Thursday, January 22, 2015

Projek

Hai apa khabar kesemuanya diharap sihat-sihat belaka. Jangan terlebih sihat sudahlah nanti payah pula nak kena renovate pintu rumah beli baju saiz baru dan sebagainya.

Lama juga rasanya aku tak menulis. Kalau dikira-kira ada dalam lima enam purnama kahkahkah kelakar juga sekali-sekala buat lawak yang hambar. Aku sekarang ni ada depan pasaraya, dekat tempat letak kereta, dalam kereta. Malas aku masuk pasaraya, balik-balik barang yang sama juga lainlah kalau ada jual barang yang baru keluar pasaran.

Situasi sekarang, aku tengah cuba-cuba menyiapkan satu projek yang berasaskan telefon bimbit. Projek yang dimaksudkan adalah sebuah permainan untuk Android. Selama ini aku cuma buat permainan sekadar suka-suki ikut mak abah aku, jadi, aku untuk yang seterusnya, aku nak cuba dapatkan BETA testers.

Bagi yang tak tahu, BETA testers adalah segulungan kelumpuk manusia, yang mencuba sesuatu permainan video, sebelum permainan tersebut dipasarkan kepada awam. Okay sebelum tu, aku terang la sedikit sebanyak mengenai projek aku yang seterusnya ni.

Permainan ni ala-ala Football Manager, di mana kau mengambilalih satu pasukan bola sepak, dan uruskan pasukan tersebut sehingga menjadi juara. Permainan ini tiada kesudahannya, mainlah sampai mampus pun, tetap boleh main. Gameplay yang aku nak keutarakan tidaklah sekomplikated Football Manager, kerana aku pun bukannya maha power.

Kalau ikut estimation, ada la dalam lagi sebulan plus plus sebelum game ni siap, sekarang ni baru 40% siap. Siapa-siapa yang nak mencuba dulu game ni, bila dah siap nanti, bolehlah dropkan email dekat k.izzuan87@gmail.com. Takpun drop je dekat komen bawah ni. Aku kalau boleh nak dapatkan respon dan feedback dari seramai mungkin sebelum aku release game ni.

Ini bukannya kerja berbayar. Tapi aku tengah usahakan satu "transfer list" untuk senarai player yang boleh dibeli oleh pengguna game ni. So apa yang aku boleh offer, adalah nama BETA testers dimasukkan sebagai nama player dalam tu (dengan sedikit modifikasi terhadap nama BETA testers).

Berminat?

No comments: