Perang rebut naik bas nak pegi solat jumaat. Bas yang direbut tentulah bas berekon. Bas kayu tunggu esok lusa nak roboh yang takdak ekon hanya untuk orang yang tabah sahaja. Kalau naik bas tu, lepas turun ja macam joging seploh round padang, berpeluh!
Pastu perang rebut nak duduk tepi dinding dan bawah kipas dalam masjid. Boleh
Time balik dari masjud pulak, perang rebut bas sekali lagi. Kalau bertuah, dapat naik kereta pakcik-pakcik yang semayang kat situ. Ada satu kereta ni aku selalu naik, sampai terhafal nombor plat kereta dia, KV 900 B.
Dah sampai maktab, perang kat dewan makan pulak. Hari jumaat makan sedap. Makan ayam. Berebut beratur nak ambek nasik. Keutamaan haruslah kepada yang berpangkat senior dan veteran.
Dah sudah makan, perang nak outing pulak. Perang nak rebut teksi keluar pekan Kuah. Yang ni kena ikut luck, kalau ada luck, ada la teksi. Sekali lagi, keutamaan kepada senior.
Rindu woo time sekolah dulu. Bukan rindu nak belajar balik, tapi rindu aktiviti-aktiviti nakal dulu. Lompat pagar terutamanya. Oh dan juga pecah masuk rumah warden tengok bola.
5 comments:
hoih aku tiap hari masih perang berebut bas nak ke kampus.
dah tua bangka badan mcm gorila pun sebok nak main tolak2.
Hahahaha.... kes rebut2 memang akan berterusan terjadi... bile jadi SENIOR memang tak susah2 nak beratur...
tu la .time skolah gak best .especially ari jumaat .leh blk awal .hahaha.
yess.... kalau menu kat dewan makan tue... dalam sebulan je dah boleh hafal.... dan normally ari SENIN dan JUMAAT lauk yang sodap... ekekekee
mrsm langkawi kah?
Post a Comment