Sunday, September 11, 2011

Dijajah atau tidak?

Kenyataan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang mengatakan Tanah Melayu tidak pernah dijajah (selain Penang, Melaka dan Singapura) sangat mengelirukan.




Tetapi, (ini pendapat peribadi), matapelajaran Sejarah dekat sekolah adalah bertujuan mewujudkan semangat setia kepada negara. Bukan untuk membekalkan fakta yang tepat. Jadi setiap fakta dalam buku-buku Sejarah (yang btw, amat membosankan) boleh dicurigai.




Aku pernah sembang-sembang dulu, ada member aku cakap panglima dekat Sarawak tu, apa entah nama dia, yang dikategorikan sebagai wira Tanah Melayu sebenarnya memang seorang lanun. Kalau dah lanun, apa yang wiranya? Sekali lagi, ini pendapat peribadi. Aku takmau kena bambu macam Mat Sabu.




Persoalan sekarang, kalau kita tak pernah dijajah British, apa tujuan Tunku Abdur Rahman pergi Britain dulu? Sejauh mana kebenaran laungan 'Merdeka' beliau yang pemes tu? Dan, apa signifikasinya tarikh 31 Ogos?




We have been brainwashed (again, personal opinion).

No comments: