Wednesday, September 21, 2011

Jepun-Malaysia

Hari ini perlawanan antara Jepun dan Malaysia. Ong Kim Swee letih memikirkan taktik yang akan digunakan.



Ong Kim Swee yakin bahawa Khairul Fahmi adalah seorang penjaga gol yang hebat. Jadi untuk separuh masa pertama, Ong Kim Swee memasukkan Khairul Fahmi seorang sahaja. Pemain yang lain dibiarkan di bangku simpanan.



Ong Kim Swee mengambil keputusan untuk tidak melihat perlawanan itu di stadium, jadi dia pergi melepak di kedai kopi.



Habis sahaja separuh masa pertama. Penolongnya yang menjadi pengganti Ong Kim Swee di stadium menghantar mesej. "Bos, kita sedang mendahului 2-0."



Ong Kim Swee membalas, "Baik, masukkan sepuluh lagi pemain."



Ong Kim Swee terus melepak di kedai kopi tersebut. Habis sahaja separuh masa kedua, penolongnya menghantar lagi mesej.



"Bos, match dah habis. Kita kalah 5-2."

No comments: