Tuesday, January 25, 2011

Mata rambang

Orang yang suka menarik perhatian adalah kesian. Jerit-jerit tak tentu pasal, tetiba menyanyi kuat-kuat tak tentu pasal, tetiba pergi menari sambil tepuk-tepuk tangan dan hentak-hentak kaki kuat-kuat. Kesian. Ini adalah golongan yang kurang kasih sayang.




Tak payahlah nak tunjuk eksyen kalau umur baru setahun jagung, darah baru setompok pinang. Anda hanyalah badut-badut di mata mereka yang telah matang. Orang cakap, masuk kandang kambing mengembek, jadi silalah belajar mengembek sebelum anda disembelih dan disalai beramai-ramai.






Eh, aku tengah rambang mata sekarang. Perlukan nasihat dari pakar ni. Too many hot malay chicks. Thank you God.

Wednesday, January 19, 2011

Broken

"A dumb friend is a....blablabla.....But a MORE DUMMER friend is a blablabla....."




Ayat yang keluar direct dari mulut seorang pensyarah Bahasa Inggeris di sebuah IPTA. WTF? And you expect your students to be able to speak in ENGLISH?




Pandanglah cermin. Carilah yang berkelayakan untuk mengajar. Hancur! Hancur!!!!

Monday, January 10, 2011

Harga sebuah kebebasan

Wiken lepas aku pergi kem. Tajuk kem adalah Price of Freedom. Ingatkan program apa, sekali program kepenjaraan daaaaaaa. Macam haram. Dilayan seperti seekor banduan. Sampaikan mandi pun tak sempat bai. Berak pun taknak keluar sebab entah, sembelit kot, takpun sebab stress sangat. Teori baru aku, kalau stress sangat, anda akan dapat sembelit, berhati-hati.




Kalau dah nama banduan, konfem la kena tengking 24jam. Punya la berharga kebebasan itu. Penat jangan cakap, tidur hanyalah sekadar baring-baring pusing-pusing golek-golek atas tilam yang dikongsi bersama lagi dua orang. Lepas dua jam, kena bangun dah ada aktiviti.




Overall, program kepenjaraan ni memang sempoi. Rasa macam banduan betul. Aku sempat la insaf sat. Lepas habis program tu terus hilang rasa keinsafan itu. Hahaha. Lumrah manusia, dah terhantok kepala baru nak terngadah. We take too many things for granted, I TOOK MANY THINGS FOR GRANTED. Point paling penting yang aku dapat adalah, kita tak pernah bebas kerana kita sentiasa terikat dengan undang-undang agama, undang-undang negara dan undang-undang untuk hidup di muka bumi.




Tadi aku baca belog memba. Dia kata suara aku paling tak sedap dalam dunia (juboiq hang Big). Memang pun, Suara yang paling sedap dqlqm dunia adalah Amy Search, aku nombor dua.

Sunday, January 2, 2011

Bravo

Yes. Aku boleh bertahan daripada merokok dalam jangka masa lima hari. Bravo kai bravo kai. Anda cekal.




Tapi masuk hari keenam, aku demam, hidung pedih, jalan melelong, tak larat. Tapi ok la kan, aku jimat duit untuk beli rokok. Bravo kai bravo kai. Anda cekal.




Aku tak boleh hidup dengan terlampau banyak kebebasan, nanti aku lupa diri. Benarlah kata Che' Det, melayu mudah lupa. Melayu mudah lupa. Cina dan India juga samaaaaaaaa. Manusia memang senang lupa diri. Aku patut duduk dalam penjara, baru jadi insan yang berdisiplin. Dan sekarang aku memang dalam 'penjara'. Bravo kai bravo kai. Anda sekarang warga 'penjara terhormat'.




Member aku pernah cakap kat aku, 'Aku tau la hang genius kai, tapi disiplin tu penting.' Sekarang aku setuju. Bravo kai bravo kai. Anda sudah sedar. Jangan lepas ni hanyut baik sudahhhhhhh. Enjoy enjoy jugak. Disiplin disiplin jugak.




Entry ini bersifat muhasabah diri. Best jugak kadang-kadang berlagak poyo. Bukan hipokrit, tapi poyo. Bravo kai bravo kai. Anda sekarang sudah pandai poyo (dulu sikit ja poyo, sekarang lebih sikit).




Kepada yang dok follow belog aku, aku memang malas nak follow balik sebab aku jarang merayau-rayau nak cari belog untuk diikuti.




Saya insan yang sudah insaf (masih mode poyo).