Friday, June 29, 2012

Kenapa sokong kelab luar?

Tadi aku baca entry seorang brader ni, perempuan. Aku semua pun aku panggil brader, tak kisah la kau lelaki ke perempuan ke khunsa ke ladyboy sekalipun. Brader ni tulis pasal "semangat bola sepak yang melebih-lebih" bilamana pasukan yang kau sokong tu bukannya dari Malaysia pun. Aku setuju dengan brader tersebut!


Memanglah bukan dari Malaysia, tetapi kau kena faham. Ok, cuba kau bayangkan :


1. Kau dari kecil sampai la ke besar gajah, pagi-pagi kau makan bijirin campur susu. Lepas tu ada orang cakap, "Makan bijirin dengan susu pagi-pagi ni tak sedap! Makan la roti canai! Baru la Malaysia!" Apa kau rasa? Takkan kau tak terasa untuk bersemangat membela kegiatan kau makan bijirin dengan susu dari kecil hanya semata-mata kerana itu bukan dari Malaysia? Dah memang itu 'budaya' kau dari kecil, yang orang lain nak persoal kenapa?


2. Kau naik kereta buatan luar. Lepas tu ada orang cakap "Hek eleh, kereta luar ni bukannya bagus pun! Beli la kereta tempatan! Baru Malaysia!" Hah, kau nak senyap je? Tak akan punya. Sebab kau tahu aku tahu semua orang pun tahu bahawa kualiti kereta luar lebih baik.


Lebih kurang macam tu la. Orang yang bersemangat sokong kelab-kelab atau negara-negara luar bila masuk bab bola sepak adalah kerana, sama ada dari kecil memang dah sokong, atau beliau memang 'faham' akan bola sepak lantas mencari kualiti dalam permainan bola sepak. Bola sepak itu sendiri universal, siapa-siapa boleh sokong, siapa-siapa juga boleh main. Tiada sempadan.


Aku menyampah jugak la bila orang cakap, "Kau ni lahir dekat Liverpool ke hapa yang semangat benar ni?" Heh. Kau lahir kat mana pulak yang bersemangat pakai mekap negara luar serta berhenponkan negara luar? KUALITI. Itu yang semua orang cari.


Tapi, bila sampai pasukan negara sendiri beraksi, percayalah, kalau Malaysia menentang Brazil atau Jerman sekalipun, penyokong-penyokong bola sepak Malaysia tetap menyimpan hasrat agar pasukan Malaysia berjaya menang. Kalau tak percaya, tanyalah siapa-siapa pun. Macam hari tu, Liverpool datang lawan Malaysia, masa Safee dan Safiq jaringkan gol, masa itu yang aku jerit gila babi. Bila Liverpool jaring gol, aku menyumpah babi celaka pantek serta segala jenis makian lagi. Nampak?


Jadi, cuba faham kenapa kami, penyokong kelab-kelab luar akan emosional bila kelab sendiri beraksi. Kalau kau tak faham jugak peduli apa aku, bukannya kau bayar makan minum aku pun.

Euro 2012 Kekecewaan

Kecewa pula aku bila Germany kalah. Tapi Italy main cantik. Tak macam sebelum-sebelum ni Italy main tak menarik langsung. Jadi Italy menang dengan kualiti. Bukan setakat menang berharapkan passing passing passing passing passing passing passing passing.




Italy mesti menang dengan Spain. Andrea Pirlo menang Pemain Terbaik Kejohanan.


Vavi La Espana. Vavi!

Wednesday, June 27, 2012

Kusangkakan dikau genius, rupanya gongang!

Petang tadi aku pergi beramas mesra dengan brader bengkel kereta. Banyak kali la jugak aku pergi situ. Sebab pada pendapat jujur aku, beliau adalah seorang yang genius pabila berhadapan dengan masalah berkaitan kereta. Akan tetapi, segala persepsiku terhadap beliau berubah petang tadi, hancur hatiku. Mengenang dikau. Menjadi. Keping-keping. Setelah. Kau pergi!


"Bro, jarum meter minyak kereta aku kejap naik kejap tak naik ah. Berapa ringgit ha kalau nak tukar dashboard baru?" tanya aku dengan segala hormatnya sidang hadirin-akhirat sekalian.


"Jarum kejap naik kejap turun ah? You punya kereta itu meter digital atau analog?" jawab beliau tanpa segan silu tanpa ngilu di Bintulu halu halu.


Aku tergamam. Aku tergamam. Dan terus tergamam di situ. Gamam senggama-senggamanya.


Dah nama pun jarum, takkanlah meter tu digital pulak! Kau cakap kau genius! Lagipun orang kacak macam aku mana pakai dashboard digital! Terlalu elektronik! Tidakkah kau tahu betapa bencinya aku dengan perkataan "digital"? Perkataan yang dieja menggunakan huruf 'g' tetapi dibunyikan dengan bunyi huruf 'j'!!


Kalau macam tu baik tukar cerita kat TV tu jadi Halimah Gongang!!


Tuesday, June 26, 2012

Masalah pembelajaran yang WTF?

Aku sekarang dah jumpa satu trend. Selalunya yang baya-baya aku, atau tiga empat tahun lagi tua dari aku yang ikut trend ni. Trend yang aku menyampah dan aku menyumpah.


Trend menggunakan slideshow untuk ajar pelajar. Kaedah pembelajaran yang kekunun nampak sofistiket dan nampak canggih. Padahal, padahal macam lahanat.


Semua orang yang cerdik dan berakal tahu bahawa sesebuah slideshow yang efektif adalah slideshow yang hanya ada keyword, dan bukannya kau kopipes segala mak nenek perkataan yang ada dalam buku. Sebab tu aku lebih aku suka cikgu yang berumur. Cikgu yang berumur ni selalunya buta teknologi. Beliau akan ajar pakai pen marker dan papan putih. Kaedah klasik. Kaedah yang betul untuk mengajar.


Kau klik. Kau baca slideshow. Kau klik lagi. Kau baca slidewhow lagi. Kenapa malas sangat? Tulis la sesuatu atas papan putih besar tu hoi! Kalau cikgu dah serupa beruang malas begitu, kau agak pelajar kau macam mana? Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari sambil menari!


Satu lagi aku perasan. Bila cikgu pakai slideshow, beliau akan jadi gopoh. Mula-mula beliau akan cakap "Ok, stop me if I'm going too fast." Pepatah itu hanya berkesan di awal kelas. Bila dah dekat setengah kelas, beliau akan klik ke slideshow-slideshow seterusnya dengan kelajuan cahaya, memang dah tak boleh nak stop dah. Sebabnya? Nak habiskan slideshow dalam masa dua jam. Seolah-olah kalau tak habis slideshow tu dunia akan kiamat dan kita semua ke rahmatullah. What the fuck?


Aku pernah ada seorang cikgu masa aku kat France dulu, teknik beliau simple. Datang kelas hanya berbekalkan sekeping kertas. Kertas kedatangan pelajar. Beliau akan mengajar dengan menulis di papan hitam dengan kapur. Tak ada slideshow nakharam. Rilek. Simple. Tak gopoh. Tak malas macam beruang. Dan apa yang beliau nak sampaikan senang masuk dalam kepala hotak. Aku respek cikgu ni.


Aku ada sorang lagi cikgu. Jenis yang kalau kelas tiada projektor beliau tak akan mulakan kelas. Datang kelas bawak pendrive. SLIDESHOW. Pft. Sampaikan laptop pun, nak suruh pelajar yang bawak datang kelas. Baik tak payah jadi cikgu kalau dah serupa itu. Nak aje aku terajang muka beliau. Menyusahkan. Tapi aku ni jenis hormat orang yang bangang, jadi aku kensel niat nak terajang. Biarlah dia dengan kebangangngannya tu.


Sekarang aku dah menyampah dengan siapa yang mula-mula mulakan idea supaya cikgu-cikgu ajar pakai slideshow ni. Pemalas! Menyusahkan! Tak efektif!

Monday, June 25, 2012

Apa yang best sangat bola sepak ni?

Ada orang cakap, "Kenapalah kau tengok bola?" Biarkan, yang bercakap itu tidak faham akan apa peminat-peminat bola sepak rasa saat menonton bola sepak.


Sebenarnya bola sepak ni pun ada seni jugak. Seni dia kau boleh nampak dari segi ketepatan. Bukan setakat jaring gol semata-mata. Ada jugak perlawanan yang seri tanpa jaringan, tapi perlawanan tu menarik. Pernah dengar orang cakap "Seri je match tu, tapi best kot."? Pernah? Ha. Ada jugak perlawanan yang 3-0, 4-0, 5-3, tapi perlawanan macam taik.


Main bola sepak ni semua berkisar pasal ketepatan. Ketepatan kau pass bola, ketepatan kau mengawal bola, ketepatan kau tackle pemain, ketepatan menjaringkan gol. Kalau takdak ketepatan dalam corak permainan kau, hilang lah seni dia.


Sebenarnya main bola sepak ni bukan pakai otak sangat. Kau memang tak sempat nak fikir apa nak buat atas padang tu. Cuma pemain bertindak atas refleks dan gerak hati. Kalau kau fikir lama sangat, kau akan jadi slowpoke atas padang.


Seni dan gerak hati. Itu lah yang best pasal bola sepak.

Sunday, June 24, 2012

Suits

Kalau dulu aku banyak gila babi layan cerita bersiri terbitan Amareka. Chuck, How I Met Your Mother, The Big Bang Theory, Southpark, American Dad, Family Guy dan macam-macam lagi.


How I Met Your Mother tu aku stop dah sebab panjang sangat, dan disebabkan cerita dia cuma nak bagitau macam mana dia jumpak bini dia. The Big Bang Theory pulak jarang dah aku layan sebab watak perempuan dalam cerita tu tak cukup hot. Southpark aku akan layan kadang-kadang. Chuck tu pun dah panjang sangat, walaupun watak perempuan dalam cerita tu semua hot belaka. American Dad adalah kurang best. Family Guy memang aku layan sebab cerita dia adalah random gila babi dan racist, sesuai untuk orang yang mencari seni di dalam sesebuah cerita, kahkahkah.


Tapi, sejak dua menjak ni, ada satu siri yang memang aku beri seratus peratus komitmen. Suits. Sekarang baru masuk musim kedua. Cerita berkisar pasal seorang mamat yang mempunyai memori macam celaka. Tetapi mamat ni tiada ijazah, diploma, master ke hapa kejadah sijil lain. Mamat ni terlampau power memori dia sampaikan seorang peguam sebuah firma besar ambil dia kerja situ. Siri ni memang ada pakej lengkap, kelakar, bijak dan disertakan dengan watak yang super hot.


Watak-watak Utama



Watak yang super hot aku maksudkan adalah watak Rachel Zane yang dimainkan oleh Meghan Markle. Kiranya kalau dalam standard peratusan hot yan telah aku tetapkan, Meghan Markle ni adalah 9999% hot. Ha, itu lah tahap hot beliau. Kalau setakat Nora Danish tu aku kasi 80% je, sebab tak cukup inci.


Ini adalah definisi sebenar hot

Jadi kalau kau rasa macam nak tengok siri yang ada logik (tak macam drama entah apa-apa), kelakar (bukan kelakar spastik, tetapi kelakar yang bijak) dan ada watak hot, silalah tengok Suits. 




"First impressions last. Start behind the eight ball and you'll never get in front." 

"Smart people never graduated."





Wednesday, June 20, 2012

Mawas Si Waras

Mawas, seorang pemuda lewat 20-an, bujang, kurus, tegap, kacak, menyokong Liverpool serta berperwatakan seorang hero. Dia bertugas sebagai kerani di sebuah bengkel motobot di ibu negara.


Pada suatu hari yang agak redup dan berangin, Mawas pergi ke sebuah pasaraya. Pasaraya ini boleh dikatakan agak besar, dilengkapi dengan pendingin hawa, lampu kalimantang di setiap penjuru atap, jubin berwarna cerah serta para penjual yang perangai macam tinja keras.


Dalam perjalanan ke tingkat atas di mana pakaian lelaki dipakaikan ke beberapa buah mannequin, Mawas perlu berhadapan dengan sebuah eskalator. Eskelator yang satunya bergerak ke atas, dan satu lagi bergerak ke bawah, itu sudah pasti.


Mawas naik eskalator yang sebelah kanan. Mata-mata yang memandang tidak diendahkan.


"Aku bukan macam kau semua! Aku bukan kambing biri-biri!! Sampai bila kita semua nak jadi pemalas dan naik eskalator yang betul?! Aku bukan gila! Aku lebih suka berusaha, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya!! Tengok ni, aku naik ikut eskalator yang turun!! Aku berusaha!! Kau semua dah jadi biri-biri!! Pasaraya ni bagi kau gemuk, lepas tu dia sembelih kau dengan harga yang mahal!! Kau tak perasan lagi ke?!"


Bila sampai di tingkat dua, Mawas turun ke tingkat bawah, sekali lagi dengan eskalator yang melawan arah. Ayat-ayat yang sama diulang dengan lantang.


Mawas pulang ke rumah dengan hati yang puas. Diharap mesejnya dapat dicerna oleh mereka yang mendengar.


Pensyarah hahaktuih

Semester baru sudah bermula. Maka entries lepas ni bakal berkisar pasal kehidupan seorang pelajar (malas).


Dan hari ini aku nak cakap sikit pasal perangai lecturer yang malas masuk kelas. Dah sampai ke pagi kau dah sampai ke pintu bilik kelas, baru kau tahu kelas kensel. Perangai spesies apakah ini? Spesies babun gamaknya?


Pelajar tak masuk kelas itu normal. Lecturer tak masuk kelas TANPA NOTIS awal-awal itu abnormal. Cacat!! Orang dah bayar gaji kot nak suruh kau datang mengajar! Pelajar mana ada gaji.


Jadi aku usulkan dua benda kat sini.


1. Pelajar diberi kuasa mengambil kehadiran lecturer. Kalau lecturer tak hadir banyak kali, gaji kena potong. Adil lah kan? Kalau pelajar tak datang kelas, kau sibuk nak ugut bar student dari final exam.


2. Masa nak buat feedback pasal lecturers di akhir semester, feedback tersebut dilakukan secara anonymous. Baru lah pelajar boleh luahkan dengan terbuka pasal lecturers. Ini tak, nak buat feedback, kena log in nama. Kang kalau aku maki lecturer yang memang malas tahap babi masuk kelas kang tak pasal-pasal kena buang. Tak adil.


Fuh. Panas jugak mengenangkan aku bangun awal, mandi awal, pakai hensem-hensem, cukur misai, semata-mata nak masuk kelas pukul lapan. Malangnya, beliau tak masuk kelas.


Sila jangan jadi lecturer kalau anda pemalas.

Mahluk asing

Makhluk asing dua ekor itu tiba betul-betul kat Malaysia. Pedro dan Husin, dua ekor makhluk asing mengembara dari Planet Celapong ke Bumi, atas satu dasar, mengeratkan tali persaudaraan dengan manusia.


Setiba di Malaysia, setelah tiga belas jam di dalam kapal angkasa, mereka berdua pergi jalan-jalan. Akan terlihat sekelompok wanita, Pedro dan Husin cepat-cepat melarikan diri ke kapal angkasa dan terus berambus keluar dari Bumi.


Itulah kisah sebenar mengapa makhluk asing takut datang ke Bumi. Mereka takut akan manusia yang memakai legging. Buruk, seram dan mengerikan. Selulit, ketulan lemak, serta kulit berlipat-lipat.


Tuesday, June 19, 2012

Kenapa hantu di kampung?

Tahukah anda kenapa majoriti filem serta drama seram berlokasikan di kampung? Segala jenis mak nenek cerita hantu mesti mengambil tempat di kampung.


Ini kerana hantu-hantu lebih tenang tinggal di kawasan yang belum dimajukan serta jauh dari pencemaran asap kenderaan. Tambahan pula, di kampung anginnya sejuk-sejuk, senanglah bagi hantu-hantu mahu berjemur di bawah pepohon kapas.


Tak. Sebenarnya orang filem adalah terlampau yakin bahawa di bandar tiada hantu. Atau lebih tepat lagi, orang filem mahukan penonton-penonton yang menonton bertambah yakin bahawa di rumah mereka tiada hantu kerana yang menonton sudah pastinya kebanyakan orang bandar. Hek eleh, kat bandar ni mana ada hantu? Kau pernah tengok Madmad Deham buat cerita hantu kat bandar? Itulah antara mainan fikiran penonton.


Sebab itulah juga orang bandar yang masuk kampung akan memikirkan akan satu benda sahaja, "Ah gelapnya kampung ni, entah-entah ada hantu." sedangkan orang kampung berfikir, "Ah gelapnya kampung aku, orang wakil rakyat tak buat lampu jalan!"


Jadi siapa lebih berfikiran kolot? Siapa lebih berani?


Jawapannya sudah pasti wakil rakyat yang tak buat lampu jalan sedangkan jalan berlubang macam celaka.


Euro 2012 pasukan tegap

Terlanjur aku kat sini, aku nak pesan satu je.




Final Euro 2012 tahun ini jatuh kepada Perancis dan Jerman. Lalu Jerman menang dengan kiraan gol 1-0.




EDIT : CILAKAK, aku baru lepas congak-congak atas jadual tadi. Rupanya Jerman dan Perancis berkemungkinan besar jumpa di semi-final. Jadi, sila abaikan prediction kat atas.




Prediction lepas edit, FINAL EURO 2012, antara Jerman dan Portugal. Jerman1-0 Portugal.

Sunday, June 17, 2012

Usia bukan penghalang!

Rashid menampan bola dengan kaki kiri. Dipandang ke kiri dan ke kanan. Tiada rakan sepasukan yang kosong atau yang melakukan larian. Rashid bergerak sendirian, bola di kaki dikawal kemas.


Seorang pemain pertahanan pihak lawan cuba merampas bola dari kaki Rashid, namun ditolak ketepi oleh Rashid. Pemain pertahanan itu tersungkur! Datang lagi dua pemain pihak lawan dari arah belakang, cuba mengejar Rashid, namun sia-sia, Rashid terlampau hebat.


Lariannya diteruskan, sudah semakin hampir dengan gol pihak lawan. Tinggal hanya seorang pemain pertahanan pihak lawan yang menjadi bentang terakhir. Rashid menggunakan skill tiga ratus enam puluh darjah atau nama Eropahnya "Zinadine roulette" untuk melepasi pemain itu.


Rashid merembat kencang!! Dan gooooooooooool!! Satu jaringan cantik oleh Rashid bin Mokhtar! Rashid berlari ke tepi padang di mana makwe-makwe bertudung renda-renda sedang duduk-duduk. Rashid mengenyitkan mata ke arah mereka, tanda mengorat. Anak-anak gadis itu sekadar meng-whatever-kan kenyitan mata Rashid. Not impressed. Ini adalah jaringan peribadi ke lima Rashid petang ini.


"Bang, bang pergi la main tempat lain! Kitorang nak main kite-kite je la!!" jerit salah seorang pemain pihak lawan ke arah Rashid.


"Entahnye! Sibuk je la! Pergi la main tempat lain!" jerit yang seorang lagi.


Rashid hanya tersenyum. Inilah orang kita, baru nak naik sikit dah ada orang dengki. Macam mana nak maju? Rashid malas layan lalu pulang ke rumahnya dengan menaiki moto Yamaha, meninggalkan budak-budak tadika tadi bermain sesama mereka.

Friday, June 15, 2012

Euro 2012 terlepas peluang.

Lelaki : "Babi celaka nakharamjadah depan-depan gol pun tak score!!! Lahanat bangsat derhaka sultan diraja kepala anjing woi!! Apa ke bengap sangat sial?!!!!"


Perempuan : "Hensemnya mamat nombor sembilan yang tak score tu. Eee, hensemnyaaaaaaaaa."


Wednesday, June 13, 2012

Strict

"Lecturer itu agak straight la. Tambah-tambah bab kehadiran." bacaku di sebuah laman sosial yang terpaksa dirahsiakan (twider).


Ish, tak baik tau menghakimi seseorang lecturer, biarlah dia nak straight ke, dia nak jadi kaum Nabi Lut ke. Itu hak dia.


Ataupun dia nak cakap lecturer ni jenis badan yang tegak tak bongkok? Jalan pun badan straight je?


Kahkahkah.

Euro 2012

Bila aku tengok bola dekat televisyen, aku rasa dengki. Dengki dengan penonton-penonton yang boleh pergi stadium. Kalau dekat dengan rumah aku, paling kuat pun perlawanan antara Penjual Ikan dengan Penjual Ayam. Yep, pasar malam di stadium.


Tambah-tambah masa Euro 2012 ni. Kalaulah aku dapat pergi stadium tengok bola, memang aku akan jadi manusia paling girang dalam dunia.


Tetapi bila tengah stim melayan Euro ni, brader kamera boleh pulak pergi dekat-dekat dengan penyokong dalam stadium yang jenis tak pakai baju. Badan nakharam punya penuh dengan selulit, bulu terkeluar ikut pusat, teteklelaki bergoyang-goyang. Terus aku bersyukur sebab aku tengok bola kat rumah.


Memang takdak ke penyokong perempuan yang jenis pergi stadium lepas tu bukak baju sekali?

Tuesday, June 12, 2012

Wanita diculik (lama dah ni)

Ish, ini isu lama dah ni. Pasal berita lima wanita kena culik lepas tu sempat lari balik bila van penculik tu singgah stesen minyak. Dah lama dah aku nak tulis cumanya asyik-asyik terlupa. Maklumlah, otak genius memang kerap lupa.


Bila aku baca keterangan salah seorang wanita tu dalam Metrohohohohoktuih, aku rasa macam banyak ralat.


1. Wanita tu cakap masa van tu berhenti kat stesen minyak, lagi dua orang penculik dalam van tu tengah tidur, driver je yang tak tidur. Ralat. Orang yang buat kerja jahat takkan senang duduk atau senang hati, apatah lagi nak membuta. Kau bayangkan, kau pergi culik budak bawak balik rumah, lepas tu kau terus masuk tidur. Ralat.


2. Wanita tu cakap, masa nak lari tu, diorang semua berpecah ikut haluan masing-masing. Amat ralat. Van tu berhenti dekat kawasan yang diorang tak pernah datang pun, bila ada peluang lari, diorang berpecah, logik? Tak. Dahlah semua perempuan, setahu aku geng-geng perempuan ni kalau boleh nak stick together sampai lah masuk ke liang lahad. Nampak sangat nipunyer yob.


3. Orang pertama yang wanita tu telefon selepas melarikan diri adalah, saudara beliau. Ralat jugak. Benda yang tak ralat adalah kau telefon polis yang berdekatan. Saudara beliau tu duduk jauh dengan tempat tu. Ini memang tak masuk akal langsung.


4. Beliau seorang sahaja yang buat keterangan polis, sementara empat wanita lain hilang lesap terus. Puih. Ralat.


Sungguh lah tak logik berita wanita ni. Tapi kalaulah berita ini betul, memang wanita ni bertuah ni nak mampus. Itu pun kalau betul lah, yang mana aku rasa tipu belaka.


Monday, June 11, 2012

Surat kebetulan

Kehadapan pihak tuan.


Kebetulan semalam saya tidak rasa mengantuk. Sebenarnya saya dah siap dah nak tidur, tapi tu lah, kebetulan tak mengantuk. Saya keluar dari bilik nak pergi toilet, kebetulan saya buka televisyen. Memang kebetulan buka televisyen terus masuk channel euro.


Serta kebetulan, saya tengok televisyen, kebetulan perlawanan Italy-Sepanyol baru mula. Saya pun secara kebetulan duduk-duduk atas sofa sambil kebetulan menonton. Kebetulan pula, perlawanan itu menghiburkan. Habis saja perlawanan tu, saya kebetulan masuk tidur. Masa itu dah kebetulan dalam pukul dua pagi.


Secara kebetulan saya bangun pukul tujuh pagi. Kebetulan pula saya menutup jam penggera dan tertidur kembali secara kebetulan. Tersedar kembali kebetulan dalam pukul sepuluh pagi.


Jadi sudilah kiranya jika pihak tuan memandang enteng sahaja akan ketidakhadiran saya yang secara kebetulan ke kelas.


Yang betul,
Orang tengok bola sepak.

Saturday, June 9, 2012

Plaster penaik

Ini antara produk paling kelakar pernah aku jumpa.



Friday, June 8, 2012

Jumaat dan Ghani ep2

Ghani baru tiba di Kuala Lumpur. Batak buat belia seperti Ghani yang baru kali pertama menjejakkan kasut ke bandar yang digelar metropolis ini. Ilham kawan Ghani yang jemput kat Duta. Masa mula-mula turun bas ekspres, Ghani dah start konpius, ah sudah bau bandar ni pun dah lain, macam mana ni. Selang lima minit Ilham kawan Ghani sampai untuk pikap Ghani.


Ilham ni jenis orang kota, pakaian pun dah lain, cara cakap pun dah lain, cara berak walhal sekalipun dah lain rupa. Seingat Ghani, Ilham ni dulu anak pekebun, selekeh je dulu mamat ni, hingus meleleh-leleh. Ilham bawak Ghani makan-makan dulu, nak suruh rasa makanan kota katanya.


Sampai je pukul satu tengahari, Ghani mintak Ilham bawak pergi mesjid. Yelah, dah nama pun hari Jumaat. Dalam perjalanan tu banyak hal dibualkan, dari politik ke masalah sukan negara sampailah terbawa-bawa ke hal yang lebih serius, hal absorber kereta. Sambil-sambil borak, Ghani seronok tengok bangunan-bangunan besar, kereta-kereta besar, jalan-jalan besar dan lubang-lubang atas jalan besar.


"Ni ke mesjid tu Ham?"


"Haah."


Amboi bukan main besar punya mesjid. Ghani betul-betulkan kopiah dia. Ghani nampak papantanda nama mesjid tu, "Mid Valley". Amboi lagi, punyala sibuk orang kota ni, sampaikan mesjid di-shortform jadi Mid. Tinggi pulak tu. Tunggulah balik kampung nanti, Ghani nak cerita kat orang kampung dia pergi semayang dekat Mesjid Valley.


Orang Cina, orang India, orang Singh, orang mat saleh pun masuk mesjid ni. Bagus betul orang kota, dakwah yang berkesan, semua jenis bangsa datang semayang Jumaat. Ilham terus bawak Ghani naik ke tingkat paling atas. Setahu Ghani selalunya tingkat atas untuk jemaah wanita. Tapi mungkin dah ramai sangat jemaah, orang mesjid bukak ruang atas untuk jemaah lelaki.


Pergh, ada ekon, bisik Ghani. Ilham suruh Ghani pegang tiket. Ghani baca tiket tu, dia tulis "Gerimis Mengundang." Siap tulis tajuk khutbah harini! Ghani kagum campur teruja. Apa lah isi khutbah Gerimis Mengundang ni. Mesti berilmiah.


Masa Ghani masuk tu, memang dah ramai dah orang kat dalam. Tapi gelap mesjid tu, Ghani teraba-raba jugak cari saf kosong. Ilham rilek je.


Bila dah start "khutbah" tu, Ghani tak ingat dah pasal khutbah, pasal semayang Jumaat, pasal air semayang, pasal tok khatib, pasal mimbar. Seronok betul jadi orang kota metropolis ni!


Habis "khutbah" pertama, Ilham ajak Ghani "dengar" "khutbah" Men In Black 3 pulak. Mesti pasal kisah riwayat Bilal bin Robbah.


Sejak hari tu, Ghani tak balik kampung dah.

Wednesday, June 6, 2012

Section 114A of the Evidence Act

Aku peduli apa kalau aku bukan golongan politik, aku nak tulis juga sikit pasal akta kejadah yang berkaitan blog dan laman sosial dan laman web yang baru keluar minggu lepas. Sebenarnya aku tak teringin pun nak komen sebab aku lebih berminat mengondem benda lain di blog. Tetapi, sebagai golongan belia, kalau aku buat tak kisah pasal akta ni maknanya aku tak kisah pasal negara.


Dari apa yang aku baca pasal butiran akta ni, kesimpulan yang aku dapat buat adalah macam ni, "Bayangkan kalau ada orang yang kau tak kenal datang ke rumah kau dan dia bunuh anak kau, kalau ikut akta ni, kau yang bersalah sebab lokasi kejadian adalah dalam rumah kau." Lebih kurang macam tu.


Aku ni sebenarnya masih tergolong dalam golongan atas pagar, bukan pro atau anti sesiapa walaupun kekadang nampak di Twitter aku selalu bash sipulan. Tapi hari tu memang best, PM kita cakap dia pergi gym workout sejam dan ajak kita rakyat Malaysia bersukan jugak. Lalu aku balas tweet beliau dengan berkata "Tell that to your wife." Kahkahkah. Sila lah gelak. Sikit pun jadilah.


Aku ada baca pasal pendapat Marina berkaitan akta ni, dan aku baca komen-komen orang biasa yang bukan politik kat bawah artikel dia tu. Ada dua komen yang menarik :


1. Kalau aku menyamar jadi Najib lalu aku pergi fitnah ahli politik lain dalam blog dia aku dikira bersalah bawah 114A. (1). 


2. Website rasmi pelabur/ahli perniagaan yang datang Malaysia kena godam lalu satu statement berbaur fitnah kerajaan keluar dekat website pelabur/ahli perniagaan tu. Kalau ikut bawah 114A. (2), syarikat tu bersalah. 


Komen ni entah siapa yang tulis dekat artikel Marina tu, tapi peduli apa aku asalkan pendapat yang diberi masuk akal. Marina cakap ini ialah "guilty until proven otherwise". Kita semua tahu yang kita tak boleh salahkan sesiapa dalam hal buat undang-undang ni sebabnya akan melalui debat di parlimen lepas tu ada dua tiga langkah lagi. Tapi aku setuju la dengan Marina, akta ni nampak terburu-buru, nampak sangat menjaga golongan atasan be it pro atau anti kerajaan. Dan akta ni jugak menampakkan kemalasan pihak berwajib, malas buat siasatan, terus kau kena hukuman, peduli apa kau betul ke kau salah.


Aku malas cakap panjang, walaupun ada yang cakap, "Akta ni mengajar kita jadi dewasa untuk jangan komen-komen benda mengarut". Memang. Tapi malang tidak berbau, mana tahu satu hari nanti ada orang buat akaun Facebook atas nama kau, lepas tu dia upload gambar kau kat situ siap dengan alamat rumah kau, lepas tu dia post sumpah serana Agong. Siapa yang kena? Orang yang tidak bersalah, iaitu engkau. 


Tu la aku cakap, aku sebenarnya malas jugak nak komen pasal ni, sebab kang ada orang sakit juboq sakit hati panas baran. Tapi itu pendapat aku. Kalau tidak setuju tidak mengapa kerana sepanjang aku hidup tak pernah aku ajak orang ikut setuju dengan pendapat aku. Dan aku tidak pernah membenci sesiapa yang tidak setuju dengan aku, bukan macam kawan aku sorang ni, bila aku cakap aku sokong BERSIH, terus dia unfriend aku kat Facebook sebab bapak dia orang barisan. HAK. TUIH.




Akta penuh di sini.

Jenis-jenis pemandu

Sebagai ahli jawatankuasa Penyumpah Tersohor Semasa Memandu (AJK PTSM), aku selalu memerhati dan take note akan perilaku pemandu-pemandu di Malaysia. Hasil pemerhatian aku yang super kacak, dapat aku tuliskan di sini bahawa terdapat 10 jenis pemandu.




1. Pemandu Gegendang Telinga Terjejas. Jenis ni antara jenis paling menjengkelkan. Beliau berperangai seolah-olah hanya kereta beliau sahaja yang dilengkapi pembesar suara. "Boom boom boom boom", tu je yang kau dengar bila kereta beliau lima belas kilometer dari kau. Pasang volume radio tak ingat dunia. Serupa ada konsert bergerak.


2. Pemandu Pegang Bumbung. Yang ini agak paranoid. Sama ada beliau tak yakin akan keteguhan bumbung kereta beliau atau beliau ada kisah lampau yang melibatkan bumbung kereta beliau tercabut lalu jadi kereta sport tanpa bumbung. Naik je jereta, beliau akan buka tingkap kereta, lalu tangan kanan akan memegang bumbung sambil tangan kiri memegang stereng. Aku ada teori sebenarnya, jenis ni adalah jenis yang nak cakap kat satu dunia bahawa kereta beliau adalah kereta automatik jadi hanya perlu memandu dengan sebelah tangan.


3. Pemandu Ke Mana Sahaja Suka Hatiku. Aku yakin ini pemandu tak tetap hatinya, serta mudah bertukar fikiran. Naik je atas jalan, beliau akan keliru, eh aku nak duduk lane mana ni kiri ke kanan hah duduk lane kiri kejaplah ala bosan nak pergi lane kanan kejap lepas tu lagi dua minit aku masuk balik lane kiri hmm lane kanan pulalah hmm rindu lane kiri pergi kejaplah. Anda sudah mendapat ideanya. Tak tetap hati dan suka hati nak pergi mana. Yang kereta belakang dah risau dah, mamat depan ni sakit jantung ke hapa kejap kanan kejap kiri?


4. Pemandu Calit-calit. Jenis ni jenis yang efisen. Selalunya orang korek hidung masa berak lepas tu calit-calit kat dinding jamban. Tapi pemandu jenis ni bukan begitu. Beliau jenis korek hidung masa memandu. Lepas tu bila beliau cuba jentik taik hidung tu dia taknak keluar ikut tingkap dan melekat dengan degil dekat jari telunjuk beliau akan secara berhati-hari calit-calit dekat stereng, takpun dekat dashboard. Dah macam takdak kejadah lain nak buat masa memandu.


5. Pemandu Ternganga-nganga. Jenis pemandu ni kau boleh detect bila dekat traffic light. Bila kau tengok cermin kau, lepas tu kau nampak pemandu belakang kereta kau ternganga-nganga sambil memejamkan mata dan mengerutkan dahi. Kau jangan ingat beliau parkinson pulak. Beliau sebenarnya sedang sing along dengan lagu yang sedang berkumandang di radio dengan sepenuh hati. Kiranya kalau ikut undang-undang beliau, masuk je kereta beliau, beliau adalah superstar, mampu menyanyikan segala jenis genre lagu dengan flying colours.


6. Pemandu Tidak Sedar Diri. Jenis ni selalunya sama ada 1. Pakcik tua 2. Makcik tua 3. Orang tua. Masalah pemandu jenis ni. Perasan bawak seratus lapan puluh kilometer sejam padahal lima kilometer sejam pun tak sampai. Lane paling kanan tu dah macam rumah kedua. Bawak macam siput, tapi duduk lane paling kanan. Kereta belakang dah siap sebelas kali bagi lampu tinggi suruh ke lane kiri, beliau bertegas mahu di lane paling kanan. Nak taknak kau terpaksa potong kereta beliau ikut lane kiri. Selalunya pemandu jenis ni berhabitat di atas lebuhraya. Aku ada teori untuk pemandu jenis ni, beliau terbayang beliau di negara Sepanyol, di mana kalau kau nak potong, kau kau kena duduk lane kanan. Motto beliau, "Ikut kanan kecuali memotong".


7. Pemandu Kau Faham-faham Sahajalah. Banyak dah eksiden jadi sebab kewujudan pemandu jenis ni. Kalau kau tengah nak keluar simpang dan kau nampak ada sebuah kereta tengah bergerak dekat jalan yang kau nak masuk tu, sudah pasti kau akan tunggu sampai kereta tu melepasi kereta kau dulu baru kau boleh keluar simpang kan? Masalah sekarang ialah, kereta tu sebenarnya nak masuk simpang kau. Tapi kau tak tahu, sebab beliau tak bagi signal. Lalu kau pun macam orang bodoh tunggu je kat simpang tu, last-last, beliau masuk simpang. Lantas hati kau menyumpah, "Babi apasal kau tak bagi signal??" dan hati beliau akan membalas "Ala, kau faham-faham sahajalah yang aku nak masuk simpang."


8. Pemandu Aku Sendiri Tak Faham. Ini jenis pemandu yang mendengarkan guruh di langit air di dalam tempayan dicurahkan. Beliau sendiri tak faham akan fungsi sebenar lampu signal. Lagi lima kilometer nak masuk simpang, beliau dah pasang signal ke kiri siap-siap. Kau sendiri pun konfius sambil tertengok-tengok ke kiri simpang mana beliau nak masuk sebab simpang jauh gila babi lagi jadi kau pun terfikir sama ada kereta beliau boleh terbang ke atas jadi beliau boleh terbang ke kiri tanpa memikirkan ada simpang atau tiada simpang. Bila beliau dah masuk simpang tu, baru kau tersedar bahawa kereta terbang belum sampai Malaysia lagi.


9. Pemandu Tetekku Airbagku. Jenis ni tak semestinya untuk wanita sahaja. Sebab pernah jugak jumpa yang lelaki. Benda pertama yang beliau lakukan bila masuk kereta adalah, menggeselkan tetek ke arah stereng. Seat pemandu tu beliau akan rapatkan serapat mungkin ke arah stereng seolah-olah tetek beliau adalah airbag kereta. Kalau boleh, beliau nak rapatkan terus seat pemandu sampai ke bumper depan kereta. Penumpang yang duduk seat belakang beliau siap boleh melunjur kaki lagi, macam limosin.


10. Pemandu Ada Pelekat Baby In The Car Tapi Bawak Macam Nakharam Padahal Beliau Sendiri Tu Yang Kena Berhati-hati Sebab Ada Baby Lagipun Macamlah Ada Orang Kisah Pun Beliau Ada Baby Ke Tak Lagipun Aku Rasa Kena Ada Pelekat Warga Emas In The Car. Nak ingatkan orang lain tapi diri sendiri taknak beringat.




Aku akhiri laporan penuh kacak ini dengan serangkap pantun tidak berima;


Nak beli kereta pun kena pandu uji,
Inikan pula mahu menikah.


Sekian melaporkan.







Jenis-jenis nama #2

Memandangkan aku tengah tengok perlawanan persahabatan antara Ukraine dan Turkey, aku nak tulis sikit pasal nama sorang pemain Turkey ni. Tak, nama dia bukan Kebab.




Nama dia adalah Caner. Memang kalau kau baca sekali memang tak nampak sebarang masalah dekat nama beliau. Tapi cuba bayangkan perbualan ini berlaku :


"Hai, nama saya Pooki (rujuk entry sebelum-sebelum-sebelum-sebelum ni), nama awak?"


"Hai Pooki. Nama saya Caner."


"Hah sudah. Mana la aku tau nama kau caner. Sebab tu la aku tanya."


"Betul la tu. Nama saya Caner."


"Hoi kau ni bangang ke apa? Aku tak tahu lah nama kau caner."


"Oi Pooki bengong. Nama aku Caner!! Caner! Caner! Kan aku dah bagitau nama aku Caner."


"Nama kau Caner?"


"Eee apa la bengap si Pooki ni. Kan aku dah cakap nama aku Caner. Kau tanya lagi caner nama aku apasal?"


"Argh. Aku tau dah la sial nama kau macam mana. Nama kau Caner."


"Hoi Pooki yang lembab lagi taik. Nama aku Caner!! Kau tanya lagi apasal? Caner caner caner caner caner!!"




Amat fakap bukan nama sebegitu. Nak buat caner?

Tuesday, June 5, 2012

Memerang di Zoo Negara sebuah cerita rawak

Haritu aku jalan-jalan dekat Zoo Negara dengan kawan aku, Jeman. Dalam tengah berjalan tu, kami makan burger. Burger yang bukannya mahal pun, jenis sebijik tiga ringgit sekupang. Sedia maklum, Jeman dengan aku spesies bujang, kalau tak nasi kedai, burger ramlee. Jeman pernah cerita dekat aku, dia nak jimat sebab mak dengan ayah dia dekat kampung dah bagi tekanan mendadak suruh dia kahwin. Jeman ni kalau nak banding dengan Eron Ajis, Jeman kacak sikit je dari dia. Cumanya aku jauh lagi kacak dari Eron Ajis.


Kami dapat tengok rusa, gajah, memerang, kupu-kupu, anakonda, burung merak dengan makcik-makcik berpayudara labuh takat pinggang. Ini dah kali keempat dah Jeman dengan aku datang Zoo Negara. Yelah, sebagai pekerja bank, kami memang minat tengok perihal kelakuan binatang di dalam sangkar. Tiba-tiba kami sampai di sangkar seekor harimau sumatera. Harimau tu dalam lima meter panjang dia, gigi dia lapan sentimeter panjang, misai dia enam sentimeter. Sedang kami berdiri-diri dekat sangkar tu, Jeman terjatuh masuk dalam habitat harimau tersebut. Aku pun apa lagi, dengan sekuat hati aku keluarkan telefon aku terus aku tweet "@JeManTheMan jatuh dalam sangkar harimau!" Lepas tu aku dengar telefon Jeman berbunyi, notifikasi yang dia di-mention di Twitter.


Jeman aku nampak rilek je bila masuk sangkar harimau tu. Notifikasi tu dia tak bukak pun, mungkin sebab tangan dia penuh dengan sos burger tadi, takut telefon dia kotor. Harimau dalam sangkar yang nampak Jeman menceroboh masuk terus melompat ke arah Jeman. Jeman rilek lagi sebab Jeman orang kerajaan. Macam minggu lepas, Jeman masuk tandas perempuan pun Jeman buat rilek. Tiada penindasan jantina kata Jeman. Harimau tu gigit kepala Jeman, habis berdarah, macam buah tembikai dihempas dari kapal terbang Air Asia. Tony Fernandes tweet balik, dia kata bukan dia yang hempas tembikai tu sebab dalam biodata dia, dia tulis "I fucking hate watermelon."


Aku masa tu cari pondok telefon. Jumpa je pondok telefon sebelah kandang ayam serama, terus aku tukar baju aku ke baju Superman. Cumanya aku lupa bawak spender! Aku pun apa lagi, aku pinjam spender ayam serama tu terus aku pakai dekat luar. Aku terbang senyap-senyap masuk sangkar harimau tadi. "Lu langsi lu mati!!" aku dengar harimau tu jerkah dekat aku. "Lu tengok lutut gua, tarak ketar kan? Wa sengat!!" aku balas balik.


Harimau tu tak takut. Dia keluarkan dia punya sarung tangan tinju. Heh, ingat aku takut. Terus aku kamehameha harimau tu. Putus ekor dia. Terkejut jugak aku sebab rupanya darah harimau tu kaler putih. Aku dah pikir yang harimau ni mungkin keturunan mahsuri. Rupanya betul! Harimau tu tiba-tiba cakap, "Aku sumpah Zoo Negara ni kering kontang selama tujuh keturunan!" Harimau tu pun mati.


Jeman yang berdarah kepala tu aku angkat terbang tinggi-tinggi ke Hospital di Marikh. Disebabkan Jeman orang kerajaan, dia dapat diskaun pesakit sebanyak tujuh puluh persen. Aku lepak la dekat ruang menunggu pesakit tu sementara Jeman dibedah oleh doktor-doktor kat situ. Dah boring lama sangat tunggu, aku terbang balik masuk Bumi. Masa tu aku nampak taufan tengah melanda Pulau Pinang, aku pun apa lagi, terus aku telefon JPJ. Line telefon JPJ pulak kebetulan busy masa tu. Haish tak boleh jadi. Aku terbang balik pergi Marikh minum kopi baka harumanis.


Habis je kena bedah, muka Jeman dah jadi serupa Brad Pit. Babi betul doktor kat situ. Sampai sekarang ni aku menyesal yang Jeman lagi kacak dari aku.

Monday, June 4, 2012

No way José!

Sebelum ni aku ada la baca jugak blog pasal pembongkaran skim MLM oleh saudara Aidid tu. Dari apa yang aku baca, kesemuanya entry yang dia tulis adalah betul. Sebabnya disertakan sekali dengan bukti, bukan main maki hamun carut secara babi buta. Semangat dia tu yang aku puji, kau gila nak tulis entry panjang macam haram jadah, lepas tu korek bukti yang memang betul-betul valid. Semata-mata nak bongkar pasal MLM.


Aku hari tu pergi satu bazar ni. Kiranya bazar ni memang semua orang Melayu yang berniaga. Bazar ni dekat Padang Besar. Aku pun tak tau apasal, tapi bazar ni satu-satunya tempat yang orang luar Perlis suka datang. Kejadah? Mungkin sebab segala jenis periuk, kuali, jersi Siam, pulut ayam serta jaket kulit motosikal. Oh tak lupa juga anak-anak gadis pattani yang kulitnya mulus, wajahnya suci, lenggok bahasanya sopan dan tidak ketinggalan menutup aurat.


Kalau sesiapa yang pernah pergi situ, pasti akan terserempak dengan brader-brader yang menjual krim kulit kat bahagian bawah tu. Selalunya kalau aku pergi memang aku buat bodoh je dangan brader-brader tu sebab heh eleh kulit aku dah mulus serta bertona Mexico, buat apa nak cerah-cerah kan? Tapi, hati itu aku pergi jugak konon-konon hendak dijadikan mangsa oleh brader-brader tu.


Benda first dia start adalah, "Bro!". Sepanjang dia dok promote krim kejadah tu, perkataan "Bro." paling banyak dia pakai, contohnya "Bro, kalau bro pakai krim ni bro, kulit bro akan cerah bro, jom kita try bro." Kepalabutuh kau, I'm not your bro!! Dengan naifnya aku pun biarla dia sapu kat tangan aku, lepas tu dia cakap, "Ha, tengok perbezaan bro, antara tangan bro yang sapu krim ni bro, dengan yang tak sapu bro, yang sapu lebih cerah bro." Ok, fine. Dah nama pun krim, kalau kau sapu kejap, memang la nampak cerah. Apa kau ingat aku bangang sangat?


Aku biar lagi, aku layankan sahaja. Sampailah tetiba dia nak sapu ke muka aku. Oh no way José! Don't cry for me Argentina. Fuck you! Muka aku, aku sorang je boleh pegang. Mana aku tau kot-kot kau tak basuh berak korek hidung garu jubor semua lepas tu nak tempek-tempek ke muka aku. Dengan sopan, aku cakap, "Bang, takpelah bang, saya ta minat." Kau tau dia balas apa?


Dia balas, "BELI LA BRO, INI PRODUK ORANG KITA NI BRO. 100% MELAYU BRO." Heh, sekali lagi, fuck you. Itu adalah modal paling lapok orang jual barang yang aku aku tahu. Aku pun blah dari situ.


Pertama sekali, taktik jual barang yang paling bangang. Kedua, kau ingat aku ni bro kau ke? Ketiga, aku tak nampak pelekat yang mengesahkan ujian klinikan dekat botok krim tu. Kali ketiga, fuck you. Modal "ini produk orang kita" adalah aku sangat menyampah. Kalau dah produk tu pun entah apa-apa, aku kena beli jugak sebab itu 'orang kita' buat? No way Joséphine. No fucking way bak kata orang Barat. 


Dia macam produk doktor cendawan tu lah. Aku tak pasti berapa ramai yang BETUL-BETUL kurus lepas makan produk tu tapi yang aku tahu, member emak aku sendiri mengaku, dia dah habis beratus beribu ringgit beli produk doktor cendawan tu, sampai ke sekarang aku tengok dok gemuk gedempon serupa tu jugak. So? Kena beli jugak?


Dari yang aku baca, entry blog Aidid pasal Skim Amanah Saham 1Malaysia terpaksa dipadam. Malangnya aku tak sempat nak baca pasal masa tu rumah aku takdak internet (babi punya TM lama sangat nak datang pasang kabel). Tetapi, sepanjang aku dok bertenggek depan laptop menjegilkan mata membaca entry dia yang sebelum-sebelum tu, aku tak rasa dia bercakap kosong. Takkanlah sebab ada pihak-pihak yang tak puas hati atau nak tutup lubang sendiri pasal skim tu, entry tu kena padam? Peduli apa aku Aidid tu pro atau anti kerajaan. Yang penting bukti.


Aku berharap ada yang sempat screen capture entry tu, sebab aku nak baca hoi.




Entry ni memang takdak hala tuju, saja aku nak cerita pasal brader penjual krim muka tu, lepas tu terbabas masuk cerita blog Aidid lepas tu aku rasa nak berak kejap. Bro!


Saturday, June 2, 2012

Tandas supermarket dan VVIP

Kereta Kancil perak aku letak dengan cermat di petak tempat letak kenderaan itu. Bersebelahan sebuah Toyota Vios berwarna hitam. Sudah jam sebelas pagi, ramai manusia yang berpusu-pusu ke laman depan supermarket. Laman depan yang biasanya dijadikan tempat letak kenderaan hari ini terpaksa dikosongkan, ada mejlis. Mejlis yang melibatkan pertunjukkan angkatan polis dan askar. Puak-puak VVIP dijemput bagi menonton pertunjukkan tersebut di bawah bumbung-bumbung kanvas siap dipasang kipas angin besar. Sementara golongan bukan important dibiarkan berdiri di laman depan supermarket di bawah terik mentari pagi itu.


Kelihatan dari jauh kereta perisai askar dan kereta Lancer pihak polis. Aku keluar dari kereta, berdiri sebentar di belakang Kancilku sambil memuji kemahiran meletakkan kereta. Keretaku masuk betul-betul di dalam kotak. Cikgu sekolah memanduku harus berasa bangga kerana berjaya mendidik seorang pemandu yang berhemah. Aku berjalan dengan cermat ke arah laman depan supermarket. Suasana agak meriah, sesekali terdengar akan suara anak-anak kecil menangis, dek tak tahan akan bahang kepanasan mentari. Baru dua tiga langkah, peluh sudah mula menjelma di belakang kemeja kotak-kotakku.


Setiba aku di situ, anjing polis sedang melakukan aksi pintar. Aksi mencari sebungkus dadah di dalam kereta Pajero. Aku berasa kagum. Kagum dengan kepintaran dan kecergasan hidung anjing serupa serigala itu. Selepas menjumpai dadah yang disorokkan, anjing tersebut melakukan aksi lompat-lompat bila diarahkan anggota polis yang terlibat. Aku hampir pasti anggota polis itu berbangsa Siam dari rupa wajahnya. Tindakan polis memilih bukan Islam untuk mengendalikan anjing aku puji, maklumlah bukannya ramai yang lulus ujian menyertu anggota badan bila bersentuhan dengan anjing.


Aksi anjing habis. Diekori dengan pertunjukkan pancaragam askar. Bunyi ketukan tong dram yang disangkut di badan serta tiupan trompet menceriakan suasana. Anjing tadi sudah dibawa pulang ke balai. Sedang aku menikmati lagu dari filem Do Re Mi yang dimainkan ahli pancaragam itu, aku berasa sesuatu. Perasaan mahu melepaskan hajat. Mahu berak lebih tepat lagi.


Aku tinggalkan laman depan supermarket itu lalu berjalan masuk ke supermarket. Kesejukan pendingin hawa supermarket itu membuatkan nafsu berakku semakin memuncak. Langkah kucepatkan. Dalam perjalanan ke tingkat atas supermarket di mana tandas berada, aku berselisih dengan seorang anggota polis, bukan main segak.


Pengalaman yang bakal aku alami tidak pernah aku lintaskan di minda. Setiba aku di tandas supermarket, aku tergamam. Bukan sekali dua aku datang ke tandas supermarket ini, bahkan akulah pelanggan tetap tandas ini, purata dua puluh kali sebulan. Tetapi hari ini lain dari hari-hari biasa.


Tandas perempuan diletakkan papan tanda berbunyi "Tandas VVIP", tandas lelaki diletakkan papan tanda berbabur "Tandas Perempuan". Sementara tandas OKU yang hanya ada sebuah jamban dan pintunya tidak boleh dikunci dijadikan Tandas Lelaki pada hari itu. Sudah ada lima orang lelaki baya-baya 30-an beratur di hadapan tandas OKU itu. Diriku hampir pasti mereka juga ingin melepaskan hajat besar, berdasarkan riak wajah mereka yang tidak senang duduk.


Aku kaget. Aku kesuntukan waktu. Sambil menyumpah-nyumpah pihak supermarket serta golongan VVIP, aku berlari turun ke tingkat bawah. Aku berselisih sekali lagi dengan anggota polis tadi sewaktu perjalanan ke tingkat atas. Hatiku bertambah berapi. Orang lalu-lalang yang menghalang larianku aku tolak dengan cermat ke tepi, makcik-makcik yang membuat reunion di dalam supermarket itu aku jerkah suruh tepi.


Aku tiba di keretaku. Dengan nafas tercungap-cungap serta baju yang lencun dibasahi keringat. Babi! Kereta bernombor pendaftran mahal (dua huruf dan satu angka) diletakkan betul-betul di bontot keretaku. Pemandu kereta super mahal serta terlebih harga itu tiada di situ.


Sepanjang setengah jam aku berada di situ, aku menyumpah. Pengalaman setengah jam menahan berak akibat tandas VVIP serta kereta VVIP adalah pengalaman terburukku sepanjang hayat hidupku. Sejak dari hari itu, aku memandang serong kepada golongan 'sangat sangat penting' negara ini. Babi!




Kisah benar.