Monday, September 3, 2012

Babi, dadah serta Yahudi!

Semalam yaitu hari Ahad, Naif diarah menyertai satu lawatan di bawah universiti ke satu buah kilang pemprosesan. Ini adalah aktiviti yang diuruskan oleh cikgu-cikgu yang mengajar subjek berkenaan pengurusan operasi, subjek yang berkaitan operasi di kilang.


Jadi Naif pun bangun awal gila babi pagi Ahad. Sedangkan manusia lain sedang sedap di alam mimpi. Keterujaan Naif memang tak dapat digambarkan, jadi jangan gambarkan, sebab memang tak dapat.


Sesampai di sana, Naif dan kawan-kawan diajak masuk dan duduk di dalam bilik kecil yang dilengkapi dengan ekon suam. Wakil kilang tersebut memperkenalkan diri dan memulakan ceramah beliau. Naif disajikan dengan sejarah penubuhan, carta organisasi, produk-produk kilang tersebut, visi, misi serta slogan kilang yang berbahasakan omputih.


Setelah dekat setengah jam, Naif masih teruja biarpun bab-bab operasi kilang belum disentuh. Namun Naif disajikan dengan bab yang lebih penting iaitu bab babi, dadah dan Yahudi.


Mengikut wakil kilang tersebut, segala haramjadah barang dalam dunia ni ada babi. Kecuali produk keluaran kilang ini sendiri. Dari cokelat toblerone, kordial sarsi, serbuk cokelat, pil-pil dan macam-macam lagilah. Kalau tiada babi pun, mesti ada something wrong, macam ada dadah ataupun kandungan gula yang tinggi. Kalau tiada dadah ataupun kandungan gula yang tinggi pun, mesti ada something wrong jugak, iaitu. Ya. Hu. Di. Carilah apa jenis maknenekkepalahotakhang punya barang, last-last kita akan jumpa koneksyen dengan Yahudi. Kecuali. Kecuali barangan keluaran kilang beliau.


Naif begitu teruja. Sebelum ini beliau telah termakan godaan Yahudi. Wakil kilang tersebut menambah lagi bahawa menonton bola sepak itu tidak boleh di dalam Islam, kerana melalaikan. Naif telah bercadang mahu membakar sahaja TV rumahnya sebaik pulang ke rumah. Kejap, ada lagi.


Tahukah anda. Kilang pemprosesan makanan berasaskan buah-buahan di mana buah-buahan itu dikisar oleh mesin besar gajah adalah tidak selamat dimakan?! Mengikut wakil kilang tersebut, ini kerana kilang lain tidak tahu cara menggunakan mesin tersebut, lantas bilah-bilah mesin yang tajam akan haus lalu cebis-cebis besi yang haus tadi akan secara tidak sengaja termasuk ke dalam makanan yang diproses! Jadi makanan di pasaran yang berasaskan buah-buahan dikisar adalah mengandungi besi!! Kecuali. Kecuali makanan keluaran kilang beliau.


Kejap. Ada lagi. Minumkah anda dengan minuman koko? Hah. Mengikut wakil kilang itu lagi, minuman koko yang anda minum adalah tidak baik! Kerana buah koko ada elemen pukimakapadiataktaudiamengarut yang membahayakan kesihatan anda! Kecuali. Kecuali minuman koko keluaran kilang beliau. Kerana menurut beliau, minuman koko keluaran kilang beliau dibuat dari sejenis buah yang dinamakan buah "coklat".


Kejap. Ada lagi. Teh tarik. Naif selalu minum teh tarik. Sedap. Itu pun tak sihat jugak. Naif memang sumpah tak tahu bahawa teh tarik yang manis gila babi itu tidak sihat, baru tadi beliau tahu setelah diberitahu oleh wakil kilang tersebut. Ajaibnya kilang tersebut turut mengeluarkan teh tarik! Teh tarik paket yang cukup menyihatkan akal, minda, jantung serta segala organ dalam badan manusia.


Kejap. Ada lagi. Tahukah ada akan teori 'otak kanan' dan 'otak kiri'? Orang bahasa banyak menggunakan otak kanan dan orang matematik banyak menggunakan otak kiri? Tahu? Kilang ini turut menghasilkan ubat yang dijamin selamat dunia akhirat yang dapat mengatasi masalah lupa dengan mengekalkan jumlah sel-sel otak di dalam kepala otak kiri anda! Ajaib bukan? Walaupun Naif pernah membaca sebelum ini bahawa teori otak kanan otak kiri adalah mitos semata-mata serta bilangan sel-sel otak memang akan berkurangan dengan kadar peningkatan usia, namun Naif tetap percaya akan kata-kata wakil kilang tersebut. Kerana. Yahudi. Yahudi adalah alasan paling kuat biarpun Naif tak nampak sebarang kaitan di situ.


Kejap. Ada lagi. Jangan beli barang di kedai bangsa lain. Jangan tanya kenapa. Jawapannya sama ada babi, dadah, ataupun Yahudi.


Kejap. Ada lagi. Wakil kilang ini mendakwa burger Ramlee adalah haram. Kerana ada kesilapan di pihak JAKIM tentang kesahihan kehalalan toyiban daging tersebut. Hanya kilang beliau sahaja yang tahu akan keharaman daging tersebut, JAKIM pun kalah. Kilang beliau memang power. Walaupun berita tentang keharaman daging burger Ramlee sudah diputuskan halal, namun wakil kilang ini yakin bahawa ianya haram. Naif dapat merasakan bahawa kilang ini yang sebelum ini tak pernah buat daging burger turut akan mengeluarkan daging burger yang 100 peratus halalan toyiban! Satu-satunya daging burger yang halal di dunia!!


Kejap. Ada lagi. Jika terjumpa bebola ikan yang putih, kenyal, kental serta bulat molek. Janganlah anda makan. Kerana menurut wakil kilang ini, di dalam bebola itu ada babi! Jadi kalau mahu makan bebola ikan, carilah yang berupa taik, itu baru halal. Takpun tunggu kilang ni keluarkan.


Kilang ini ada mengeluarkan semburan pembersihan kelamin wanita. Apabila diajukan soalan mengenai produk kebersihan kelamin lelaki, ini jawapannya, "Dulu kami ada buat untuk yang lelaki, yang bagi tegang, panjang dan bersih, tapi lelaki ni tak ambil berat akan kesihatan kelamin sendiri, lalu kami tarik dah hentikan pengeluaran produk tersebut." Naif percaya akan kata-kata tersebut bulat-bulat. Memang semua jenis lelaki dalam Malaysia berkonek kotor kudis serta kurap.


Kejap. Yang ini last. "Saya bukan nak buat keuntungan, saya hanya mahu membantu sesama bumiputra Islam! Jadi marilah beli sebotol ubat dengan harga RM60 biarpun harga pemprosesannya hanyalah RM30." Baik hati wakil kilang ni. Siap pergi cakap taknak ambil untung, tapi pergi cakap yang untung beliau adalah 100% dari kos pemprosesan. Naif percaya yang beliau memang langsung tak fikir pasal untung. Percaya gila babi ah.


Nafi pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Gembira kerana masih ada golongan yang bermodalkan "babi, dadah dan yahudi" untuk melariskan produk sendiri. Ikutkan hati, mahu sahaja Naif bangun ketika mendengar ceramah tersebut lantas keluar dari bilik berekon suam itu dengan mengangkat jari tengah seraya berkata, "You're wasting my time biatch." Apakan daya Naif hormat orang yang bangang. Biarlah beliau dengan kebangangannya sendiri. Naif seronok juga dapat melihat badut bercakap di depan khalayak ramai.




Naif tu aku lah tu. Ini memang kisah benar. Baru semalam aku alami. Lawatan nak tengok proses kilang kunun. Kepala hotak tokwan dia. Buang masa. Buang duit universiti. Baik aku tengok Mega Factories takpun How Do They Do It? dekat Astro, kurang-kurang ada jugak manfaat. Eh tapi Astro tu mesti ada kaitan dengan babi. Takpun dadah. Takpun Yahudi. Uish. Haram. Haram.




Oh lupa nak cakap. Wakil kilang tersebut adalah berjawatankan Marketing Manager. Jadi serupa poen punya promote produk kilang sendiri.

9 comments:

yui said...

kilang tu xsebut ke pasal mcD.. kfc..dan setarbak? =p=p=p

melati said...

kilang apa tuh.. cam bangang jerk..

PokaPola said...

@Hikaru : itu dia tak sentuh. Aku syak sebab beliau pun makan jugak. Kalau dia makan jugak, maknanya memang halalan toyiban.

@Melati : Nama kilang terpaksa dirahsiakan sebab kampeni ni boleh dikatakan besar di Malaysia, banyak outlet dalam Malaysia. Memang bangang. Produk kilang dia saja yang kita boleh kedarah, produk lain tak boleh.

melati said...

hehehe.. kalo x takkan gov lepaskan macm2 produk kat pasaran.. nmpak sangat "marketing" nya adalah failed.. huhuhu...

Amak Kongsi said...

power betul kilang tu, semua dia je halal n sah. huh

PokaPola said...

@Melati : "Religion sells" adalah motto syarikat-syarikat sebegini rupa.

@KayNisa : memang power, sampai JAKIM pun kalah.

Anonymous said...

kejap, ada lagi. wakil kilang tu layak ditunggu kat depan gate, lalu ditumbuk dagunya sampai jatuh terkangkang...

Anonymous said...

Bunyi macam amarketing strategy HPA. Betul tak tekaan saya>

PokaPola said...

Tak. Bukan HPA.