Friday, April 19, 2013

Kera sumbang

Percaya atau tidak aku pernah jadi seekor kera pada suatu masa dahulu. Kera yang aku maksudkan bukanlah kerajaan mahupun kerani, tapi kera sumbang. Kera sumbang ni perangai beliau bukan sepertu kera-kera yang lain. Kera-kera yang lain adalah sangat sosial. Gorila bukan kera, gorila pesen hidup seekor-seekor, jadi gorila adalah kera sumbang. Ok itu cerita lain.


Kau tahu kenapa laman-laman sosial sangat popular sekarang? Sebab fitrah manusia bukanlah berfitrahkan kera sumbang. Fitrah manusia perlukan interaksi dengan benda hidup. Dan zaman sekarang, manusia semakin malas. Cara apa lagi yang lebih mudah untuk berinteraksi dengan benda hidup secara malas kalau bukan melalui laman sosial seperti Twitter, Facebook, Wechat mahupun mIRC? Entah hidup ke tidak lagi mIRC tu. Rasa tua pula bila teringat pasal mIRC. A/s/l? Kahkahkah.


Seingat aku lah, membawa watak kera sumbang ni bahaya. Kau punya emosi akan jadi tidak berapa stabil. Kau pernah tak duduk sorang-sorang dalam bilik, tanpa buat apa-apa, tanpa ada telefon di tangan? Kau nak gelak sorang-sorang, macam pelik, kau nak sedih sorang-sorang, lagi lah pelik, kau nak sembang sorang-sorang, sedikit pelik (walaupun itu sebenarnya petanda bahawa kau mungkin seorang yang genius). Kau tak tahu kau nak beremosikan apa. Silap-silap boleh gila.


Kalau ikut falsampah aku lah, manusia ketagihan laman sosial ni bukannya ketagih apa pun, cuma ketagih nak ada interaksi. Supaya emosi kau tu stabil. Supaya kau tak rasa macam emosi kau tak menentu tak pasal-pasal.


Kera sumbang ni perangainya cepat marah. Kadang-kadang alat kawalan jauh televisen pun boleh dibaling ke dinding kalau duduk sorang-sorang. Silap-silap meja ruang tamu pun akan ditendang sesuka hati. Sebab itu lah dalam apa-apa drama Melayu mesti ada seorang perempuan mekap tebal yang akan menenangkan seorang Dato' yang marah-marah akibat kerugian besar juta-juta. Kalau perempuan mekap tebal tu tak ada sebelah, silap-silap pasu bunga mahal dihempuk ke lantai. Pernah dengar "Marahkan nyamuk, kelambu dibakar"? Ha yang bakar kelambu tu sebenarnya bujang, tidur sorang. Cuba kalau dah kahwin? Pasti ada perempuan/lelaki yang menenangkan beliau bila marah-marah pasal nyamuk. "Sabarlah sayang, nyamuk je tu, jangan la marah-marah yeeeeeeee.".


Ada manusia yang lebih suka berinteraksi depan-depan. Ada manusia yang lebih senang berinteraksi melalui alam maya. Ikutlah mana-mana pun, yang penting kena ada interaksi. Kalau hidup kau tanpa ada sebarang interaksi untuk jangkamasa yang panjang, maka kau kera sumbang. Serupa gorila. Sikit-sikit nak marah, sikit-sikit nak naik angin. Bahaya tu. Silap-silap jadi gemuk berbulu nenen berkedut macam gorila.


Tapi jadi kera sumbang ni ada satu faedah. Kau takkan peduli pasal masalah orang lain. Dan orang lain takkan tahu dan peduli pasal masalah kau. Bak kata orang "Kubur sorang satu, kau jangan sibuk ah!". Eh tu dah macam benda tak berfaedah pula. Haha.


Tapi sekarang kera sumbang bukan lagi aku. Aku sudah jadi kera! Ooh-ooh ahh-ahh-ahh-ahh-ahh-ahh-ahh *lempar tahi*

No comments: