Friday, May 31, 2013

Cicak Marikh

Bila sebut pasal makhluk asing, majoriti akan terbayang satu jenis makhluk yang berteknologi tinggi, berkomunikasi menggunakan gelombang otak, naik piring terbang besar gajah, hodoh, kuat serta datang nak serang Bumi.


Makhluk asing ni sebenarnya satu isu yang agak meluas dan telah diperkatakan sejak abad dulu-dulu lagi. Seingat aku, dekat Malaysia pernah ada keluar berita pasal makhluk asing. Tak berapa ingat tahun bila. Berita tu malaporkan bahawa ada remaja lelaki terjaga dari tidur waktu pagi buta, lepas tu nampak cahaya terang-benderang kat luar rumah. Tak pasti pula aku sama ada remaja tu ada mengatakan dia nampak makhluk asing atau tidak. Tapi yang pasti, berita itu berisikan makhluk asing di Malaysia. Entah betul entah tidak. Kat Melaka ke negeri mana entah berita tu.


Begitu banyak cerita pasal makhluk asing dalam dunia ni. Ada yang kata makhluk asing tu jin, ada yang kata makhluk asing tu nenek moyang kepada baka manusia, ada yang kata mahluk asing tu Tuhan, ada yang kata makhluk asing tu Presiden Amerika, ada yang kata makhluk asing tu macam-macam. From my poen of view, ai thing makhluk asing tu propaganda Hollywood. Kau tengok lah berapa banyak filem Hollywood yang berkisar pasal makhluk asing yang pecah panggung.


Rasa macam bangang juga bila tulis pasal makhluk asing ni. Sebenarnya aku nak tulis pasal gambar seekor cicak yang dijumpai kat planet Marikh yang tengah femes sekarang tu. Lari tajuk, peduli apa aku. Kau gugel la lizard on mars, memang sebiji macam cicak!


Wednesday, May 29, 2013

Orang kahwin, masalah negara!

Geram betul aku dengar ada ustaz apa benda ke nama tu kahwin lagi satu. Kacau betul, kahwin satu sudahlah, ini sampai tiga isteri kau nak kahwin kenapa? Teruk betul perangai, nama saja ustaz.


Dengan bertambah banyaknya kau kahwin, maka secara otomatik hidup aku jadi kucar-kacir, masyarakat porak-poranda dan tidak ketinggalan pelabur asing akan cabut lari. Itu belum masalah peringkat internasional lagi tu, silap-silap perang di antara blok timur dan blok barat akan jadi balik. Lama juga aku fikir sebab musabab ustaz apa benda ke entah nama tu kahwin buat kali ketiga. Dia tak tahu ke pasal semua permasalahan yang bakal timbul? Selfish la tu, apa lagi.


Jadi sebagai salah satu komponen masyarakat yang prihatin dan selalu mengambil berat akan hal ehwal kemaslahatan negara mahupun dunia, aku akan pastikan bahawa tindakan ustaz berbini tiga itu diumpat sekeras-kerasnya! Dalam hal begini, jangan risau, dosa mengumpat Tuhan tak kisah, sebab ustaz tu kahwin tiga! Masalah negara ni, masalah negara! Kau apa tahu! Kau budak lagi!


Janganlah kahwin dengan ustaz. Pergi lah kahwin dengan orang yang tak berapa tahu pasal ugama, senang sikit nak kaler rambut lepas kahwin nanti ye dak? Ye dak?








Heh.


Mampuih pi kat dia la nak kahwin sampai cukup kuota pun, bukannya kacau hidup hampa, tak terjejaih aih peghiyok nasik hampa tu, bakal laki dengan laki hampa pun takdak mau aih nak menikah banyak-banyak la ni, ekonomi tak stabil! Hampa dok sengap-sengap dah no, dah, dah, dok sengap la setan.

Tuesday, May 28, 2013

Genius

Kau tahu tak sebenarnya Bumi ni bulat? Sebenarnya tak, Bumi ni sfera jawab orang skema yang baca entry ini. Janganlah skema sangat, nanti tak ada orang nak kawan. Lainlah kalau kau skema DAN cantik macam Bones dalam cerita bersiri Bones tu, itu semua orang nak kawan.


Ha, Bumi ni bulat, dia pusing-pusing kot mana pun, mesti balik ke situ jugak. Sebenarnya aku nak cakap pasal casing kaset lagu dulu-dulu, tapi aku dah macam malas sikit nak ulas dengan lebih panjang. Jadi aku cilok gambar kat bawah ni dari internet, dan tampal kat sini.


Genius.




Orang berniaga kau pun nak berniaga!

Aku ada satu pengumuman penting aku nak buat ni.


Aku ada tambah satu tab kat atas tu, kat bawah banner badut terencat tu. Saja nak berjual-beli barang, nak cari makan kata orang. Disebabkan aku ni bolehlah dikatakan seorang yang cheapskate, lalu aku hanya letak barang yang murah tapi nyumnyum. Nyumnyum tu macam sedap. Nyumnyum.


Siapa-siapa yang nak buat iklan juga kat situ, email lah aku kat seventh_sorrowsoul@yahoo.com. Nak buat iklan percuma je aku bagi, yelah, trafik blog aku pun bukannya tinggi sangat. Cuma aku ambil komisen 10% dari harga jualan.


Aku ada letak nombor telefon aku kat situ, siapa nak mengorat aku tu janganlah ai malew.

Friday, May 24, 2013

Tercampak dari AirAsia

Sebenarnya, salah satu tempat yang paling kejam di dunia adalah lapangan terbang. Kat situlah kau nak menangis sebab nak pergi jauh, kat situlah kau nak terhegeh-hegeh berlari sebab nak kejar masa, kat situlah kau nak punggah balik beg sebab melebihi had berat, kat situlah kau nak mengucap banyak kali sebab cuaca nampak tak baik, kat situlah kau nak terliur sebab pramugari lalu-lalang tapi kau terlalu takut nak tegur, dan, kat situlah kau nak kena tahan sebab anak kau demam campak lepas tu kau meraung-raung lepas tu bila dah balik Malaysia kau sambung meraung lagi.


Semua benda tu pernah aku lalui, kecuali ofkos benda pertama dan benda terakhir. Gila apa aku nak menangis? Aku rocker sejati kot.


Protokol, adalah protokol. Tak kira lah kau bengsa mana pun, melayu ke cina ke india ke kokesyen ke arab ke afrika ke tak kisahlah mana-mana pun. Penyakit adalah penyakit. Nak-nak lagi penyakit berjangkit macam......demam campak. Kenapa nak jaga hati seorang penumpang dengan membahayakan kesihatan penumpang lain? Kau siapa dohhhhhhhh? Aku ulang sekali lagi. Kau siapa? Dohhhhhhhh?


Sebenarnya ini adalah pengajaran. Itu realiti hidup, sepanjang dalam laman sendiri kita memang rasa selesa, protokol ke undang-undang ke peraturan ke kadang-kadang kita rilek kita langgar ikut sedap, sebab yelah, tempat sendiri ye dak? Apa-apa jadi, ada bekap orang nak tolong.


Bila keluar dari tempat sendiri, dan buat perangai yang sama, barulah kita sedar langit itu tinggi atau rendah, lautan itu berombak atau tidak, api itu membakar atau tidak, serta taufan itu berpusing atau tidak. Puitis betul.


Aku ulang buat kali terakhir. Kau siapa doh?

Wednesday, May 22, 2013

Barang terpakai

Tahukah anda bahawa harga minyak telah turun semalam? Aku serius ni. RON97 telah turun dua kupang, dari RM2.90/liter ke RM2.70/liter. Aku siap pergi periksa stesen minyak lagi tadi.


Tapi. Aku pakai RON95, sedih la jugak.


Sebenarnya aku bukan nak tulis pasal harga minyak, nak-nak lagi harga minyak RON97, bukannya bagi efek ke aku pun. Aku nak tulis pasal barang seken hand.


Kau tengok tak cerita Pawn Star, The Pickers dengan Auction Wars? Tak tengok, kau rugi.


Aku kagum dengan orang Amerika, depa menghargai barang-barang yang lama-lama, barang-barang yang dah dekat 70, 80 tahun. Senapang zaman perang saudara pun depa simpan lagi. Bila jual, haram punya mahal.


Mungkin depa ni memang ramai berotakkan bisnes, ataupun dalam bahasa Malaysia, otak cina, pandai buat bisnes. Aku minat cerita-cerita macam tu, sebabnya aku ada cita-cita nak buat bisnes jual/beli barang seken hand. Kahkahkah, entah tercapai ke tidak cita-cita aku ni. Macam dah terlambat rasanya nak ada cita-cita.


Aku rasa semua yang nak buat bisnes pegang satu pepatah keramat, "Buy low, sell high." Maknanya kau kena aim nak beli satu barang harga sekupang, lepas tu aim nak jual barang tu harga sejuta. Lebih kurang macam tu la. Yelah, semua yang buat bisnes tu mesti nak ada untung, bukannya buat kebajikan ye dak?


Aku sekarang ni tengah berusaha nak cari barang zaman perang kat Malaysia dulu, macam tombak, keris, peluru meriam, meriam, periuk api, bom tangan, lastik getah, kereta kebal, bendera Jepun dan bermacam lagi. Aku cari kat mudah.my macam tak ada je orang jual benda-benda macam tu.


Pesen tak hargai sejarah!

Sunday, May 19, 2013

Satu penipuan bertaraf antarabangsa!

Tadi aku ada buat satu iklan dekat mudah.my. Iklan nak jual beg tangan mak aku yang beliau sendiri pun dah tak pakai. Lepas tu, ada la satu 'minah' ni hantar email dekat aku, interested katanya. Aku mula-mula sedikit teruja, yelah, dah ada orang berminat nak beli, takkan aku nak menangis pulak kan? Tapi. 'Minah' ni katanya dari UK. Aku tanya pendapat member aku, beliau cakap jangan percaya sangat. Aku pun tetiba jadi sangsi. Eh, panjang sangat cerita, kau baca sendiri conversation aku dengan 'minah' ni. (Email aku cuma edit bagi senang baca, content aku tak edit).



Klik untuk bagi besaq


Kau rasa kelakar ke tak kelakar? Tang mana letak logik akal yang nak beli beg tangan untuk anak saudara lelaki? Dan satu lagi, aku saja cakap yang aku akan post JEANS sebab aku nak tengok, 'minah' ni betul-betul nak beli atau saja nak menipu? Kalau betul beliau nak beli, takkan lah tak baca email aku betul-betul ye dak?


Gambar bawah ni adalah reply aku yang terakhir. Saja nak buat kelakar dengan beliau. Dan seperti yang dijangka, beliau sudah putus harapan untuk menipu. Ataupun beliau fikir yang aku ni tersangat la bodoh sebab aku tulis RM1000=USD1500. Kelakar kan aku?


Klik la bagi besaq



Tidak cukup dengan itu, ada satu lagi email yang aku terima. Email ni memang sah-sah email menipu, sebab email ni masuk ke ruangan SPAM folder email aku.


Hang klik, dia besaq



Rupanya 'Karen Nelson' dan 'Serena Bell' memang telah dan sedang aktif menipu orang Malaysia. Bawah ni ada dua screenshot yang aku ambil dari blog Yusbundlehouse. Pergi baca entry beliau kat link tu pasal scam ni kalau rajin.


Klik. Besaaaq.
Klik besaq?


Dalam entry Yusbundlehouse tu, beliau terangkan macam mana scam ni berlaku, aku malas explain sini, pergi baca dekat link yang aku tulis tu. Kalau scam ni berjaya, barang kau akan lesap, duit kau tak akan dapat. So, kau kena tipu.


Tapi aku tidak berhenti di situ, aku check nombor IP pengirim dua email yang aku dapat tu, hasilnya? Dua-dua dari tempat yang boleh dikatakan sama.(aku check dekat http://www.ip-tracker.org).


IP Karen Nelson : 192.110.165.83

 

IP Serena Bell : 192.110.165.88




Aku bayangkan bahawa Karen Nelson dan Serena Bell adalah dua warga Amerika yang berjiran dan masing-masing mahu beli beg tangan dari Malaysia melalui satu website dari Malaysia! Ini satu kebetulan yang menakjubkan! Aku sungguh bertuah!


Heh.


Jadi, aku nak nasihatkan mana-mana yang suka iklankan barang dekat mudah.my, kalau dapat apa-apa email yang kekonon dari luar negara, jangan terus jadi teruja. Check nombor IP pengirim email tu dulu (mudah.my akan tulis nombor IP dalam email), lepas tu cuba google nama/alamat email/ayat dalam email tu dulu sebab selalunya sindiket ni akan guna benda yang sama.


Penat juga tulis entry penuh dengan informasi ni. Fuh.

Friday, May 17, 2013

Bangsa kekura Part II

Pada satu hari, ada dua ekor anak kura-kura yang baru menetas. Comel-comel, sama-sama bersih, sama-sama kain putih yang belum dicorakkan. Namun begitu, dalam tempoh ke arah menjadi kura-kura yang dewasa, keadaan mereka bakal berubah, biar pun permulaan mereka sama-sama dari dua biji telur putih.


Yang satu, kura-kura ini dibesarkan dalam suasana di mana parentsnya tampak senang. Apa-apa buruk yang jadi, anak kura-kura ini akan disuap dengan ayat "Rilek la anakku, kita kura-kura, pasti berjaya, jangan risau. Rilek.". Dan memang betul, ada saja ketua kura-kura yang datang tolong. Bila anak kura-kura terbalik dan tak boleh bergerak, ketua kura-kura akan datang tolong pusingkan balik, lalu berjalan balik anak kura-kura tu. Malas.


Yang satu lagi, anak kura-kura ini dibesarkan dalam suasana "Hang jangan banyak main, hang kena sungguh-sungguh, bukan ada sapa mau tolong hang!" biarpun hakikatnya ketua kura-kura sedia datang membantu. Tapi si anak kura-kura tak tahu semua tu. Yang dia tahu, apa yang dia buat, apa yang dia nak, apa yang dia hajat, semua kena cari sendiri. Biar jatuh tergolek, terbalik kaki atas cangkerang di bawah, anak kura-kura susah-susah la pusingkan balik badan dia. Ketua kura-kura boleh je tolong, tapi si anak kura-kura tak tahu semua tu. Rajin.


Selang beberapa tahun, yang satu masih selesa seronok mengangkat ketua kura-kura sebagai tuhan. Yang satu lagi sudah menjadi tuhan. Ketua kura-kura sibuk bertanya apa lagi arnab mahu?

Thursday, May 16, 2013

Hari Guru

Sebenarnya hari ni hari ni Hari Guru. Atau pun ada orang panggil Hari Cikgu. Yang lain-lain panggil Hari Pendidik. Padahal sama je maksud dia tu.


Guru ni macam ada orang cakap macam sebatang lilin. Membakar diri untuk menerangi hidup anak-anak murid. Bukanlah maksud dia kau kena bakar guru kau baru kau boleh jadi pandai. Maksud dia, guru ni banyak berkorban, dari segi fizikal dan mental. Lagi-lagi kalau anak murid macam aku, terseksa mental guru tu aku rasa.


Tapi, aku rasa guru ni lebih kepada macam kipas. Pusing-pusing dan memeningkan kepala supaya anak-anak murid boleh bersenang-lenang. Kalau tiba-tiba kipas tu rosak, mula lah anak-anak murid panas dan bising-bising komplen kejadahlah kipas ni tak berpusing. Padahal kipas nyonya yang selalu ada dalam cerita kungfu dulu-dulu tu ada ja, tapi tu lah, resam anak murid sekarang, semua nak pakai kipas letrik.


Aku akhiri entry yang penuh dengan pelir--perlian maksud aku, dengan satu laungan yang padu ke udara,


SELAMAT HARI GURU SEMUA!

Wednesday, May 15, 2013

Lampu isyarat, suatu kematian

Sekarang ini, selain daripada pilihanraya, ada satu lagi topik yang sedang hangat. Topik hangat ini sangatlah banyak diperkatakan. Ianya membabitkan pistol dan tiang lampu isyarat.


Semenjak kebelakangan ini, banyak betul kes orang mati ditembak di lampu isyarat. Aku yakin trend ini mampu menjadi satu fenomena sepertimana kes simbah asid ke muka dahulu. Cumanya, tidak seperti kes simbah asid, di mana asid-asid mudah didapati, mana depa dapat pistol?


Setahu aku yang bijak pandai ni, aku tak pernah pun ambil tahu pasal cara-cara untuk memilili pistol di Malaysia. Sebabnya, pistol aku pun ada, dalam seluar, siap boleh membesar mengikut cuaca lagi. Lucah kan aku? Macam lah kau tak lucah pulak, aku tembak pakai pistol organik nanti mau?


Tak faham betul aku, mana dapat pistol-pistol tu? Aku ada juga dengar ura-ura, URA-URA SAHAJA KAU JANGAN PERGI SEBAR PULA, yang ada orang besar-besar yang terlibat dalam penjualan senjata api di pasaran gelap. Orang tu memang besar, suka hati lah kau nak percaya ke tak. I have my reliable source bak kata orang puting. Eh, orang putih.


Jadi aku nak sarankan satu benda, kita sebagai orang Asia, dan orang Malaysia khususnya, teruskan amalan kita supaya tidak ditembak di lampu isyarat. Amalan aku yang aku maksudkan adalah amalan "Berpura-pura seolah-olah lampu isyarat itu tidak wujud". Langgar sahajalah lampu merah, pecut selaju mungkin bila lampu kuning, dan jalan slow-slow bila lampu hijau supaya orang belakang sangkut di lampu merah lepas tu dia kena tembak dan kita selamat di muka Bumi.


Sunday, May 12, 2013

Berita Penting (?)

Macam kad raya, ruangan berita dekat televisen juga bakal jadi obsolete. Kad raya tu entah laku ke tidak lagi sekarang ni. Walaupun ada yang selalu cakap "kad raya tu ada nilai sentimental", aku cukup yakin kad raya dah tak diperlukan sekarang ni. Kad-kad lain aku tak berapa pasti, kad perkahwinan dengan kad harijadi mungkin boleh pergi dalam lima enam tahun lagi.


Ruangan berita, lembab. Benda-benda yang dilaporkan boleh dikatakan semuanya cerita-cerita yang berlaku sehari sebelum. Dulu masa kecil aku teruja juga tengok berita malam-malam, tapi semenjak kehadiran internet, langsung tak ada nafsu dah. Itu belum aku sentuh bab berita kat Malaysia yang penuh dengan cerita-cerita yang tak boleh dikategorikan sebagai berita pun sebenarnya.


Aku bagi contoh lah, kalau tetiba ada gempa bumi kat Lesotho sekarang, agak-agak ada ke keluar berita SEKARANG jugak? Mana ada. Nak kena tunggu pukul 8 kejap lagi, takpun tunggu keluar suratkhabar esok. Padahal cerita gempa bumi kat Lesotho tu dah kecoh-kecoh dah kat internet. Malaysia ni tak teringin ke buat ruangan BREAKING NEWS? Dulu ada juga ruangan Berita Terkini tu, sekarang macam tak hidup je aku tengok.


Sebab itu aku berpendapat bahawa pekerjaan sebagai pembaca berita akan dilupakan dalam masa terdekat. Jadi pembaca berita tu padahal baca skrip je pun, sudahlah skrip tu berkisarkan cerita yang tak up to date. Baik aku baca kat internet je. Kahkahkah.


Lagipun, pembaca berita kat Malaysia tak best, tak ada riak muka yang menggambarkan berita yang dia baca. Cuba kau buat muka sedih bila ada berita pasal orang mati, takpun muka ceria bila ada berita pasal kejayaan Malaysia, takpun kau gelak terbahak-bahak bila ada berita yang kelakar. Barulah aku boleh ambil feel dari berita tu.


Tapi yang paling best, berita sekarang banyak berkaitan politik, yelah, baru lepas PRU kan, sebelum-sebelum ni mana ada langsung berita pasal politik sumpah tak ada langsuuuunnnggggg!


PS: merindui ruangan Karam Singh Walia serta pantun-pantun beliau, ibarat tikus menari-nari, bendul pintu juga yang johan.

Wednesday, May 8, 2013

Bangsa Kekura

Pada satu hari si Arnab mengajak si Kura-kura berlumba. Si Kura-kura terasa tercabar, namun ia masih seperti semalam, malas berjoging dan malas bersenam. Sementara Arnab hari-hari berlatih demi perlumbaan yang just around the corner.


Melihatkan Arnab yang sebegitu rajin dan bersungguh-sungguh, Kura-kura menjadi cemburu, malah siap bising-bising di laman sosial. Antara ayat femes Kura-kura dalam aktiviti bising-bising itu adalah "Aku kena pertahankan hak aku sebagai binatang yang lembab, oleh itu Arnab kena lembab juga!". Kenyataan Kura-kura disokong binatang lembab yang lain di Wilayah yang dikuasai Kura-kura itu.


Menyedarkan dirinya lembab, Kura-kura meminta bantuan dari Ketua Kura-kura, iaitu bantuan serupa sebuah gym berteknologi tinggi. Dengan harapan ia akan menang perlumbaan itu. Namun, setelah dapat gym, Kura-kura masih bangang macam dahulu, ia pergi gym bawa laptop, main game serta main laman sosial. Arnab ada minta juga bantuan gym berteknologi canggih itu, namun sia-sia, ditolak mentah-mentah kerana ia Arnab, bukan Kura-kura.


Arnab masih gigih berlatih. Biarpun bukan di gym secanggih Kura-kura. Arnab memang berdisiplin.


Tiba hari perlumbaan, Arnab yang cergas dan fit melawan Kura-kura yang lembab dan bangang. Akhirnya, Arnab menang mudah. Kura-kura macam biasa masih tak puas hati, katanya gym yang diberi Ketua Kura-kura di wilayah yang dikuasai Kura-kura itu tidak mencukupi. Mahu gym yang lebih canggih!


Arnab sudah jauh menyertai pertandingan lumba lari antarabangsa sementara Kura-kura masih bangsa yang banyak bunyi padahal gym yang diberi sudah cukup canggih sudah.


Hidup Kura-kura!

Monday, May 6, 2013

PRU-13

Pertama-tamanya aku dengan lima puluh lima puluh mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional. Lima puluh lima puluh sebab aku sampai sekarang masih atas pagar, rasanya sampai bila-bila pun akan tetap duduk atas pagar ni. Aku harap Transformasi tu betul-betul transformasikan kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Nak join aku atas pagar tak? Takmau sudah.


Selain itu, aku juga dengan lima puluh lima puluh mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat. Tahniah kerana berjaya mengheret PRU kali ini ke arah yang kompetitif. Serta tahniah kerana berjaya memberi kesedaran politik kepada generasi muda. Reformasi tu mungkin perlu dilakukan dalam parti dulu. Itu pendapat aku sebagai pemerhati politik tak bertauliah.


Dan akhir sekali, siapa pasang bendera parti pergi kemas balik! Jangan biar bendera tu jadi sampah atas jalanraya!

Saturday, May 4, 2013

Sumpah Laknat The Return

Memandangkan pilihanraya adalah just around the corner, aku nak tulis sikit pasal politik. Sikit je lah. Aku pun bukannya tahu sangat pasal politik ni. Pertama sekali, aku masih atas pagar. Dan kedua, aku tak daftar mengundi atas sebab-sebab kad pengenalan aku beralamat rumah lama di Pulau Pinang (sekarang aku di Perlis), lepas tu aku tangguh nak tukar IC sebab tarikh pilihanraya ditangguh-tangguh, jadi aku naik muak dan terus terlupa.


Aku nak cakap yang pasal video tu. Sumpah Laknat The Return tu. Yang aku nak tulis ni pendapat aku sahajalah, kau jangan terima atau bangkang secara membuta-tuli pula. Jangan jadi mim alip cha alip ya kata orang. Macai.


Aku dah tengok video tu. Aku bukannya pakar video, jauh sekali dari itu. Dan aku tak tahu DENGAN PASTI siapa salah siapa betul. Hanya Tuhan dan depa dua saja yang tau. Aku bukan Tuhan, kau pun bukannya Tuhan, sumpah tak sumpah, semua boleh sumpah. Ok itu cerita lain.


Aku cuma jadi pelik la juga, kenapa video tu ditayangkan ke media hanya beberapa hari sebelum pilihanraya? Aku cuma jumpa dua jawapan yang aku rasa sedikit betul. Atau pun tak betul langsung. Peduli apa aku. Ni pendapat, bukannya soalan matematik.


Satu. Video Sumpah Laknat The Return tu ditayangkan beberapa hari sebelum pilihanraya supaya pihak lawan tak sempat nak counter. Pilihanraya lagi berapa hari? Mana lagi penting, pilihanraya atau benda sama yang berulang? Jawablah sendiri.


Dua. Video tu dah lama dia simpan sebab tak ada sebab untuk dia keluarkan video. Lagipun dia dah bersumpah dulu, kenapa nak buat benda yang sama? Jangan cakap sebab dia depan Kaabah sebab depan kedai runcit pun kalau kau nak bersumpah, tetap sama, atas nama Tuhan yang sama. (Aku tak samakan Kaabah dengan kedai runcit, kau jangan salah faham pula). Video tu tak penting, SEHINGGALAH abah dia keluarkan kenyataan anak dia tipu, LEPAS tu abah dia keluarkan pula kenyataan 360 darjah cakap anak dia BETUL. Sehinggalah abah dia buat macam itu. Kiranya video tu sebagai penguat kepada pusingan 360 darjah abah dia.


Itu pendapat aku. Kalau kau tak setuju pun aku bukannya peduli sangat sebab aku kacak.


Selamat mengundi kepada yang mendaftar mengundi. Aku dah suruh adik aku mengundi bagi pihak aku. Kahkahkah. Kurang-kurang jari aku tak hitam. Boleh korek hidung!


Thursday, May 2, 2013

Lagi kes buli

Hari itu dekat Twitter, sekarang dekat Facebook, tersebar video budak perempuan yang kena buli. Aku tak tengok video tu sebab dalam membawa watak seorang yang kacak, aku bencikan keganasan. Kau dah tengok ke? Tak kacak betul.


Lepas tu tadi ada yang post lagi kat Facebook dengan pesanan bertulis "Sudah tiba masa untuk hapuskan sistem sekolah berasrama di Malaysia.".


Kalau macam tu lah, baik hapuskan terus sistem SEKOLAH kat Malaysia. Mana-mana tempat sekolah, tak kira asrama atau tidak, semuanya ada kes buli. Bezanya cuma ada atau tidak sahaja yang bangang pergi rekod dan upload ke internet. Tapi, bukan semua pelajar terlibat dalam kes buli ni, sama ada yang membuli atau dibuli.


Aku pernah kena buli, ya mungkin itu ayat klise. Tapi setakat buli secara lisan sahajalah. Sebabnya senior yang nak buli aku tu pergi tanya abah aku kerja apa dan abah aku polis terus senior tu hentikan pembulian ke atasku. Kahkahkah, bodo punya senior, dahlah hilangkan raket (?) pingpong aku.


Masalah buli ni aku sangat yakin langsung tak efek mental. Ada yang cakap buli ni bagi kesan teruk kepada mental. Kalau betul pun bagi kesan, yang membuli tu yang akan terima kesan mental. Sebab bila masing-masing dah besar, masing-masing dah keluar sekolah, yang membulu tu akan sedar apa yang dia buat tu salah. Lepas kesedaran tu timbul, cara dia melayan (to treat?) orang lain juga akan berubah, dia akan jadi lebih berhati-hati dan mungkin malu.


Yang kena buli pulak, selain kesan fizikal, aku tak nampak langsung kesan mental yang buruk. Yang kena buli tu akan jadi lebih kuat dari segi mental lagi ada lah. Ye lah, dulu masa remaja kau kena buli kat sekolah, bila dah keluar sekolah, kau akan timbul satu semangat untuk membuktikan sesuatu. Bagus lah tu kan? Semestinya bagus.


Buli ni benda bagus sebenarnya. Peduli apa aku kau setuju ke tidak. Yang tak bagus tu kau pergi sebarkan ke internet. Itu bukan setakat tak bagus, malah itu bangang tahap bendul pintu. Kesan mental memang ada, tapi dari segi yang positif, baik kepada pembuli, dan kepada yang dibuli.


"Saya dulu kena buli teruk, rasa down gila kat sekolah dulu. Kawan-kawan kat sekolah saya selalu main-mainkan nama bapa saya." -si lembik padahal itu perkara biasa la dol.


Akhir kata, aku yang kacak menggalakkan buli-buli di sekolah. Itulah perkara yang menguatkan mental, bukannya perkara yang melibatkan baca buku 24 jam. Have fun la sikit, jangan jadi pondan di sekolah.