Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas.
Siapa yang tidak pernah dengar akan ungkapan di atas? Kalau kau cakap ya aku tak pernah dengar ungkapan di atas maknanya kau penipu. Tak takut ke menipu? Orang cakap siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri. Ada juga yang berbohong semata-mata mahu mencuri hati mana-mana lelaki/perempuan yang diminati.
Berbalik kepada kisah semut tadi.
Tahukah anda maksud sebenar disebalik enjit-enjit semut siapa sakit naik atas tersebut? Aku tahu. Sebab aku kacak. Kalau kau tak kacak, memanglah kau tak tahu macam yang aku tahu.
Lagu enjit-enjit semut ini sebenarnya sudah pun popular semenjak zaman nenek moyang kita lagi. Pada zaman tersebut, klinik serta hospital adalah ibarat pakaian dalam di malam pertama, jarang. Jadi segala jenis penyakit adalah ibarat rasuah di Malaysia, banyak.
Pesakit yang sakit selalunya akan dikunjungi oleh sahabat handai dari kampung-kampung bersebelahan mahupun dari mukim yang bersebelahan. Jadi setiap kali dikunjungi, sahabat handai akan cuba menteteramkan pesakit ini dengan lagu enjit-enjit semut.
Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas. Enjit-enjit semut, siapa sakit 'naik atas'. NAIK ATAS.
Kau faham ke tak ni? Generasi dulukala suka berpuisi dan bercakap double meaning. NAIK ATAS yang dimaksudkan adalah PERGI MENINGGAL sebab kau sakit dan kampung kita mana klinik mahupun tabib yang power dan kau adalah satu liabiliti kepada kampung kita sebab bila sakit kau tak produktif kerja menghabiskan bekalan beras kampung sahaja.
Cerita ini adalah cerita betul. Baru je aku reka tadi. Kau tak percaya sudah, macam aku peduli pulak. Lagipun manalah tahu, kalau aku bohong, aku dapat curi hati kau satu hari nanti sebab siakap senohong gelama ikan duri aku cakap bohong lama-lama aku curi.
Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas dah tak berapa relevan sekarang sebab dah banyak klinik dan hospital.
3 comments:
hehehe... interesting :)
kalo difilemkan mesti pecah panggung..ini kalilah difilemkan
kak limah suke nyanyi lagu enjit2semut..mungkin dia kalah dalam game `jangan lupe lirik` lagu nie..tue dia frostastion hari2 nyanyi lagu yg same tramumasongrepeatrepeatly
Post a Comment