Monday, September 19, 2011

Kucingku saripdol

Kucing gemuk aku adalah samseng.




Kau kenal saripdol dalam cerita P Ramlee? Kucing akulah saripdol alaf moden.




Bukan setakat samseng, malah beliau juga tidak mesra rakyat. Asal ada je kucing melintas ataupun hanging out depan rumah aku, beliau pasti beraksi samseng. Dihalaunya sekawan kucing itu dengan dengusan bengis.




Bukan setakat kucing. Hari-hari kemudian ada burung. Masuk rumah. Diberkasnya burung itu dengan rakus sekali. Dilambung-lambung ibarat ombak. Kurang hajar sungguh. Bukan setakat seekor burung, dua ekor dalam masa dua hari berturut-turut.




Walhal tetamu yang datang ke rumah pun dihalau. Apalah salahnya beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang berkunjung ke rumah.




Beliaulah.saripdol.alafmoden. Miow.


No comments: