Wednesday, April 24, 2013

Dunia tanpa cermin

Antara ciptaan manusia yang paling hebat adalah cermin. Selain dari bantal, cermin sepatutnya diangkat sebagai perkakas yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia.


Cuba kau bayangkan sekejap dunia di mana cermin tidak wujud. Aku dapat rasakan wanita-wanita di luar sana sedang membayangkan betapa nerakanya dunia tanpa cermin. Aku betul atau salah? Sudah pasti aku betul. Dalam sehari, mengikut statistik, wanita memandang cermin tidak kurang dari 72 kali. Dan mengikut statistik, 93 peratus statistik adalah statistik yang direka. Entah apa akan jadi jika wanita tiada cermin? Jawapannya sudah terang lagi kau suluh kenapa, pastinya soalan "Muka aku ok tak?", "Ok ke lipstik aku ni?", "Kedut kat dagu aku dah makin hilang kan?" dan "Kau rasa aku patut cukur kening tak?" akan senantiasa berkumandang di udara.


Tidak adil sekiranya aku hanya berkata tentang wanita dan cermin dalam soal dunia tanpa cermin ni. Lelaki tanpa cermin? Maka penuhlah dunia dengan lelaki-lelaki yang mempunyai bulu hidung hingga ke paras dada.


Selain itu, jika dunia tiada cermin, apa akan jadi kepada kenderaan? Tidak bercermin sisi. Lainlah kalau kau seorang wanita atau pun lelaki awal 50-an, cermin sisi bukannya ada fungsi pun sebenarnya.


Tambahan pula, di dunia tanpa cermin, kau ingat syarikat mekap seperti mebelin, loriyal, mek, simpelisiti dan sebagainya akan buat mekap ke? Silap-silap mebelin tu jadi syarikat buat sudip. Macam mana hendak melukis di muka tanpa cermin? Takkan nak upah tukang mekap pula nak suruh lukis kat muka hari-hari? Banyak duit abah kau.


Bukan itu sahaja, malah perumpamaan-perumpamaan yang ada kaitan dengan cermin seperti kau cerminlah diri kau tu sikit, kau bercakap dengan cermin ke, cermin rumah kau pun pecah kalau kau tengok cermin serta mirror mirror on the wall who is the fairest of them all juga aku yakin tidak mungkin wujud. Sudah pasti hidup ini akan bosan bila ada orang tuduh kau dengan benda-benda yang buruk. Jika tiada cermin, apa jawapan paling efektif untuk pertuduhan seperti "Kau tu bahalol"? Nak kaunter pakai "Kau cakap dengan cermin ke?" dah macam tak logik sebab di dunia tanpa cermin, mana ada cermin! Takkan nak kaunter pakai "Kau cakap dengan semangkuk air yang bila kau tengok air tu kau nampak muka kau sendiri keeee?" Kan dah panjang sangat tu? Tak efektif.


Akhir kata, hargailah cermin dan rajin-rajinlah cerminkan diri (bukan muka, tapi diri) serta janganlah mekap tebal-tebal sebab kau nampak macam hantu yang baru lepas kena langgar dengan treler.


Ha tahu takut kalau dunia tak ada cermin, tahu takuuuutttt.

1 comment:

Faz said...

"Lainlah kalau kau seorang wanita atau pun lelaki awal 50-an, cermin sisi bukannya ada fungsi pun sebenarnya."
Hahaha.. saja jer kan ko mengata wanita.. tp terpaksa akui jugaklah walaupun aku wanita.. ada jer yang simpan side mirror kat rumah (tak reti nak pakai)... geram betol..