Thursday, September 1, 2011

Pabila raya.

1.Budak-budak kecik nampak sangat kiut. Tetapi perangai macam budak terencat terlebih gula. Orang nak beraya lah, bukan nak sambut harijadi kau.


2. Sedara mara berpura-pura kenal kau. Dan berpura-pura ambil berat, belajar mana, kerja mana, dah kahwin ke belum. Tak minat lah nak berbiodata masa hari raya.


3. Ramai perasan artis. Eh tapi semalam makcik aku cakap aku macam AnuarZian. Aku rasa dia tersilap AnuarZain dengan MisterOs.


4. Dah macam pentas lawan hip-hop. Beling-beling, topi senget, kasut pelangi, semua keluar.


5. "Tak payahlah bagi duit raya, dah besar dah." Yelah, duit raya duaringgit kau yang paling aku tunggu-tunggu.


6. Senario keluar televisyen patbelas kali sehari. Sarkis di hari raya sudah tiada. Aku nak tengok sarkis!


7. Kedai mamak paling popular. Dah kedai dia je yang bukak, mana tak popular.

1 comment:

Lady RaRa said...

no 6 aku setuju..

aku juga rindu sarkas