Tuesday, January 15, 2013

Ramuan penting menjadi penggerak negara

Sebenarnya aku rasa aku dah jumpa satu ramuan penting untuk menjadi apa yang boleh digelar sebagai penggerak negara di Malaysia. Ramuan ini bukanlah rahsia seperti rahsia mengatasi rambut gugur atau pun gatal kulit kepala, ramuan ini semua sudah tahu.


Ramuan ini terdiri dari beberapa langkah.


1. Kongsikan apa jua gambar atau video yang berbaur kontroversi di tanah air. Gambar atau video ni tak semestinya berkaitan dengan perkara yang baru berlaku di Malaysia. Yang penting, kontroversi. Ada video yang berusia kurang dari setahun, ada juga yang berusia lebih dari setahun macam video ibu "gila" yang pukul bayi kecilnya pakai bantal yang pernah menjadi topik hangat sebelum ini padahal ibu "gila" tersebut sudahpun berada di penjara. Itu langkah pertama, langkah pertama hanyalah langkah berkongsi, jangan sesekali sertakan pendapat sendiri. Kongsi sahaja.


2. Berlainan dengan langkah pertama, langkah kedua melibatkan pendapat sendiri (atau untuk lebih selamat, pendapat majoriti). Sebagai mengikut fitrah manusia, pendapat majoriti selalunya berkaitan dengan cacian dan makian. Ini kerana tanpa cacian dan makian, gambar atau video tersebut tidak akan menjadi sensasi ataupun topik hangat. Tanpa cacian atau makian, video tersebut hanyalah sekadar video lagu-lagu jiwang 80-an/90-an ataupun video anak kucing yang berlagak comel. Tidak hangat bukan? Contoh terbaik bagi langkah kedua ini adalah entry aku sebelum ni.


3. Langkah ini langkah ketiga. Takkan langkah keenam pula dah aku tulis nombor tiga kat depan tu. Langkah ini selalunya langkah yang akan dilakukan oleh mereka yang aku gelar "pemerhati". Golongan pemerhati ini adalah golongan yang sesuai jadi ahli politik. Golongan ini konon-kononnya adalah golongan yang mereka sendiri gelar diri mereka sebagai "the educated ones" ataupun "the civilised ones". Langkah ini melibatkan kerja-kerja pembersihan nurani dan memperbetulkan akhlak kepada golongan yang terlibat dalam langkah kedua. Antara kata-kata hikmah dalam langkah ketiga ini adalah "Memanglah [topik hangat yang diperkatakan], tetapi tak payah lah caci atau maki, itu menunjukkan bahawa anda semua tidak terpelajar/tak bertamadun. Shame on you Malaysia!" Golongan "pemerhati" ada dua jenis, jenis yang sama ada memang dia perhati dari awal, atau pun dia dah terlambat masuk ke dalam topik hangat ini lantas dah terlambat nak caci atau maki lalu dia menjadi ahli "politik" dengan berkata-kata hikmah. Begitulah langkah ketiga.


4. Golongan dalam langkah kedua akan membidas "pemerhati".


5. "Pemerhati" akan memberi kata-kata hikmah kepada golongan dalam langkah kedua.


6. Ulang langkah 4.


7. Ulang langkah 5.


[Untuk langkah-langkah bernombor genap yang seterusnya, ulang langkah 4. Untuk langkah-langkah bernombor ganjil, ulang langkah 5.]




Aku kira begitulah ramuan terpenting dalam menggerakkan negara.




Memanglah Sharifah tu kurang ajar, tapi apa yang kau dapat dengan memaki dan mencaci beliau? Idiots. Bagero. Bendul pintu. Bongok. Nampak sangat kau ni tak terpelajar! Tak bertamadun! Orang zaman batu! Pedalaman! Duduk atas pokok!




Okeh, aku dah buat langkah ketiga. Giliran kau pulak nak buat langkah keempat.

2 comments:

yui said...

Astaghfirullah... kita sepatutnya menegur dengan cara berhikmah. Bukan maki2 macam ni.





ok dak?

=p

nadz ruslan said...

serbanistas

"Heii nabi tak pernah caci maki musuh dia tau. Hang sama ja dua kali lima. "

serbanistas extrimis

"Heii tengoklah hat bercakap pun rambut karat, tak pakai tudung. Tak dak otak, hukum Allah tak mau ikut bla-bla

liberistas (lol)

"heiii ai tak pakai tudung tapi hati ai baik tau, u dah konpem book sorga tingkat mana?"

eh yang last macam takdak kaitan