Sunday, May 12, 2013

Berita Penting (?)

Macam kad raya, ruangan berita dekat televisen juga bakal jadi obsolete. Kad raya tu entah laku ke tidak lagi sekarang ni. Walaupun ada yang selalu cakap "kad raya tu ada nilai sentimental", aku cukup yakin kad raya dah tak diperlukan sekarang ni. Kad-kad lain aku tak berapa pasti, kad perkahwinan dengan kad harijadi mungkin boleh pergi dalam lima enam tahun lagi.


Ruangan berita, lembab. Benda-benda yang dilaporkan boleh dikatakan semuanya cerita-cerita yang berlaku sehari sebelum. Dulu masa kecil aku teruja juga tengok berita malam-malam, tapi semenjak kehadiran internet, langsung tak ada nafsu dah. Itu belum aku sentuh bab berita kat Malaysia yang penuh dengan cerita-cerita yang tak boleh dikategorikan sebagai berita pun sebenarnya.


Aku bagi contoh lah, kalau tetiba ada gempa bumi kat Lesotho sekarang, agak-agak ada ke keluar berita SEKARANG jugak? Mana ada. Nak kena tunggu pukul 8 kejap lagi, takpun tunggu keluar suratkhabar esok. Padahal cerita gempa bumi kat Lesotho tu dah kecoh-kecoh dah kat internet. Malaysia ni tak teringin ke buat ruangan BREAKING NEWS? Dulu ada juga ruangan Berita Terkini tu, sekarang macam tak hidup je aku tengok.


Sebab itu aku berpendapat bahawa pekerjaan sebagai pembaca berita akan dilupakan dalam masa terdekat. Jadi pembaca berita tu padahal baca skrip je pun, sudahlah skrip tu berkisarkan cerita yang tak up to date. Baik aku baca kat internet je. Kahkahkah.


Lagipun, pembaca berita kat Malaysia tak best, tak ada riak muka yang menggambarkan berita yang dia baca. Cuba kau buat muka sedih bila ada berita pasal orang mati, takpun muka ceria bila ada berita pasal kejayaan Malaysia, takpun kau gelak terbahak-bahak bila ada berita yang kelakar. Barulah aku boleh ambil feel dari berita tu.


Tapi yang paling best, berita sekarang banyak berkaitan politik, yelah, baru lepas PRU kan, sebelum-sebelum ni mana ada langsung berita pasal politik sumpah tak ada langsuuuunnnggggg!


PS: merindui ruangan Karam Singh Walia serta pantun-pantun beliau, ibarat tikus menari-nari, bendul pintu juga yang johan.

No comments: