Friday, January 9, 2015

Jumaat

Habis sembahyang tadi, aku pergi kedai gunting rambut. Memandangkan rambut aku dah serupa sakai, memang aku kena kerat rambut supaya imej korporat dan bersih aku kekal lama sikit. Lagipun rambut panjang-panjang ni tak berapa hensem.

Elok je aku sampai kedai gunting rambut ni, uncle kedai ni sapa.

"Tunggu lama sikit kalau nak potong sebab ada orang. Makan dah?"

"Okay. Saya baru habis sembahyang ni, tak sempat makan lagi."

"Oh sembahyang. Pergi ke sembahyang tu? Cepat pulak noh hari ni sembahyang."

"Hm."

Woi ingat muka aku muka tak sembahyang Jumaat ke? Pqowjwwhshwidhwbsnakaka.

No comments: