Tahukah anda bahawa harga minyak telah turun semalam? Aku serius ni. RON97 telah turun dua kupang, dari RM2.90/liter ke RM2.70/liter. Aku siap pergi periksa stesen minyak lagi tadi.
Tapi. Aku pakai RON95, sedih la jugak.
Sebenarnya aku bukan nak tulis pasal harga minyak, nak-nak lagi harga minyak RON97, bukannya bagi efek ke aku pun. Aku nak tulis pasal barang seken hand.
Kau tengok tak cerita Pawn Star, The Pickers dengan Auction Wars? Tak tengok, kau rugi.
Aku kagum dengan orang Amerika, depa menghargai barang-barang yang lama-lama, barang-barang yang dah dekat 70, 80 tahun. Senapang zaman perang saudara pun depa simpan lagi. Bila jual, haram punya mahal.
Mungkin depa ni memang ramai berotakkan bisnes, ataupun dalam bahasa Malaysia, otak cina, pandai buat bisnes. Aku minat cerita-cerita macam tu, sebabnya aku ada cita-cita nak buat bisnes jual/beli barang seken hand. Kahkahkah, entah tercapai ke tidak cita-cita aku ni. Macam dah terlambat rasanya nak ada cita-cita.
Aku rasa semua yang nak buat bisnes pegang satu pepatah keramat, "Buy low, sell high." Maknanya kau kena aim nak beli satu barang harga sekupang, lepas tu aim nak jual barang tu harga sejuta. Lebih kurang macam tu la. Yelah, semua yang buat bisnes tu mesti nak ada untung, bukannya buat kebajikan ye dak?
Aku sekarang ni tengah berusaha nak cari barang zaman perang kat Malaysia dulu, macam tombak, keris, peluru meriam, meriam, periuk api, bom tangan, lastik getah, kereta kebal, bendera Jepun dan bermacam lagi. Aku cari kat mudah.my macam tak ada je orang jual benda-benda macam tu.
Pesen tak hargai sejarah!
2 comments:
cari kat mudah memang la tak jumpa bai. lu kena la buat macam mike & frank tu, merata satu malaysia...
@ smbotak : Aku ada juga terfikir nak buat macam tu. Tunggu la nanti aku beli van besar ke lori besar ke baru jelajah satu Malaysia cari benda-benda sejarah tu. Setakat ni yang aku jumpa, poskad lama. Tak ada sentimen perang langsung.
Post a Comment