Sunday, January 20, 2013

Susulan Sharifah paling bangang dalam Malaysia

Semalam ada satu ceramah yang aku dengan terpaksanya menghadiri. Ceramah ni bolehlah aku anggap sebagai ceramah yang ala kadar, yang dipenuhi dengan kisah hidup si penceramah serta menguji tahap keterbukaan mata yang mengantuk.


Nak tahu siapa penceramah tersebut. Kalau nak tahu, taip "Telur" dan hantarkan ke nombor abah kau.


Penceramah tersebut adalah panel dan penganjur forum "Listen listen listen" yang kian menular ke seluruh pelusuk negara. Nama beliau aku sudah lupa. Jadi ayuh namakan beliau sebagai Encik Tahir.


Bagus Tahir ni, selalunya penceramah akan berat sebelah ke salah satu parti politik di Malaysia. Namun Tahir bukan begitu orangnya. Beliau bersikap neutral.


Dalam mengomen akan peristiwa "Listen listen listen" tersebut, beliau cakap :

1. Bawani agak biadap kerana hanya bersuara selepas sesi Q&A tamat. Sedangkan semasa sesi Q&A, ada LIMA orang pelajar yang bertanyakan soalan kepada pihak panel dan Bawani hanya berdiam.

2. Sharifah Zohra Jabeen 'menjawab' soalan Bawani dengan mengikut kemarahan beliau.


Yang point nombor dua tu aku malas komen sebab memang jelas Sharifah ni mengikut perasaan. Datang bulan mungkin. Seksis juga kenyataan aku. Kahkahkah. Tapi apa lagi sebab yang rasional untuk seorang wanita yang memimpin Suara Wanita 1Malaysia tersebut bertindak sedemikian? Sudah pasti kerana datang bulan bukan?


Aku nak komen point yang nombor satu. Dalam video temubual bersama Bawani (pergi cari di Youtube), Bawani cakap sesi Q&A itu pendek nak mampus padahal tajuk forum berkaitan suara mahasiswa. Dan. Bawani cakap, sesi dalam sesi Q&A hanya DUA orang pelajar yang dibenarkan bertanya soalan. Bukan beliau tak angkat tangan untuk bertanya masa sesi Q&A tersebut, namun beliau tidak berkesempatan.


Mana satu nak percaya? LIMA orang atau DUA orang? Ikutlah nak percaya mana satu, peduli apa aku.


Ramai juga yang cakap Bawani ni yang kurang ajar. Aku nampak ada dua kem. Satu kem di mana mereka mengatakan Bawani ini kurang ajar, di mana kem ini disertai oleh golongan yang boleh dikatakan berumur. Manakala satu lagi kem yang mengatakan Bawani tidak kurang ajar, dan kem ini disertai oleh golongan belia.


Nampak? Itu masalah Malaysia. Bila belia bersuara, dikatakan kurang ajar. Bila belia senyap, dikatakan kurang aktif.


Aku dalam kem dua. Cuba kita selami sikit perwatakan Bawani ni. Beliau adalah pelajar jurusan undang-undang. Pelajar undang-undang biasanya lantang bersuara. Kalau pelajar undang-undang tapi cakap lembut-lembut, baik kau pergi jadi pelajar masscom UiTM Lendu yang sebarkan cerita pelajar-pelajar terbang kerana dirasuk. Jadi, logiklah Bawani ini bersuara lantang.


"Saya kecewa bila semua benda nak dipolitikkan, sampaikan video forum anjuran saya tu pun nak dipolitikkan", kata Tahir semalam.


Kahkahkah. Sharifah ni dah dikenalpasti sebagai bukan mewakili mana-mana parti politik, jadi nak politikkan apa benda setan? Aku pun konfius. Perkataan "politikkan" ni aku rasa banyak disalahguna di Malaysia.


Video "Listen listen listen" tu aku rasa bukan agenda politik, lebih kepada untuk membodohkan Sharifah. Kahkahkah. Politik apa bendakah itu? Video itu nak menunjukkan Berani vs Bodoh. Tapi kalau kau dalam kem pertama (kem orang berumur), kau akan cakap video itu pasal Budak Kurang Ajar vs Wanita Gila. Ikut kau lah setan.


Memang bosan topik ni dipanjang-panjangkan tapi sebabkan Tahir yang datang semalam tu panel forum tersebut, aku tulis je lah.




"Tanah Melayu dulu pernah dijajah oleh Portugis dan kemudiannya oleh Belanda." -Tahir.


Haish, Tahir Tahir.

2 comments:

Unknown said...

Syukur, saripah dh maafkan kita semua. http://www.sinarharian.com.my/nasional/sharifah-maafkan-semua-termasuk-bawani-1.123442

PokaPola said...

@rahmat : kahkahkah, sharifah ni aku rasa bukan takat bangang, tapi gila jugak