Monday, June 11, 2012

Surat kebetulan

Kehadapan pihak tuan.


Kebetulan semalam saya tidak rasa mengantuk. Sebenarnya saya dah siap dah nak tidur, tapi tu lah, kebetulan tak mengantuk. Saya keluar dari bilik nak pergi toilet, kebetulan saya buka televisyen. Memang kebetulan buka televisyen terus masuk channel euro.


Serta kebetulan, saya tengok televisyen, kebetulan perlawanan Italy-Sepanyol baru mula. Saya pun secara kebetulan duduk-duduk atas sofa sambil kebetulan menonton. Kebetulan pula, perlawanan itu menghiburkan. Habis saja perlawanan tu, saya kebetulan masuk tidur. Masa itu dah kebetulan dalam pukul dua pagi.


Secara kebetulan saya bangun pukul tujuh pagi. Kebetulan pula saya menutup jam penggera dan tertidur kembali secara kebetulan. Tersedar kembali kebetulan dalam pukul sepuluh pagi.


Jadi sudilah kiranya jika pihak tuan memandang enteng sahaja akan ketidakhadiran saya yang secara kebetulan ke kelas.


Yang betul,
Orang tengok bola sepak.

No comments: