Saturday, January 26, 2013

Cerita seram wuu~~

Aku ni jenis tidur lambat. Selagi jam kat dinding tidak menunjukkan jam dua atau tiga pagi, selagi itulah aku tak akan tidur. Burung hantu bak kata orang.


Satu malam tu, aku tengah tengok filem dekat laptop. Lampu bilik aku tutup. Kipas bilik aku buka nombor satu sebab sejuk. Masa tu jam pukul dua setengah tak silap aku. Tak silap aku lah.


Sedang aku tengok filem tu, bilik aku tetiba rasa berangin. Padahal kipas aku bukak nombor satu. Lama jugak rasa berangin tu, aku dah mula rasa pelik. Terus aku bukak lampu bilik. Aku teruskan jugak tengok filem tu kat laptop sebab nak tidur pun tak mengantuk lagi.


Lepas dua tiga minit buka lampu bilik, aku dengar bunyi orang bertepuk. Sekali sahaja bunyi bertepuk tu, tapi kuat. Aku pun apa lagi, terus aku naik ke katil masuk dalam selimut. Lampu bilik masih terbukak, filem dekat laptop masih terpasang.


Tiba-tiba blackout. Kecut jugak perut aku. Dah lah tadi rasa berangin, lepas tu ada bunyi orang bertepuk, ni blackout pulak. Aku dok menyumpah TNB dah dalam hati aku masa tu. Lepas tu aku bau semacam. Kemenyan. Sedap sungguh bau kemenyan tu. Berpeluh jugak aku dalam selimut.


Bau kemenyam tu aku rasa berlanjutan lima minit. Lepas bau tu hilang, elektrik pun ada balik. Lampu bilik aku terbukak.


Dalam berpeluh tu aku nak kencing, nak tak nak aku paksa jugak ke tandas. Terketar-ketar jugak nak kencing. Habis kencing aku balik bilik lepas tu aku nampak macam ada benda bawah katil.


Benda itu adalah batu nisan kaler putih dengan nama Mona Fendi.


Celaka mana pulak datang Mona Fendi dalam cerita seram aku ni? Itu lah, lain kali nak tulis cerita seram cuba buat plot dia betul-betul. Ini plot entah ke mana, hantu entah ke mana.


Sudah lah, aku berharap dengan perkataan "bilik berangin", "bertepuk", "kemenyan", "nisan" serta "Mona Fendi", anda semua akan berasa seram pada malam ini.


Wuu~~

No comments: