Monday, September 12, 2011

Jangan main-main.

Hari tu (lama dah sebenarnya), mak aku ada dapat mesej yang cakap 'Kalau anda tambah umur anda dengan tahun kelahiran, pasti akan dapat seratussebelas, magis bukan?'.




Fuiyo, magis. Tett, not. Macam entry aku sebelum ini, manusia taksub dengan nombor. Sampaikan saintis cakap, matematik adalah bahasa alam semesta. Memang. Semua benda kau boleh tafsirkan dengan nombor.




Berat kau, tinggi kau, saiz penis kaki, bilangan molekul dalam air kokakola, populasi manusia, harga rumah, harga diri, pemalar untuk formula sains, tempo untuk sesebuah lagu, etc, semua pakai nombor.




Okey, berbalik kepada seratussebelas yang magis itu. Kenapa orang nampak macam magis? Sebabnya nombor satu yang diulang tigakali. Lepas tu ada video kat youtube yang memaparkan pasal seorang ustaz tentang tahun duaribusebelas adalah tahun fitnah sebab dikaitkan dengan surah seratussebelas yang menceritakan pasal kejahatan Abu Lahab dan fitnah-fitnah yang dilemparkan ke atas Rasulullah saw. Okey.




Setahu aku, yang cetek agama, tiada pula dalam al-Quran suruh kita kaitkan nombor-nombor dengan surah al-Quran. Macam ada orang cuba ramalkan hari kiamat dengan bilangan surah al-Quran. Allah dah firman, tarikh hari kiamat hanya Dia yang tahu, Rasulullah pun tak tahu. Ini yang aku tahu sebagai yang cetek agama. (kalau ada yang nak betulkan, sila).




Berbalik sekali lagi kepada seratussebelas yang magis itu. Hek eleh, apa yang magis sangat? Memanglah kalau kau tambah umur kau dengan tarikh lahir kau, kau akan dapat nombor bersamaan tahun sekarang. Contoh, kalau kau buat untuk tahun depan, duaribuduabelas, sah-sah kau akan dapat seratusduabelas. Untuk tahun duaributigebelas, kau akan dapat seratustigabelas. Ini contohnya : tahun 2013, umur aku 26, lahir 87, kau tambah, dapatlah 113. Jadi, apa yang magis?




Ya, tiada magis di situ. Kalau kau suruh budak umur sembilantahun bolehlah dia cakap 'Fuiyo, magis betul la abang ini.'




Dan aku tengok sekarang, ramai yang suka post status berbaur keagamaan kat fesbuk. Ye memang boleh. Tetapi kalau melibatkan quote sabda Rasulullah ataupun ayat-ayat al-Quran, silalah pastikan dulu kebenaran dan kesahihan sabda dan ayat tersebut.







Sekian tazkirah dari Ustad Pokapola. Wallahualam bisowap.

No comments: