Selamat sejahtera. Apa khabar semua? Sihat? Walaupun pertanyaan apa khabar semua? dan pertanyaan sihat? itu adalah benda yang sama, namun sudah menjadi kebiasaan untuk ditanya juga kedua-duanya. Seolah-olah kau semua pekak sebab tu aku tanya soalan yang sama sebanyak dua kali. Takut-takut kau tak dengar. Padahal kalau kau pekak sekalipun, aku bukannya tanya secara oral, aku tanya melalui tulisan. Boleh je kau baca kan pekak?
Lepas tu ada pula yang jawab soalan aku tadi tu secara oral. Tak perlu sebenarnya, sebab aku bukannya dengar pun. Kalau aku dengar sekalipun, itu tidak bermakna aku peduli, jadi jawablah di dalam hati saja. Apa khabar semua? Sihat? Jawab dalam hati. Sebab aku tak peduli.
Benda-benda berkaitan hati ni selalunya disalahtafsirkan. Hati itu ada dua. Hati yang busuk. Dan hati yang tak busuk. Selalunya hati yang busuk itu bukanlah hati itu sendiri yang busuk,namun pemilik hati itu yang busuk. Jika terserempak dengan mana-mana orang yang busuk, jaga-jaga, hati orang itu mungkin busuk. Jangan disangka busuk orang, maka busuk hatinya. Cuma, orang yang busuk selalunya dipinggirkan masyarakat, lalu beliau akan memberontak lantas menjadi seorang yang busuk hatinya.
Antara benda lain yang boleh dikaitkan dengan busuk adalah sampah.
Sampah adalah musuh negara. Jika kau seorang yang patriotik, kau akan buang sampah, kerana perbuatan membuang sampah itu sendiri melambangkan perbuatan membuang musuh negara. Longkang serta tepi-tepi jalan adalah tempat terbaik untuk membuang sampah. Buang di longkang seolah-olah melemaskan musuh negara. Buang di tepi-tepi jalan supaya kereta-kereta besar dapat melenyek musuh negara. Sampah yang paling busuk sudah pastinya sampah masyarakat, nak-nak lagi sampah masyarakat yang berbau busuk mengalahkan sampah-sampah konvensional.
Jadi aku tanya sekali lagi. Apa khabar semua? Sihat? Selamat sejahtera.
2 comments:
mak hang suruh buang sampah ka pagi tadi?
Macam mana hang tau?
Post a Comment