Kalau macam inilah gaya barisan untuk membeli tiket wayang, maka kempunanlah Imran dan orang-orang yang di belakangnya untuk menyaksikan 'Seliparku Selipar Nenekmu' arahan pengarah popular Ahmad Uduhum.
Imran sangkakan dia yang paling awal datang ke Panggung Wayang Tokwanku ini, rupanya ada yang lagi awal! Melepaslah nak tengok Fayid Hamil dan Liza Suriguni beraksi. Peminat-peminat Ahmad Uduhum sudah menanti-nantikan Seliparku Selipar Nenekmu ini, sekuel kepada Selipar Bukan Sedap.
Filem Selipar Bukan Sedap mencecah kutipan pecah panggung sebanyak 15 juta ringgit dua tahun lepas. Filem sekuelnya dikhabarkan lebih hebat. Dan hari ini adalah hari pertama filem ini bakal ditayangkan. Imran mengeluh lagi, sudah dekat setengah jam dia menunggu dalam barisan seramai lebih kurang lima puluh orang itu.
Di hadapannya, seorang pemuda bertopi merah berbaju kemeja putih dengan gambar Fayih Hamil besar gajah tertera. Sadenli, datang seorang pemuda lewat 20-an menegurnya.
"Kalau kau tunggu dalam line ni bro, sumpah aku cakap kau boleh balik lah, tiket kompom habis."
"Ala takpe, seat banyak lagi tu."
"Camnilah bro, kau bagi aku 20 ringgit, aku boleh bagi kau tiket. Seat baik punye."
"20 ringgit?? Tiket tu kan 12ringgit je? Lagipun mane kau nak dapat tiket tu? Bukannya kau beratur pun."
"Iyelaaa, mahal sikit la bro sebab kau kompom akan dapat tiket. Aku ade kawan kerja kat kaunter tiket tu. Amacam?"
"Kau biar b.."
"Abang serius ke boleh belikan tiket ni?" sadenli, pemuda bertopi merah depan Imran yang dah lama memasang telinga pusing dan menyampuk.
"Kau nak ke?"
"Saya nak la abang, dah lama saya tunggu kat sini. Orang pun ramai ni."
"Kalau kau nak, bak sini 20 ringgit, kang aku datang balik."
Pemuda bertopi merah itu menyerahkan dua keping duit not merah.
"Kau amacam bro? Nak ke tak?"
"Takpelah, aku sanggup tunggu kat sini daripada bagi duit kat kau, entah betul entah tidak."
"Suka hati kau la bro."
Kemudian pemuda itu berlalu dengan dua keping duit not merah dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.
"Dik, kau percaya ke kat mamat tadi tu?"
"Percaya tak percaya tak percaya bang, tapi saya desperate nak tengok Seliparku Selipar Nenekmu tu. Tak nampak muka Fayid Hamil kat baju saya ni? Fanatik tau. I LOVE FAYID HAMIL!!!"
Balas pemuda bertopi merah itu. Gay, itu yang terdetik di dalam hati Imran.
Lima minit berlalu. Barisan bergerak macam hingus di kala hari hujan, perlahan. Sadenli (lagi) pemuda yang menawarkan tiket dengan harga 20 ringgit itu datang dengan senyuman terukir. Pemuda gay di hadapan Imran sudah mula meloncat-loncat ibarat budak baru lepas sunat.
"Nah tiket kau. Nasib kau baik, tak banyak seat yang tinggal."
"Thank you thank you, muah muah!"
Kemudian berlalulah pemuda gay itu ke dewan panggung yang berkenaan.
Tidak sampai 10 saat selepas pemuda gay bertopi merah itu berlalu, suasana menjadi kecoh. Orang-orang yang sedang beratur dalam barisan tersebut masing-masing mengeluarkan dua keping not merah dan menghulurkan kepada hero pemuda gay tadi dengan harapan dapat menonton Seliparku Selipar Nenekmu.
"Wo-wo! Jangan kecoh-kecoh. Tiket dah tak banyak, ada lagi dalam 30 seat je. So kalau korang betul-betul nak, aku boleh tolong belikan,tapi dengan 30 ringgit sekeping."
Bagai gorpespannakmam (goreng pisang panas nak mampus), hampir 30 orang menghulurkan 30 ringgit setiap seorang, termasuklah Imran yang sudah mula percaya akan kata-kata pemuda ini.
"Okay bros and sis, 10 minit lagi aku datang balik."
Yes! Detik hati Imran. Dapat jugak aku tengok Fayid Hamil dan Liza Suriguni malam ni!
Di suatu sudut.
"Hahahaha, bodoh betul la mangkuk-mangkuk tu!!"
"Hang tau takpa." sambil menanggalkan topi merahnya.
"Banyak kita dapat hari ni."
"Hang cuba kira ada berapa."
"Aku kira dah. 990 ringgit!! Maknanya 33 orang bangang kena tipu dengan kita hari ni."
"Niceeeee......"
1 comment:
Nice...!
Post a Comment