Saturday, August 29, 2015

Bersih

Aku balik Perlis kejap ni, bawak balik baju-baju seminggu yang tak basuh lagi. Selalu basuh dobi baju-baju aku tu bukanlah bermaksud aku pergi basuh dobi tu tapi aku bawa baju aku pergi ke dobi untuk dibasuh takkan itu pun susah nak faham kata orang Malaysia. Baju basuh dobi ni satu je kelebihan dia baju akan bersih. Seakan basuh di dobi, basuh di rumah juga bersih.

Lepas tu aku ingat nak cuci kereta kat kedai cuci kereta takkan kedai cuci pesawat pula. Tapi itu lah, kalau cuci di kedai cuci kereta, nanti aku kena tunggu lama sikit sebab selalunya kedai tu banyak customers. Sama juga macam dobi tadi, hantar baju hati Sabtu, hari Isnin baru siap. Lama.

Bila aku fikir di fikiranku yang satu ni, baik bersihkan sendiri, dari nak tunggu lama-lama baru nak bersih.