Memanglah hidup lagi takkan mati pula blog ni. Bak kata salah satu watak dalam siri televisen Person of Interest, "We have reached immortality. All of us will die, but our information will continue to exist in the webkejadahapaakudahlupa." Lebih kurang macam tu la. Hari ni kau mati, esok lusa tulat tungging tunggang tanggang informasi kau masih ada dalam internet.
Internet kat sini bukan bermaksud dalam media sosial sahaja. Ingat tu. (Tak tahu nak bagi contoh yang lain, sebab tu aku tulis ingat tu.)
Bercakap pasal internet, internet sekarang macam tahi. Sekejap dia solid, sekejap lagi macam sembelit punya lah susah nak dapat koneksi. Atau memang digi sahaja yang berperangai seumpama itu sejak kebelakangan ini?
Perkataan koneksi tu aku saja reka je tu, sebab aku tahu lambat laun perkataan tu akan digunapakai secara meluas di Malaysia. Macam perkataan-perkataan orang putih lain yang malas gila nak terjemah lepas tu terus eja ikut Bahasa Melayu. Efisien, bajet, tranformasi, populasi, resepsi dan sebagainya.
Mengikut profesi aku, koneksi dan edukasi bakal diasimilasikan secara meluas.