Pada satu hari, ada dua ekor anak kura-kura yang baru menetas. Comel-comel, sama-sama bersih, sama-sama kain putih yang belum dicorakkan. Namun begitu, dalam tempoh ke arah menjadi kura-kura yang dewasa, keadaan mereka bakal berubah, biar pun permulaan mereka sama-sama dari dua biji telur putih.
Yang satu, kura-kura ini dibesarkan dalam suasana di mana parentsnya tampak senang. Apa-apa buruk yang jadi, anak kura-kura ini akan disuap dengan ayat "Rilek la anakku, kita kura-kura, pasti berjaya, jangan risau. Rilek.". Dan memang betul, ada saja ketua kura-kura yang datang tolong. Bila anak kura-kura terbalik dan tak boleh bergerak, ketua kura-kura akan datang tolong pusingkan balik, lalu berjalan balik anak kura-kura tu. Malas.
Yang satu lagi, anak kura-kura ini dibesarkan dalam suasana "Hang jangan banyak main, hang kena sungguh-sungguh, bukan ada sapa mau tolong hang!" biarpun hakikatnya ketua kura-kura sedia datang membantu. Tapi si anak kura-kura tak tahu semua tu. Yang dia tahu, apa yang dia buat, apa yang dia nak, apa yang dia hajat, semua kena cari sendiri. Biar jatuh tergolek, terbalik kaki atas cangkerang di bawah, anak kura-kura susah-susah la pusingkan balik badan dia. Ketua kura-kura boleh je tolong, tapi si anak kura-kura tak tahu semua tu. Rajin.
Selang beberapa tahun, yang satu masih selesa seronok mengangkat ketua kura-kura sebagai tuhan. Yang satu lagi sudah menjadi tuhan. Ketua kura-kura sibuk bertanya apa lagi arnab mahu?
No comments:
Post a Comment