Tuesday, September 27, 2011

Curious macam kucing.

Malam ini aku sangat curious.




Tadi aku keluar kejap, sambil memandu dengan tidak berhemahnya, aku nampak banyak gila babi kereta and moto parking tepi jalan. Padalah tetengah malam. Aku tengok jam, eh bukan waktu semayang isyak.




Pastu aku nampak kereta bomba, JPAM, ambulans serta polis.




Oh shit. Ada eksiden kot. Tapi tak nampak apa-apa.




Sampai rumah terus aku siasat. Rupanya ada orang jatuh dalam sungai dekat dengan jambatan tu. Oh shit, siapa? Bila? Macam mana jatuh? Hidup lagi ke?




Aku tengah curious gila babi lagi ni. Naik moto jatuh kot, ke kereta jatuh, ke dia bunuh diri, ke dia saja-saja terjun sebab nak buat kelakar, ke ke ke ke. Banyak pulak ke ke nya.




Yang pasti, ramai gila babi yang curious macam aku tadi, siap parking tepi-tepi jalan, siap ada pakcik datang bukak gerai makan, siap ada makcik datang bukak kedai tudung hanatajima lagi. Eh memang takdak yang menjual situ, tapi cuba bayangkan keuntungan yang dorang akan dapat, easy money bebeh.




Macam mana dia jatuh doh?

No comments: