabatan Kebajikan?

Berpendapatan tinggi kunun, kununnyelah sampai bila-bila.


Wednesday, June 3, 2015

Mahsuri

Aku dah lama perhati nama Mahsuri tu, aku yakin nama dia tu diambil sempena pekerjaan beliau dahulu kala sebagai seorang suri rumah. Habis takkan nak panggil Surimah, tak sedap pula. Jadi nama itu diolah semula supaya kelihatan komersial bagi tujuan pembangunan di Langkawi amnya, ataupun di Padang Matsirat khususnya.

Itu intro je tu, bukan cerita betul pun, jangan kau pergi sebarkan kepada wartawan atau sejarawan atau pengkaji fosil pula, mati aku dituduh memainkan nama Mahsuri.

Sebenarnya aku ada pergi Langkawi sekejap itu hari. Lepas tu pergi makam Mahsuri. Sampai sekarang aku tak faham kenapa perlu pakai "makam", dan bukannya "kubur" ataupun "tapak persemadian" ataupun "disini, bersemadinya". Sebelum ni, pernah jadi satu kisah. Kita flashback serta throwback sedikit sebagai background story. Ini cerita betul, bukan dongeng mahupun cerita rakyat.

Pernah sekali ada orang pergi ke makam mahsuri. Masuklah rumah-rumah replika Mahsuri dekat makam tu. Dalam sebuah tu terdapat sebuah potret yang ala-ala Mahsuri, katanya. Jadi sebagai kenang-kenangan, gambat potret itu diambil menggunakan kamera telefon bimbit. Bila si pengambil gambar sampai di rumah, gambar di dalam telefon bimbit terbabit berubah menjadi gambar yang lain terus, sesuatu yang menyeramkan bulu roma tidak ketinggalan bulu pusat.

Shroooottttttt (bunyi fast forward ke masa sekarang). Jadi haritu aku pergi ke makam Mahsuri dengan tujuan nak tengok dan ambil gambar Mahsuri yang tadi, manalah tahu kot-kot perkara sama berulang lagi. Bila masuk dalam rumah replika tu, aku ternampak gambar Mahsuri terbabit lantas aku berkata secara kuat, " Haaaa gambar ni lah yang aku cerita kat kau tadi tu!!" (Sebab aku pergi tidak berkeseorangan). Tahu apa jadi?

Terus tiba-tiba aku rasa keseraman. Aku ni bukan nak cakap besar ke nak riak ke nak egoistik ataupun prostatik, tapi, aku ni jarang gila babi berasa keseraman atau ketakutan terhadap alam-alam mistik ni. Terus tak jadi tangkap gambar Mahsuri tu, dan aku jalan secara laju untuk menjauhkan diri dari gambar tu.

Yang peliknya, masa aku dah jauh sikit dari gambar tu, aku dengar bunyi yang real. Bunyi yang tak logik dihasilkan sesuatu yang semulajadi, dan, belakang aku tadi, tiada orang lain ataupun binatang yang berkeliaran. Lagi aku keseraman.

So cerita kat makam tu tinggal situ. Bila aku balik hotel dan tengah bersenang-lenang atas katil.

Bunyi tu datang lagi dari arah sudut bilik.

So.

Kalau ke Langkawi, masuklah ke makam Mahsuri, cari replika Rumah Penghulu dalam tu, dan carilah gambar potret Mahsuri yang ada situ.

Selamat bercuti!!!