Wednesday, May 29, 2013

Orang kahwin, masalah negara!

Geram betul aku dengar ada ustaz apa benda ke nama tu kahwin lagi satu. Kacau betul, kahwin satu sudahlah, ini sampai tiga isteri kau nak kahwin kenapa? Teruk betul perangai, nama saja ustaz.


Dengan bertambah banyaknya kau kahwin, maka secara otomatik hidup aku jadi kucar-kacir, masyarakat porak-poranda dan tidak ketinggalan pelabur asing akan cabut lari. Itu belum masalah peringkat internasional lagi tu, silap-silap perang di antara blok timur dan blok barat akan jadi balik. Lama juga aku fikir sebab musabab ustaz apa benda ke entah nama tu kahwin buat kali ketiga. Dia tak tahu ke pasal semua permasalahan yang bakal timbul? Selfish la tu, apa lagi.


Jadi sebagai salah satu komponen masyarakat yang prihatin dan selalu mengambil berat akan hal ehwal kemaslahatan negara mahupun dunia, aku akan pastikan bahawa tindakan ustaz berbini tiga itu diumpat sekeras-kerasnya! Dalam hal begini, jangan risau, dosa mengumpat Tuhan tak kisah, sebab ustaz tu kahwin tiga! Masalah negara ni, masalah negara! Kau apa tahu! Kau budak lagi!


Janganlah kahwin dengan ustaz. Pergi lah kahwin dengan orang yang tak berapa tahu pasal ugama, senang sikit nak kaler rambut lepas kahwin nanti ye dak? Ye dak?








Heh.


Mampuih pi kat dia la nak kahwin sampai cukup kuota pun, bukannya kacau hidup hampa, tak terjejaih aih peghiyok nasik hampa tu, bakal laki dengan laki hampa pun takdak mau aih nak menikah banyak-banyak la ni, ekonomi tak stabil! Hampa dok sengap-sengap dah no, dah, dah, dok sengap la setan.

No comments: