Wednesday, February 16, 2011

Kembung-kembung

Hari tu sembang dalam kelas islamic pasal fesbuk.




Logik ke kalau letak gambar seksi-seksi, terbukak sana terbukak sini, terkangkang sana terkangkang sini tertonggek sana tertonggek sini, lepas tu komplen, "Eh camana sepuluh juta rakyat malaysia boleh ada gambar aku pakai bikini kat Pulau Ketam?" Harus diingat ye cik-cik, fesbuk bukan hard disk yang kau boleh letak segala jenis gambar dan video kat situ.




Ibarat macam ni la, perempuan yang suka pakai seksi sampai terkembung sana sini, lepas tu bila ada orang tengok sampai tak berkelip, perempuan tu buat muka tak puas hati sambil sound "Apa tengok-tengok? Ada hutang?" (bab tengok dan hutang ni, aku tak paham apa kaitan tengok dan hutang, kalau nak mintak hutang cakap je la, tak payah tengok-tengok) Kalau dah berpakaian macam tu, sah-sah la nak suruh orang tengok. Kalau tak mahu dipandang secara berahi, pakailah pakaian yang sopan.




Bab tengok menengok ni pulak. Apa la yang kau luak kalau dipandang dan ditengok? Aku kan, kalau orang nak tengok aku, aku lagi suka. Tapi orang itu wajib gadis, bukan lelaki. Kalau lelaki yang tengok aku tak berkelip, itu maknanya dia tak puas hati dengan kehenseman aku ataupun dia kaum Nabi Luth. Jangannnn, nabi tak mengaku geng wooooooooo.




Bodoh betul hari tu aku dapat mesej kat fesbuk berbunyi Fuck you dari sorang mamat jepun.

1 comment:

Anonymous said...

aku nak tengok kau hari2 la.. huahuahua