Kau ada baca berita dua hari lepas? Aku pun baru baca tadi. Punya lah sibuk hari-hari aku sekarang ni sampaikan perihal berita pun aku terkebelakang dua hari. Berita yang menarik selain dari pembubaran parlimen adalah berita pasal seorang bomoh.
Seorang bomoh yang berjaya tipu beberapa orang dan kaut duit sebanyak RM 1 juta sepanjang lapan tahun lepas. Kau tahu bomoh ni tipu apa? Dia mendakwa dirinya mampu ramal keputusan nombor ekor. Lalu ada la beberapa kaki ekoq yang dungu pergi percaya ke bomoh ni. Dungu sungguh.
Yang aku tak berapa faham, kenapa ada lagi yang bangang serupa itu? Bukan bomoh tu maksud aku sebab aku rasa dia bijak. Dungu-dungu yang percaya ke bomoh tu, kenapa bangang sangat? Sudah abad ke-21, ada lagi yang percaya aktiviti ramal-ramal nombor ekoq ni? Kot aktiviti ramas-ramas tu aku paham la jugak.
Lagi satu, kalau kau ditipu atas benda yang langsung tak wujud TAPI kau yakin yang benda tu wujud, macam dalam kes ni benda tu adalah "ramalan nombor ekoq", adakah yang menipu tu dikira bersalah? Aku keliru kejap. Dah terang-terang yang kena tipu tu percaya bulat-bulat ke bomoh ni, serahkan duit secara rela ke bomoh ni, dengan alasan nak dapat nombor ekoq, jadi siapa yang salah? Nak kata langgar undang-undang pun tak, sebab main nombor ekor dan meramal nombor ekor itu tak salah dari segi undang-undang Malaysia (soal dosa pahala tolak tepi). Ke aku salah?
Lagipun tuan-puan yang berhemat, dah nama pun RAMALAN, bukannya 100% menjadi kan? Serupa dengan ramalan cuaca, ramalan keputusan bola sepak serta ramalan PRU-13, bukannya selalu tepat, jadi aku dengan ini ingin menegaskan bahawa bomoh tu tidak bersalah. Yang bersalah hanyalah malaun-malaun bahalol yang percaya kepada bomoh tu kerana mempunyai otak serupa bendul pintu.
Kalau aku dapat ramal nombor ekor, aku tak kisah berapa juta kau nak bagi kat aku, baik aku pergi beli nombor tu sorang-sorang. Pakcik kayo pakcik kayo!
No comments:
Post a Comment