Wednesday, January 23, 2013

Mimpi

Semalam aku naik kapal selam. Kapal selam tu besar, siap ada Rosmah dalam tu. Bayangkan la betapa besar kapal selam tu.


Lepas tu kapal selam tu terlanggar aisbek. Patah dua. Tetiba pakcik aku datang naik moto honda bulat. Pakcik aku cakap "Hidup ni kena pandai menjahit." sambil senyum. Aku jawab balik "Senyap lah kau." Lepas tu salji turun. Aku pass bola ke Rosmah dan Rosmah berlari pantas lalu beliau menjaringkan gol untuk pasukan bola jaring bawah 23 tahun Malaysia.


Bila sampai situ, baru aku sedar yang aku mimpi sebenarnya sebab banyak benda tak logik macam Rosmah main bola jaring dan boleh jaring gol pulak tu. Elok je aku dah yakin yang aku sedang bermimpi, terus aku terjaga dari mimpi tu. Cepat-cepat aku pergi mandi sebab jam pun dah pukul 6 pagi.


Masa aku tengah mandi tu banyak benda yang aku fikirkan. Macam kenapa kalau kau korek hidung kau akan rasa dunia berhenti berputar, kenapa bau asap kereta di pagi hari sangat sedap baunya, kenapa jalanraya kaler hitam, adakah ikan juga minum air dan kenapa bila aku sembur deoderan ketiak akan berasa pedih-pedih.


Lepas aku mandi tu aku terduduk atas kerusi dalam bilik aku. Aku geleng-geleng kepala. Tak logik. Baru aku sedar bahawa aku masih lagi bermimpi sebab tak logik aku bangun pukul 6 pagi dan tak logik jugak aku berfikir dengan serius sebab aku jenis malas berfikir.


Leeeeeeepas tu baru lah aku bangun betul-betul. Terus aku taip entry ni. Ngeri jugak bermimpi masa kau tengah bermimpi sebab kau akan tahu yang kau memang sedang bermimpi tapi kau tak akan tahu yang kau sedang bermimpi masa bermimpi.


Moral kat sini adalah, aku tak pasti aku tengah bermimpi atau aku memang tengah taip entry bangang macam ni.

No comments: