Aku peduli apa kalau aku bukan golongan politik, aku nak tulis juga sikit pasal akta kejadah yang berkaitan blog dan laman sosial dan laman web yang baru keluar minggu lepas. Sebenarnya aku tak teringin pun nak komen sebab aku lebih berminat mengondem benda lain di blog. Tetapi, sebagai golongan belia, kalau aku buat tak kisah pasal akta ni maknanya aku tak kisah pasal negara.
Dari apa yang aku baca pasal butiran akta ni, kesimpulan yang aku dapat buat adalah macam ni, "Bayangkan kalau ada orang yang kau tak kenal datang ke rumah kau dan dia bunuh anak kau, kalau ikut akta ni, kau yang bersalah sebab lokasi kejadian adalah dalam rumah kau." Lebih kurang macam tu.
Aku ni sebenarnya masih tergolong dalam golongan atas pagar, bukan pro atau anti sesiapa walaupun kekadang nampak di Twitter aku selalu bash sipulan. Tapi hari tu memang best, PM kita cakap dia pergi gym workout sejam dan ajak kita rakyat Malaysia bersukan jugak. Lalu aku balas tweet beliau dengan berkata "Tell that to your wife." Kahkahkah. Sila lah gelak. Sikit pun jadilah.
Aku ada baca pasal pendapat Marina berkaitan akta ni, dan aku baca komen-komen orang biasa yang bukan politik kat bawah artikel dia tu. Ada dua komen yang menarik :
1. Kalau aku menyamar jadi Najib lalu aku pergi fitnah ahli politik lain dalam blog dia aku dikira bersalah bawah 114A. (1).
2. Website rasmi pelabur/ahli perniagaan yang datang Malaysia kena godam lalu satu statement berbaur fitnah kerajaan keluar dekat website pelabur/ahli perniagaan tu. Kalau ikut bawah 114A. (2), syarikat tu bersalah.
Komen ni entah siapa yang tulis dekat artikel Marina tu, tapi peduli apa aku asalkan pendapat yang diberi masuk akal. Marina cakap ini ialah "guilty until proven otherwise". Kita semua tahu yang kita tak boleh salahkan sesiapa dalam hal buat undang-undang ni sebabnya akan melalui debat di parlimen lepas tu ada dua tiga langkah lagi. Tapi aku setuju la dengan Marina, akta ni nampak terburu-buru, nampak sangat menjaga golongan atasan be it pro atau anti kerajaan. Dan akta ni jugak menampakkan kemalasan pihak berwajib, malas buat siasatan, terus kau kena hukuman, peduli apa kau betul ke kau salah.
Aku malas cakap panjang, walaupun ada yang cakap, "Akta ni mengajar kita jadi dewasa untuk jangan komen-komen benda mengarut". Memang. Tapi malang tidak berbau, mana tahu satu hari nanti ada orang buat akaun Facebook atas nama kau, lepas tu dia upload gambar kau kat situ siap dengan alamat rumah kau, lepas tu dia post sumpah serana Agong. Siapa yang kena? Orang yang tidak bersalah, iaitu engkau.
Tu la aku cakap, aku sebenarnya malas jugak nak komen pasal ni, sebab kang ada orang sakit juboq sakit hati panas baran. Tapi itu pendapat aku. Kalau tidak setuju tidak mengapa kerana sepanjang aku hidup tak pernah aku ajak orang ikut setuju dengan pendapat aku. Dan aku tidak pernah membenci sesiapa yang tidak setuju dengan aku, bukan macam kawan aku sorang ni, bila aku cakap aku sokong BERSIH, terus dia unfriend aku kat Facebook sebab bapak dia orang barisan. HAK. TUIH.
Akta penuh di sini.
3 comments:
kan? sepatutnya innocent until proven guilty.. ini dah terbalik..
tp sampai sekarang ni xdengar lagi la ada org kena tangkap under akta ni.. banyak ja pun page dan blog yg dok kutuk sana sini selamat ja pun sampai la =p
HAK TUIH BALIK
@hikaru : tak lama lagi la kot.
@Rara : disebabkan hang list blog aku kat blog hang maka aku terima haktuih hang tu, kahkahkah
Post a Comment