Tuesday, June 19, 2012

Kenapa hantu di kampung?

Tahukah anda kenapa majoriti filem serta drama seram berlokasikan di kampung? Segala jenis mak nenek cerita hantu mesti mengambil tempat di kampung.


Ini kerana hantu-hantu lebih tenang tinggal di kawasan yang belum dimajukan serta jauh dari pencemaran asap kenderaan. Tambahan pula, di kampung anginnya sejuk-sejuk, senanglah bagi hantu-hantu mahu berjemur di bawah pepohon kapas.


Tak. Sebenarnya orang filem adalah terlampau yakin bahawa di bandar tiada hantu. Atau lebih tepat lagi, orang filem mahukan penonton-penonton yang menonton bertambah yakin bahawa di rumah mereka tiada hantu kerana yang menonton sudah pastinya kebanyakan orang bandar. Hek eleh, kat bandar ni mana ada hantu? Kau pernah tengok Madmad Deham buat cerita hantu kat bandar? Itulah antara mainan fikiran penonton.


Sebab itulah juga orang bandar yang masuk kampung akan memikirkan akan satu benda sahaja, "Ah gelapnya kampung ni, entah-entah ada hantu." sedangkan orang kampung berfikir, "Ah gelapnya kampung aku, orang wakil rakyat tak buat lampu jalan!"


Jadi siapa lebih berfikiran kolot? Siapa lebih berani?


Jawapannya sudah pasti wakil rakyat yang tak buat lampu jalan sedangkan jalan berlubang macam celaka.


No comments: