Wednesday, May 8, 2013

Bangsa Kekura

Pada satu hari si Arnab mengajak si Kura-kura berlumba. Si Kura-kura terasa tercabar, namun ia masih seperti semalam, malas berjoging dan malas bersenam. Sementara Arnab hari-hari berlatih demi perlumbaan yang just around the corner.


Melihatkan Arnab yang sebegitu rajin dan bersungguh-sungguh, Kura-kura menjadi cemburu, malah siap bising-bising di laman sosial. Antara ayat femes Kura-kura dalam aktiviti bising-bising itu adalah "Aku kena pertahankan hak aku sebagai binatang yang lembab, oleh itu Arnab kena lembab juga!". Kenyataan Kura-kura disokong binatang lembab yang lain di Wilayah yang dikuasai Kura-kura itu.


Menyedarkan dirinya lembab, Kura-kura meminta bantuan dari Ketua Kura-kura, iaitu bantuan serupa sebuah gym berteknologi tinggi. Dengan harapan ia akan menang perlumbaan itu. Namun, setelah dapat gym, Kura-kura masih bangang macam dahulu, ia pergi gym bawa laptop, main game serta main laman sosial. Arnab ada minta juga bantuan gym berteknologi canggih itu, namun sia-sia, ditolak mentah-mentah kerana ia Arnab, bukan Kura-kura.


Arnab masih gigih berlatih. Biarpun bukan di gym secanggih Kura-kura. Arnab memang berdisiplin.


Tiba hari perlumbaan, Arnab yang cergas dan fit melawan Kura-kura yang lembab dan bangang. Akhirnya, Arnab menang mudah. Kura-kura macam biasa masih tak puas hati, katanya gym yang diberi Ketua Kura-kura di wilayah yang dikuasai Kura-kura itu tidak mencukupi. Mahu gym yang lebih canggih!


Arnab sudah jauh menyertai pertandingan lumba lari antarabangsa sementara Kura-kura masih bangsa yang banyak bunyi padahal gym yang diberi sudah cukup canggih sudah.


Hidup Kura-kura!

4 comments:

Unknown said...

Terbaik!!!

Unknown said...

Sangat kacak analogi ini.

Melati said...

saya pun rasa idea ini genius :)

Anonymous said...

Terbalik ni..
Kalau kura2 yang berusaha akhirnya menjadi laju seperti arnab maka analogi ini akan jadi lebih dramatik..
Hahaha..ver2 pls