Aku sekarang ni tengah busy. Nak keluar pergi rumah baru. Jiran macam najis, bak kata bondaku, jadi kitorang pun blah. Kau pun pergi blah juga jiran najis.
Masa tengah mengemas dan menge-pek barang ni lah kau akan jumpa segala barang yang kau rasa sudah lama menghilang. Dan nostalgia pun kembali menyinar, ewah.
1. Aku jumpa balik Gameboy aku. panjang cerita pasal Gameboy aku ni. Aku beli masa aku kat asrama dulu. Masa tu game pokemon adalah satu trend. Kau nak tau mana aku dapat duit beli gameboy tu? Cerita dia camni, dulu aku beli sepasang kasut bola. Lepas tu aku pergi mall nampak gameboy lalu teringin nak beli. Jadi aku jual kasut bola aku dan beli gameboy tersebut. Kau tengok? Bukan macam budak sekarang, iPad tu celah gigi je boleh mintak kat makbapak. Aku sampai terpaksa bergadai kasut bole semata-mata nak main pokemon. Pikachu, I choose you! Gila nostalgia bakhang.
2. Buku Laporan Sekolah Rendah. Bila aku tengok keputusan serta komen-komen cikgu sekolah rendah aku, rasa macam kelakar. "Ada potensi!", "Teruskan usaha!", serta "Seorang pelajar yang pasti kacak sepuluh tahun lagi!", hek eleh, setakat belajar Matematik dan Kajian Tempatan, kejadah potensi yang kau boleh ramal? Aku ingat nak simpan buku laporan tu sampai aku ada cucu-cucu esok, sumber inspirasi kepada mereka. "Kau tengok beb, datuk dulu genius kau tahu?"
3. Piala Tempat Pertama. Kau tahu acara apa? Menari. Yes. Menari. Masa aku tadika kemas dulu. You didn't see that coming right? Gua pandai menari beb. Tapi menari apa pun aku dah lupa. Cumanya yang pasti, geng tadika aku juara daerah. Cikgu tadika aku dulu ada dua orang. Sorang tu sweet nak mampus, sorang lagi macam beruang tropika, garang tak tentu pasal. Babi kelakar gila bila ingat masa aku tadika dulu. Sebab aku sorang je yang pandai baca suratkhabar dalam tadika aku, kecik-kecik dah genius dan mengambil berat tentang perihal masalah negara.
Aku tengah berharap kot-kot terjumpa duit not limaploh dalam kocek seluar-seluar aku ni. Kejap aku pergi kemas lagi.
1 comment:
ahahaha=)) memori dauh pisang betol.nostalgia tu.k2 teruskan mengemas kot jumpa not 50 tu boleh bahagi 2:))
Post a Comment